BAB 28

84 4 0
                                    

Hari ini Tya memandu ke tempat kerja.Tya sampai lebih awal dari semalam.dia menjadi orang yang pertama sampai di pejabat. Dia sempat menonton drama korea sambil sarapan .

''Oi Tya ! Jadi jaga ke hari ni? Awal betul sampai..perli Aira.

''Ish kau ni cepat salah ,lambat salah.." Bebel Tya.

''Eh Tya ,selalu kak Ji sampai dulu..ni kami sampai dulu? Mimpi apa malam tadi ? Tanya Kak Ji.

''Kak Ji lupa ke? Semalam kan bis marah Tya ,kalau Tya datang lambat ,makin berganda pula dia marah Tya macam mana? Soal Tya.

'' Betul juga. Bagus idea kamu ni..Kak Ji suka.."

'Tya bos nak jumpa kau" Kata Shahril.

''Apasal pula nak jumpa aku pagi-pagi ni ha? Ala aku tak sedia lah nak makan kuetiaw pagi-pagi..takutlah.."

''Kalau kamu tak datang lagi jadi singa bos tu nanti" kak ji menakut-nakutkan Tya.

Tya pun melangkah pergi dengan membaca doa supaya bos mempunyai mood yang baik hari ni.

'' Maaf bos ada panggil saya ke? " Tanya Tya sambil suara yang tersekat-sekat.

''Kenapa diri dekat pintu tu? Duduklah sinj depan saya..saya ada nak beritahu awak sesuatu ni.." jelas Fayyadh Syah dengan nada yang serius.

''Hum..tak apa bos ,apapun yang bos cakap Tya setuju je..Tya dengar je cakap bos.Tya berkata sambil menundukkan wajahnya.

''Baguslah kalau awak setuju..peekara pertama saya nak beritahu lagi 5 bulan kita akan stay terengganu seminggu sebab saya ada nak launch produk baru kita . Yang kedua ni kunci kereta yaris saya,mulai sekarang guna kereta ni pergi balik kerja, perkara seterusnya nanti saya beritahu lain kali."

''Bos perkara kedua tu saya tak setuju.."

''Tadi awak kata semua awak setuju kan?jadi tiada bantahan diperlukan..betul tak?  Fayyadh membuat muka serius.

''Haa okay.. tya hanya menganggukkan kepalanya lalu meminta izin untuk keluar ."

''Kak ji, Bos tak ada mood lagilah..muka dia tegas..Tya sebenarnya ada benda nak tanya..tapi Tya takut..muka bos macam singa dekat hutan...Bisik Tya kepada Kak Ji,

Fayyadh hanya memerhati Tya dari dalam biliknya.

Tya sudah bersiap untuk keluar makan tengahari bersama kak Ji, tiba-tiba Fayyadh datang .

''Tya..? Saya tunggu dekat kereta. Singkat sahaja pesanan Yadh kepada Tya.

Masuk sahaja dalam kereta..di sebelah pak karim ada isterinya.terpaksalah Tya duduk dibelakang bersama yadh.

Sampai di restoran,tya hanya tertunduk diam.

''Ada apa dekat bawah lantai tu? Tanya Yadh.

''Tak ada apa bos., Cuma saya ada nak tanya sesuatu.."

''Tanyalah..selalunya tak tanya pun dah macam-macam soalan awak tanya..perli Yadh.

''Tya dah buat keputusan untuk bekerja dan belajar serentak..tapi Tya nak tahu dululah bos izinkan tak sebab Tya tsk selalu ada dekat Office nanti...Tya bertanya sambil memandang ke arah pak karim yang duduk betul-betul di belakang yadh."

''Siapa bos awak? Saya ke pak karim? " soal yadh dengan suara yang tegas.

''Eh bos lah bos takkan pak Karim pula.kalau pak karim jadi bos nanti bos nak jadi apa? ." Jawab Tya

Fayyadh ketika itu menahan tawanya ketika dengar jawapan dari Tya,namun dia tetap mengawal suaranya agar dia dapat mengenakan gadis tersebut..

''macam mana bos ? Boleh ke?soal Tya sekali lagi.

Jauh di sudut hati Fayyaadh sanvat gembira akan keputusan Tya.  Kerana dia tak mahu berada jauh lagi dari Tya kali ini.

''hm ok". Jawab Fayyadh sambil menatap tya yang tengah minum.

''Thanks Bos ! Tya janji akan bertanggungjawab sepenuhnya..kalau Tya malas kerja..bos buang je Tya okay? ,

Ryan hanya mengangguk sahaja sambil melihat jam ditangannya.

''Pak karim jom kita gerak"

Pak karim pun hanya mengikut arahan Fayyadh. Tya pula hanya mengikut fayyadh jauh dari belakang ,risau pula dia kalau kalau terjadi kejadian seperti sebelum ini disaat mood Fayyadh tidak bagus.

Sampai sahaja di pejabat Tya menangkat panggilan dari Fareez berkenaan projek kerjasama  dia dan Fayyadh.Fareez memberitahu Tya dia akan datang sebentar lagi untuk berjumpa Tya bagi membincangkan tender tersebut.
Tya pun menerima kedatangannya.

Setelah 1 jam menunggu ,kelihatan Fareez datang bersama Fail yang perlu dibincangkan.Fayyadh hanya memerhati dari jauh sedangkan Fareez hanya berlalu tanpa menegur Fayyadh.Kali ini Fareez ingin mengenakan kawan baiknya.

Tuk tuk !

''Tya Reez dah boleh masuk ke? Tanya fareez.

''Eh boleh duduklah Tya dah siapkan semua yang reez minta tu.." jawab Tya.

''Nanti reez pun akan ikut ke terengganu..bos ada beritahu tak? Soal Reez.

''Ada. Cuma bos tak beritahulah berapa ramai yang pergi"

''Eh Tya , Nanti Tya ke yang buat pembentangan..? Tanya Reez.

''kalaulah bos bagi ,Tya boleh je..bila lagi kan nak asah bakat Tya..Tya pun ketawa .

''Tya tudung tya senget tu.."

''ye ke? Kejap Tya tengok..ish tak apalah tudung senget...yang penting Tya tak senget...

Suara Tya dan fareez  ketawa  kuat segingga kedengaran sampai ke bilik Fayyadh. Fayyadh sudah mula tidak senang duduk melihat mereka berdua bergelak ketawa .malahan sudah lebih 1 jam mereka berbincang.

''Eh Tya , Reez ada bau sesuatu.."

''Bau apa Reez?"

''Ada bau orang jeles..hahaa" Reez Gelak lagi.

Kali ini Fayyadh sudah tidak boleh tengok Reez serapat itu dengan Tya. Fayyadh keluar menuju ke bilik Tya.

''Kau ni yadh..terkejut aku..kalau ya pun nak masuk ketuklah pintu tu dulu.."

''Reez aku nak jumpa kau kejap kat bilik aku.." Arah Yadh dengan muka yang agak merah kerana menahan marah dan cemburu.

''Kenapa yadh kau panggil ni? Tanya Reez.

''Apa yang lama sangat discussion tu? " soal yadh dengan wajah yang serius.

''kenapa kau ni selalu memang aku datang sini kan discussion dengan pekerja kau..kenapa tiba-tiba hari ni kau persoalkan pula? Sebelum ni aku bincang dengan kak ji tu separuh hari tau..tak ada pula kau nak bising." Jawab Fareez

''Aku bukan apa Reez aku tak kau ganggu fokus pekerja aku..itu je...bincang sekejap je boleh kan...apa-apa email je lah..Yadh sudah mula meninggikan suaranya.

''Nope yadh..kau tak suka aku lama dekat sini bukan sebab tu..tapi sebab dengan Tya kan ? Tya humaira yang dari dulu lagi kau tunggu. Cakap jelah yadh senang..memang aku sengaja buat macam ni sebab aku tak nak yadh kau kehilangan Tya sekali lagi..tak semestinya kau diam ,kau jaga dia dari jauh semua masalah kau selesai yadh..cukuplah yadh kau sakitkan hati kau sendiri selama ni..panjang Fareez menasihati Fayyadh .

Fayyadh terus terdiam setelah dengar semua kata-kata yang keluar dari mulut Fareez.

''Haa kenapa kau diam? Sebab apa yang aku cakap ni memang betul kan? Mana yadh yang dulu sanggup mengambil risiko ..aku gerak dulu" tambah fareez lagi.Fareez pun berlalu pergi meninggalkan Yadh.

Semua pekerja tertanya-tanya,tak pernah pernah mereka berbual dengan raut wajah yang serius seperti tadi.
Tya sendiri merasa terkejut ,reez juga keluar tanpa memberitahu .

Yadh sudah meminta pak karim menghantar kereta yadh dirumah Tya .

Sampai sahaja dirumah Tya melihat kereta tersebut dengan agak lama.dia sendiri tidak dapat meneka apa yang yadh cuba sampaikan .dia sendiri keloru dengan perangai bos nya .

TAKDIR CINTA DIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now