BAB 4

62 6 1
                                    

"YaAllah rindunya aku dengan kau ni babe!" Teruja Diana.

"Apa khabar Naira? Sihat?" Tanya Najuwa. Ye. Mereka berempat adalah kawan baik. Iaitu Naira, Maya, Diana dan Najuwa. Tetapi Naira lebih rapat dengan Maya kerana mereka berkawan dari sekolah rendah.

"Alhamdulillah aku sihat je. Korang sihat?"

"Kita orang sentiasa sihat. Bukan macam kau sakit pun cakap sihat" bidas Diana. Kenal sangat perangai Naira suka mendahulukan orang lain sebelum dirinya.

Naira yang melihat hanya tersenyum malu. Perli-perli pula. Aduhai.

"Ehem cantik cincin. Cik tunang bagi ke?" Usik Diana. Naira yang mendengar terdiam lalu tersenyum segaris. Naira lupa. Diana dan Najuwa mahupun Maya tidak tahu apa yang terjadi.

"Tak ada lah, ni dapat free gift je"

"Free gift macam ni? Cantik siot! Nampak mewah" Naira hanya tersenyum sedikit tidak mahu mereka sedar akan perubahan wajahnya.

"Okay. Jum kita duduk dulu then baru sambung gosip eh" sampuk Najuwa. Ye la mereka berdiri di tengah-tengah mall. Naira datang sahaja Diana terua menerpa ke arahnya. Mana nak dapat duduk kan?

Duduk sahaja mereka di tempat yang di sediakan di cafe itu terus mereka memulakan sesi gosip-menggosip.

"So Naira, kau tak nak story kat kita orang macam mana kau boleh hilang dari hospital secara tiba-tiba?" Tanya Diana.

"Aku urgent time tu. Kerja." Singkat jawapan Naira.

"Macam mana kau tahu urgent? Kau kan baru je sedar takkan lah dah tiba-tiba sihat?" Bidas Diana. Diana ni memang pedas sikit mulut dia walaupun bertudung. Sedangkan Naira yang tidak bertudung tidak banyak songeh seperti Diana.

"Dee, kau ni kan kalau ye pun tanya slow-slow jangan gelabah, kesian Naira" sampuk Najuwa. Gelojoh sangat nak tanya soalan. Naira bukan pun hilang.

Naira hanya menghela nafas. Dia perlu melepaskan apa yang terbuku di hatinya.

"Hm. Sebenarnya..."

~~

Klak!

Pintu terbuka dari luar memperlihatkan gerangan yang masuk. Dia. Setia menanti dan menemani sang kekasih. Setelah sedar dari koma, tidak pernah terlepas sehari pun untuk dia melawat sang pemilik hati.

"Assalamualaikum." Laung Aish sambil tersenyum.

"Waalaikumusalam." Jawab Maya yang berada di atas katil. Alhamdulillah selama seminggu koma, Allah telah beri kesempatan kepada dia untuk meneruskan kehidupan. Dia Nur Sumayyah.

"Aish, awak tak penat ke hari-hari datang sini?"

"Kalau untuk kau, aku tak pernah penat" jawab Aish dengan jawapan yang mampu meluluhkan hati keras Maya.

"Awak tak kerja ke hari ni?"

"Kerja. Tapi untuk kau aku sanggup tinggalkan kerja aku." Jawab Aish. Maya yang mendengar hanya tersenyum. Beruntung dia dapat jejaka ini. Bermaksud selama usahanya selama ini tidak sia-sia.

"Aish, boleh saya tahu ma....." terhenti percakapan Maya apabila Aish terus menyampuk.

"Aku tak tahu dia kat mana. Biarlah dia nak ke mana pun, kau tu fikir kesihatan kau tu" jawab Aish. Semenjak Maya sedar setiap hari kalau boleh setiap saat Maya akan tanya ke mananya Naira. Sedangkan Diana dan Najuwa pun tidak tahu.

Maya yang mendengar hanya kemam bibirnya. Terasa dengan Aish. Tetapi dia juga tertanya-tanya ke mana hilang dan perginya Naira?

"Esok kau dah boleh discharge, umi dan abi tak dapat ambil kau jadi esok aku datang balik. Aku nak kene masuk office balik. Take care" Aish terus melangkah keluar. Maya hanya menghela nafas. Setiap kali soalan berkaitan dengan Naira pasti perbualan mereka berakhir dengan dingin.

Aish NairaWhere stories live. Discover now