''Mama ohh mama !!
Tya dah balik ni...''Eh? Mana mama pergi ni..senyap je rumah..mungkin mama keluar beli barang tumpang kawan mama kot".Bisik tya didalam hati.
Tya pun terus naik ke atas menuju ke biliknya untuk Charging telefon yang sudah habis bateri sejak dari tadi.
Sementara itu ,dia pun terus pergi mandi untuk bersihkan dirinya yang baru pulang dari sekolah.Tidak sampai 10 minit tya masuk ke bilik air ,tya terdengar suara dari arah bawah sepertinya mama tya dah balik dan memanggil Tya untuk memastikan dia sudah balik dari sekolah. akan tetapi Tya cuma mendiamkan diri.
Krakk!!
Kedengaran Bunyi pintu bilik tya terbuka.''Tya mandi ke? Mama ni kat bilik..nanti tya tolong mama belikan ayam ya..mama boleh lupa pula nak beli ayam..padahal tadi mama dah pergi pasar..boleh tak tya? Kalau kamu malas,mama kirim dengan papa nanti.."Tanya mama tya .
,''Ya mama...boleh je..nanti tya pergi kejap kedai bawah,lagipun tya pun dah lama tak jalan-jalan petang..nanti siap mandi Tya belikan ya."
'' Okaylah..duit ayam tu mama dah letak atas meja Tya. "
selasai sahaja bersiap Tya pun melangkah pergi ke kedai bawah dengan berjalan kaki sahaja ,kerana jarak rumahnya dengan kedai bawah tidak terlalu jauh. Sambil itu bolehlah dia menghirup udara yang segar dan melihat gelagat jirannya.
Ketika tiba dikedai ,Tya terus membeli barang yang telah dikirim tadi dan menunggu giliran untuk membayar.
Tiba-tiba ada seseorang yang menyentuh bahu tya .tya terkejut lalu berpaling ke belakang.'' Ina terkejut aku..kau jangan selalu buat macam ni,boleh mati terkejut aku ."
''Ala kau ni aku gurau je lah..habistu aku tengok kau macam mengelamun je dari tadi."
''Aku bukan mengelamun,aku tengah mengenang nasib nak tunggu bayar ni ha..ramai pulak orang hari ni.."
''Kedai ni memanglah ramai selalu..kau je yang tak tau,kan kau jarang pergi".
''oh ye ke..kisahnya...kau sorang je ke ...kau beli barang apa..? "
''Aku beli santan ni ha ,mak aku kirim nak buat pengat labu katanya..aku datang dengan adik aku tu ha..dia dah menonong ke depan.."bukan dia tau aku tak gerak pun lagi.."
''Pulak dah ..ha yelah kau hati -hati balik tu.. risau kena culik sebab cantik sangat.."
''Ala tak payah lah nak ambil hati aku, kita ni duduk aje berjiran tapi kat sekolah manalah nak geng dengan kita ni.."
''Haa..jangan cakap camtu ea kau tau kan aku kawan je dengan semua orang ,cuma dah group belajar aku dengan orang lain kan..kau saja buat aku serba salah ea..Jelas tya kepada ina sambil mencekak pinggang.
''Okay baiklah...haha . Aku gerak dulu..nanti kalau ada masa ,kita keluar sama lah ea .".bye beb.
''Okay..no problem.."
Selesai sahaja pembayaran, tya pun terus berjalan balik tanpa melengahkan masa kerana sudah petang dan agak gelap .tya pun percepatkan langkah kakinya untuk sampai dirumah.
''Mama ! Tya dah balik...eh kejap ma kenapa bau masakan mama ni macam meriah di hari raya ni?"
''Mama masak daging masak kari, sotong sambal.,sayur bayam goreng,ikan masin, sambal belacan,itu je tya.."
''Mama bukan nak masak ayam ke ?"
''Tak jadi ,esok lah baru masak ayam..mama suruh beli tadi untuk simpan je kat rumah.."
''Tya beratur panjang tadi mama semata-mata nak belikan ayam untuk mama, lepas itu tak jadi pula nak masak ayam..tya geram aje dengan mama ni , tya nak marah ni tapi kena sabar..."
''Haa .bagus macamtulah jangan asyik nak marah je , tak manis tau kalau tya asyik marah nanti cepat berkedut muka baru tau..tengok macam mama ni masih nampak muda kan ? "
''Yes mama ,muda sangat...kejap tya nak ambil phone Tya ,lepastu tya nak makan..perut tya ni dari tadi asyik berbunyi tau..."
''Ya...lepas makan nanti tolong mama hantarkan lauk ni dekat kawan baik mama ya..dah lama mama tak hantar lauk kat mak cik hasnah kamu ."
Tya mengambil phone di atas ,dia melihat ada satu panggilan masuk.Namun panggilan tersebut dari orang yang dia tidak kenali. Dia pun menghiraukan sahaja panggilan tersebut.
Tya pun terus turun ke bawah untuk menghantar makanan kepada makcik hasnah yang berada disebelah rumahnya.
''Assalamualaikum...makcik hasnah ada dekat rumah ke?
Tya nak hantar lauk ni..".''Wasalam Tya..
Mak cik hasnah keluar dengan kak long..Terima kasih Tya..Lamanya tak jumpa Tya kan..Tya apa khabar ? Sihat ke?"kenapa muka tya macam pucat je.."''Fayyadh Syah? Aduhai..Bila pula dia balik sini ,mama tak ada bagitau aku pun..oh patutlah mama suruh aku hantar lauk,nak kenakan aku lah ni..buat penat je aku dah elak dia level lima,tiba-tiba dah tercongok dekat depan mata aku ni..entah-entah dah lama ke dia balik sini..ngomel tya didalam hati."
''Tya? Lama termenung tu ingat apa? Kenapa Syah telefon masa tu Tya langsung tak angkat ? Tya dah tukar number telefon ke ? "
''Taklah Tya guna je number lama lagi..Maaf lah ya.cuma sekarang tya agak sibuk lah ,banyak tugasan nak kena buat sejak ambil Pra U ..jadi Tya tak tengok handphone sangat.
''Oh maksud Tya sekarang dah lebih sibuk dari Syah yang kerja ni ?"
.''Haa? Tya nak masuk rumah dulu lah ya.. kirim salam makcik hasnah nanti..assalmualaikum."
Tya pun terus masuk ke rumah, dan terus melangkah ke arah mamanya.
''Mama memang sengaja kan kenakan tya minta hantarkan lauk kat rumah makcik hasnah,bukan makcik hasnah yang keluar ,anak dia yang keluar..mama tau kan tya dulu pernah crush dengan anak dia tu. Tya dah boleh moveon ,lso tya tak nak lah jumpa dia lagi.."
''Tya? Kenapa tu papa dengar ayat crush tadi tu? Soal papa tya sambil menjegil mata melihat tya .
'' Eh papa awal balik...tak lah tya beritahu mama ,tya dah lama tak makan cocoa crunch...esok tya nak beli..papa nak sekali ke? "
'' Kamu berdua ni ada aje nak digaduhkan..macam lah papa ni tak dengar semua...dari tadi papa ni dok tercegat dengar kamu punya luahan hati tu..dah lah papa nak naik atas mandi.."
''Lah ,itulah namanya kebetulan..kamu jangan nak mengelak dia sangat kang tiba-tiba jadi jodoh kamu pula..tiba mama pun terus setuju...dekat lah Tya balik rumah mama nanti bergolek je dah sampai.."
''Mama boleh sambung lagi?? Haih...Malaslah layan mama ni..tya nak merajuk dengan mama tau...dont talk to me.."
''Okaylah mama pun nak merajuk juga dengan tya...jangan cakap dengan mama..talk to my hand."
Tya pun terus meluru masuk ke biliknya untuk berehat setelah makan malam.tambahan pula tya ada janji untuk video call bersama kawan- kawannya berkenaan tugasan luar yang perlu disiapkan .
YOU ARE READING
TAKDIR CINTA DIA (COMPLETED)
RomanceTya Humaira merupakan seorang penggemar rahsia kepada seorang lelaki yang bernama Fayyadh Syah. Malahan Fayyadh juga merupakan cinta pertama buat Tya Humaira. Namun kenangan kisah lalu yang telah membuat mereka terpisah. Tercipta suatu Pertemuan...