BAB 15

98 4 0
                                    

Hari ini Tya Humaira dan Ryan Hayder telah membuat janji untuk bertemu di sebuah pusat membeli-belah. Tya telah membawa kawan-kawannya sekali untuk menemaninya berjumpa dengan Ryan Haider.

Triing!
Bunyi deringan di telefon bimbit Tya.

''Tya ? Awak dah sampai ke? Saya tunggu awak di KFC ya ? "

''Okay Ryan..ya saya baru je sampai ni.. nanti saya datang tempat awak ya"

''Jomlah kita pergi KFC dulu Ryan dah tunggu dekat sana.."ajak Tya.

''Tak apa Tya..Kau pergi dululah kitorang nak jalan-jalan kejap ,nanti kitorang datang okay" Jawab Nelly.

''Oh okay.."

Tya pun terus mengambil lift dan pergi menuju ke tempat dimana Ryan Berada.sampai sahaja di meja ,kelihatan Ryan sudah selesai membuat pesanan makanan.

''Ryan awak dah lama sampai ke? "

''Tak lama pun...kalau untuk awak 4 tahun pun saya sanggup tunggu tau..."usik Ryan.

''Lebihlah awak ni Ryan..ayat awk tu dah tak laku tau.."

''Ye ke tak laku..kalau tak laku kenapa muka awak merah ? " Soal Ryan.

'' Mana ada muka saya merah..awak ni kan.."

''Okay Sorry..saja je nak kacau awak..lepas ni dah susah nak jumpa awak..nak tengok awak senyum macam ni lagilah susah tau Tya.."Kata Ryan sambil menunjukkan raut wajah yang kelihatan sedih.

''Tak payah lah awak nak mula cerita sedih...ramai lagi orang kat luar tu buat keputusan macam awak buat.." 

'' Habis hari khamis ni awak hantar saya tak pergi? Tanya Ryan.

''Ala.. maaf tak dapat tengok awak pergi sebab saya kena balik kampung.."Tya terpaksa memberi alasan padahal dia ingin sekali melihat Ryan pergi tapi dia tahu dia tidak mungkin dapat mengawal emosinya .

''Oh tak apa lah kalau macam tu kita cuma  video call jelah ya.."

''Haa.okay boleh je Ryan.."

''hmm..Ryan kita makan dululah sebab kawan saya lambat lagi sampai diorang tengah shopping tu..diaorang kalau shopping smua benda jadi lupa". Tya melepaskan tawanya.sedang tya asyik ketawa kedengaran suara Ryan yang agak serius .

''Tya , Jom temankan saya kerja dekat sana.."

Tya yang sedang makan hampir aje tersedak kerana terdengar ayat yang keluar dari mulut Ryan Hayder.

''Eh awak ni Ryan...mana boleh saya ikut awak..kelakarlah awak ni.."

''Kenapa pula  tak boleh sedangkan saya boleh je untuk menghalalkan awak.."

''Haa? Terkejut Tya sehingga ayam digenggamannya terlepas ke bawah lantai.

''Awak ni Ryan bergurau kasar pula...kita ni kan muda lagi.."

''Yang muda tu awak..saya dah tak muda.." Kata Ryan sambil menatap wajah Tya .

''Saya minta maaf,saya  nak capai banyak perkara lagi Ryan..saya nak kejar cita-cita saya..awak jangan risau saya percayakan awak..saya harap awak pun boleh percaya saya..saya tunggu awak okay? " Tya pun menatap raut wajah Ryan yang kelihatan muram.

''Tya janji Tya tunggu saya walau berapa lama saya dekat sana ? " Tanya Ryan.

''Ryan ada satu perkara yang saya perlu beritahu awak..saya tak mudah untuk berpaling bila saya dah mula  sayangkan seseorang..cuma awak pun  kena tahu yang kepercayaan saya ni cuma ada satu je untuk awak..tak lebih dari itu.. Saya harap sangat awak faham dengan apa yang saya cuba sampaikan.."Jelas Tya kepada Ryan.

''Ryan akan ingat perkara ni Tya..Ryan akan simpan janji kita ni..Ryan akan jaga kepercayaan yang Tya bagi..Ryan akan ada dengan Tya sampai bila-bila ya.." Jawab Ryan .

Tiba-tiba Ryan meletakkan satu kotak yang berwarna merah dihadapan Tya.

''Apa ni Ryan? "Tya menunggu jawapan dari Ryan.

''Kalau kotak macam ni mestilah cincin cik Tya humaira" Jawab Ryan sambil membuka kotak berwarna merah hati tersebut.

''Saya harap Tya terima hadiah ni.. anggap je lah  hadiah ni hadiah untuk menghargai Tya yang sudi terima saya seadanya..mulanya saya nak mengikat Tya dengan Cincin ni...tapi saya tahu saya tak boleh pentingkan diri..saya hormati keputusan Tya..saya harap lepas ni Tya tak lupakan Ryan. "

'Tya pun menyarung cincin tersebut dijari, cincin tersebut sangat sesuai dipakai oleh Tya.

''Wah! Cantiklah cincin ni..pandainya awak pilih. " Kata Tya.

''Bukan saya yang pilih..tapi ibu yang tolong pilihkan..oh ya..ibu Ryan ada tau number phone Tya..Ryan yang bagi semalam"

''haa? " Tya terkejut mendegar jawapan tersebut.

''Bukan ibu je adik beradik saya yang lain pun dah tahu tentang kita.. "

Tya tidak menyangka Ryan begitu ambil serius dalam perhubungan mereka. Tya sendiri belum memberitahu keluarganya tentang kehadiran Ryan ,sedangkan Ryan sudah bersungguh-sungguh didalam perhubungan mereka.

''Ryan terima kasih ya untuk semua ni.."

''Sama-sama Kasih Tya..haa .tu kawan-kawan awak tu dah sampai.."

''Deyla ! Fira ! Sinilah.." Tya memanggil sambil melambaikan tangan.

''Wei dah belikan eh makananya...terima kasih lah ya..aku dah lapar gila..kata fira.

''Kau ni tak habis-habis lapar...lain kali nawak bekal makan dari rumah"kata Deyla.

''Eh mana Nelly ? Soal Tya.

''Nelly dah hilang dari radar...tadi Arel call dia..diorang tengok wayang kot.." kata Deyla.

''Best juga tengok wayang..jom Tya lepas makan ni kita pergi tengok wayang ...ajak Fira dengan bersungguh-sungguh.

''Eh aku boleh je..aku pun dah lama tak tengok wayang..nanti aku beli tiket online jelah ya malas pula aku nak beratur panjang.."jawab Tya.

''Fira kau ajak tya macamtu je ke.. senang-senang je  kau nak curi dia..kau ingat orang depan Tya tu patung cendana ke ? Kang dia merajuk kesian member kita ni.."

''Eh tak apa  Deyla yang penting korang kena jaga Tya baik-baik ,pastikan dia selamat sampai rumah okay...sebab aku pun tak boleh lama sangat aku nak buat persediaan untuk pergi khamis ni.." Jawab Ryan.

''Khamis ni? Lagi 3 hari je? Kesian cik Tya kita tinggal sorang dah lepas ni.."

''Ish kau ni Deyla..aku okay jelah..."

''Ye lah tu okay..nanti Ryan dah pergi sana jangan nak mengadu kat aku pula ya..kalau aduan gembira tak apa...kalau aduan sedih kau buat aduan kat fira..."

''Hahaha..banyaklah kau..tak payah kawan dia lagi Tya..kata Fira.

''Dok eh..aku gurau aje..aku ada je dengan kau masa kau suka ke duka ke..jangan risaulah..."

''Ya Deyla ,aku tau benda tu sekarang ni cepatlah makan..kata nak pergi tengok wayang.." bebel Tya.

''Haa.okay aku makanlah ni.."

Ryan melihat jam tangannya dan meminta izin untuk pergi terlebih dahulu.

''Aku gerak dulu ya...kauorang have fun okay..kata Ryan Hayder.

''Okay Ryan..hati-hati dekat sana nanti.."

''Balik sini jangan lupa beritahu kitorang tau"

''Tya , saya balik dulu tau. .nanti kalau ada apa-apa beritahu saya ya..jangan balik lewat sangat okay..lagi satu jaga mata,jaga hati awak tu baik-baik..Ingat tau awak tu Cinta hati saya"Nasihat Ryan kepada Tya.

''Haa..ya..dah-dah lah tu kitorang ni wujud ya disini..tengah makan pula tu boleh jadi hilang selera makan dengar ayat kau tu .." usik Deyla.

''hahaha.okay Ryan! Arahan awak tu saya terima..awak tak bagitahu pun saya taulah...habis tengok wayang nanti saya terus balik ya.." jawab Tya.

Ryan pun berlalu pergi dari restoran tersebut. Deyla dan Fira meneruskan makan .setelah mereka selasai makan mereka pun tengok wayang bersama -sama. Mereka pun bergerak pulang ke rumah masing-masing pada pukul 8 malam.

TAKDIR CINTA DIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now