BAB 11

101 5 0
                                    

Kini setahun lebih telah berlalu..tidak lama lagi Tya dan kawan-kawannya akan menghadapi peperiksaan akhir untuk sijil tinggi pelajaran Malaysia.

Bukan itu sahaja  ,Hari-Hari Tya Humaira juga sudah semakin bahagia dengan kehadiran Ryan Hayder sebagai teman rapatnya.Tya juga telah menjadikan Ryan sebagai tempat mengadu suka dan duka.Ryan Haider telah menjadi kawan yang sangat rapat dengan Tya sehingga Tya sudah mula suka akan sikap Ryan Hayder,manakala  Ryan Haider pula  sudah  semakin  cinta kepada Tya Humaira.

Tidak lama lagi Tya akan mengakhiri sesi persekolahan  akhir Tya sebagai pelajar pra universiti. tinggal beberapa hari sahaja mereka akan menamatkan pembelajaran mereka disekolah itu. Oleh itu, mereka semua sangatlah  sibuk mengulang kaji pelajaran. jadual belajar  mereka juga  padat untuk persiapan terakhir sebelum menghadapi  peperiksaan tersebut.

Tya juga sekarang sampai rumah sudah lewat petang kerana guru menambah masa kelas tambahan mereka berikutan peperiksaan tidak lama lagi.

Sampai sahaja dirumah Tya terus memeriksa dan melihat telefon bimbitnya tiada satu mesej atau panggilan pun dari Ryan untuknya.

Dia cuba untuk menghubungi Ryan kerana Ryan tidak pernah hilang begitu..selama ini hanya Ryan yang memulai mesej dan menghubungi Tya..Tya sudah mula rasa sesuatu perasaan yang buat dia tidak mengerti tentang apa yang dia rasa.

Setelah tya mencuba hubungi Rya berulang kali..Tya terus meletakkan telefon bimbitnya diatas meja. Matanya tak berkelip melihat paparan skrin telefon bimbitnya . Dia sedang menunggu panggilan dari Ryan kali ini.

Grrr ..
Deringan telefon bimbit Tya berbunyi kuat.

''Hello Tya Humaira? Awak cari saya ya?"

''Ryan..tak lah saya tak cari cuma saya macam risau awak langsung tak hubungi saya satu hari ni..saya pelik je.."

''Tya sebenarnya benda tu tak pelik cuma awak je yang tak boleh nak terima kenyataan sebenar.."jawab Ryan dengan suara yang lembut dan tenang sehingga membuat tya terdiam mendengar suaranya.

''Awak dah makan ke?"

''Tya..awak ni tak pandai nak tukar topiklah..awak rindu saya kan ? saya dah makan dah..awak mesti dah makan kan?"

''Dah makan dah tadi lauk ayam..tapi makan sikit je mungkin saya dah bosan makan ayam.."Jawab  tya .

''Tya Humaira ,sebenarnya bukan awak dah bosan dengan lauk ayam ,tapi awak tak selera sebab awak dah mula jatuh hati dengan saya..."

''Ish awak ni Ryan, mana ada lah ,tak mungkinlah saya suka kat awak..ramai lagi lelaki kat dalam dunia ni tau.."

''Ouhh..kalau macamtu kenapa muka awak tampak merah merona  tu? Tak mungkin awak cuci muka dengan sirap kan? " Ryan sempat mengusik Tya yang sedang bingung dengan setiap ayat yang dilontarkan oleh Ryan.

''Awak nak tau kenapa saya tak ada dengan awak hari ni ? "Soal Ryan .

''Eh tak apa...kalau awak tak nak bagitahu pun tak kisah...saya tak nak tanya pun.."

''Tya ..awak ni tak pandai nak berlakon lah..cuba awak tanya hati awak tu sebelum awak jawab setiap pertanyaan saya.."

''Kenapa ? Hati saya okay ja setakat ni.."

''Saya sekarang dah tak boleh ada banyak masa sangat dengan awak..tak dapat nak selalu teman awak sebab saya ada kerja separuh masa sekarang..jadi saya agak sibuk...tapi awak jangan risau saya tak pernah pun lupa kat awak.."

''Oh kalau macamtu takpelah ,ingatkan kenapa tadi awak hilang.."

''Eh kejap bukan ke orang tu tadi cakap dia tak nak tau pun sebabnya apa..Ryan mengusik Tya untuk kesekian kalinya.

''Ryan ni kan.. selalu kenakan Tya tau.."

''Okaylah tya...ryan ada hal sikit ni.. nanti kita sambung borak lagi ya"

''Okay Ryan..awak jaga diri ya.."

''awak nak saya jaga diri je ke? "

''yelah..habistu nak jaga apa? Soal Tya.

''Awak mesti nak saya jaga hati saya untuk awak kan? "

''Eh awak ni Ryan ada - ada jelah..malas nak layan awak..okaylah bye !

''Bye Tya ! Ingat saya selalu tau..hehe"

Tamat sahaja panggilan tersebut ,Tya kembali berfikir bahawa ada betulnya apa yang Ryan sampaikan kepadanya.Tya sudah banyak berubah,malahan,Ryan juga sudah menjadi orang yang penting dalam hidupnya namun begitu tya masih tidak pasti dan  mengambil keputusan untuk memendam terlebih dahulu perasaannya sehingga dia sudah betul pasti.

Keesokan harinya Tya pergi kesekolah dengan begitu bersemangat kerana hari ini merupakan hari peperiksaan akhir sebagai pelajar disekolah itu. .

''Hai korang ! "

''Hai Tya...tolong perlahankan suara anda maklumlah yang disebelah lagi fokus membaca nota.."kata Nelly sambil menunjuk ke arah Fira.

''Oh maafkan saya wahai puteri Fira..saya tak perasan anda disana.."Ajuk Tya.

''Eh mana Deyla?tadi aku nampak beg dia ada dekat Dewan"soal Tya kepada Nelly.

''Dia dekat tandas kena cirit-birit. Masuk ni dah 3 kali ke tandas tu.."

Dari jauh sudah terlihat muka pucat Deyla,Tya terus  memimpin Deyla untuk duduk.

''Deyla kau macam tak okay sangat ni...aku rasa kau jawab soalan dekat bilik sakit jelah.. nanti aku tolong  bagitahu cikgu yang bertugas..tak payah lah jawab soalan kat dewan ni.." Tya risau melihat keadaan Deyla yang tampak pucat lesi"

''Betul tu Deyla..lagipun jauh tandas dengan dewan ni..kang kau pengsan lagi susah..sekurang-kurangnya adalah yang jaga kau dekat sana..tambah Nelly yang turut bimbang dengan kesihatan kawannya.

''Semalam kau makan apa ni Deyla? "

''Entahla Tya, aku pun tak dapat nak ingat dah..rasanya makan biasa je cuma aku ada makan kat luar malam tadi.."

''Ni mesti lalat ni.."

''Kau ni Nelly lalat juga disalahkan..kadang orang masak cuci tak bersih pun boleh buat kita keracunan makanan juga tau.."terang Tya.

'' Eh Nelly jom kita bawa Deyla dekat bilik sakit dulu..kejap lagi nak mula peperiksaan dah ni.."

''Okay kejap aku ambilkan bag Deyla dekat dalam kejap..."

''cepatlah aku tunggu sini.."

Mereka pun menghantar Deyla ke bilik sakit dan menjalani peperiksaan dengan lancar . Seusai sahaja peperiksaan mereka memilih untuk  berehat di kantin sementara menunggu kertas peperiksaan yang seterusnya.

''Deyla kau macam mana ? Dah okay ke? Soal Nelly.

''Bolehlah ada kurang sikit lepas makan ubat cikgu bagi tadi..aku harap tak terjejaslah keputusan aku nanti.." Kata Deyla dengan raut wajah yang  muram

''Inshaallah semua okay..jangan banyak fikir deyla..kau kan dah bagi yang terbaik..lagipun kau dah berusaha..kau tenangkan diri..jawab je macam biasa okay..." Giliran Tya membuka mulut.

''Yelah Deyla..tapi kau kena makanlah isi perut tu..nanti tambah sakit pula..kata Fira.

''Ni aku ada belikan makan ni.." kata fira lagi.

''Nanti habis peperiksaan kita pergi makan-makan nak? Soal Tya.

''Boleh je...nanti kita cari lokasi yang makanan dia sedap okay.."kata Nelly.

''Haah okaylah tu kita rehatkan fikiran kita sekali-sekala...pergi shopping..Deyla menambah.

''Eh sebut pasal Shopping terus nampak sihat ya.. Usik Fira kepada Deyla.

''Biasalah Deyla dengan Shopping mana boleh pisah" Kata Nelly.

Mereka pun terus makan sambil mengulangkaji pelajaran sementara menunggu peperiksaan  subjek yang seterusnya.


TAKDIR CINTA DIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now