BAB 33

314 8 2
                                    

HARI Ini Tya telah  menemani  Fayyadh bagi perbincangan produk terbaru beliau . Ketika Fayyadh sedang  berbincang bersama semua  staff beliau  ,Syasya  pun datang menghampiri kearah mereka .

''Abang Yadh , Syasya sebenarnya nak minta maaf tapi tolonglah jangan pernah berhentikan Sya..ya Sya tahu Sya memang dah  melampaui batas malam tadi..Tolonglah abang yadh maafkan syasya"

''Okay Fine , tapi you kena  minta maaf dulu dengan wife I,kalau dia boleh maafkan you ,then you boleh terus kerja dekat sini.." Terang yadh tanpa memandang kearah muka Syasya .

''Err..Tya , syasya nak minta maaf dari hati Sya..ya syasya tahu semalam Sya memang dah melampau..Sya  tak tahu pun abang Fayyadh dah kahwin sebab dia tak ada beritahu pekerja dekat sini pun..maafkan Syasya ya Tya.."

''Syasya , Its okay..tapi I harap you ambil pengajaran daripada perkara yang dah jadi ni..ya Tya faham sangat,you kan memang dah lama kerja dengan yadh dulu dekat sini...dan mungkin yadh juga pernah suka or pernah ada hati dekat you..tapi Syasya sekarang fayyadh dah tak boleh sama  macam dulu..you tahu kan ,you pun perempuan...tak perlu I nak jelaskan panjang lebar"

''That's  mean you really forgive me Tya ?thanks Tya sebab Faham I ,Thanks sebab sudi maafkan I"

''Okay no problem,lagipun you memang pekerja yang bagus tau Sya.. yadh tak akan nak buang you macam tu je..sekarang ni kita profesional okay...Syasya bincanglah dengan yadh tentang projek tu tak apa..Tya boleh  tunggu dekat luar je"

Tya  memberi segaris senyumanbdan segera mengambil bag tangan beliau untuk keluar menunggu yadh di luar sahaja ,namun dia tidak sempat kerana yadh sudah pun  terlebih dahulu   memegang tangan Tya untuk terus menemani Yadh sepanjang perbincangan tersebut.

Selesai sahaja perbincangan mereka, Syasya ingin  mengajak yadh dan Tya untuk makan tengahari bersama sebagai tanda maaf.mereka memilih kedai makan yang berdekatan dengan kawasan office mereka.. Usai makan, mereka berdua  pun terus bergerak balik.

''Sayang ? "
Yadh memanggil Tya yang sedang leka melihat tingkap diluar.

''Sayang? " Yadh memanggil sambil mencuit bahu Tya.

'' Eh sorry yadh panggil Tya ke? "

''Ya lah saya panggil awak sayang kan tadi Tya..tak kanlah saya nak panggil orang lain pula dengan panggilan sayang..awak memang minta ke macam mana? "

''Awak jangan buat hal yadh..awak tak tahu lagi rasa kalau kena karate dengan saya,kalau berani awak buatlah"

''Eh awak cabar ke? Nanti jap saya fikir macam mana nak selesaikan masalah yang saya tengah hadapi ni..masalah syarikat saya boleh settle tak kan masalah macam ni tak boleh selesaikan..betul tak Tya ??" Kata yadh sambil ketawa terbahak-bahak.

''Yadh !! Janganlah yadh ! Jangan selesaikan masalah tu..awak jangan buat gila tau.." Tya langsung mencubit suaminya .

''Bukan ke awak juga  sendiri yang cakap husband awak ni dah gila?"

''Yadh..jangan yadh saya tak nak kongsi awak.." Kata Tya sambil membulatkan mata namun mata sudah mula berkaca dan  ingin menangis mendengar kata yang keluar dari yadh.

''Eh ! Saya guraulah sayang.. ya Allah Tya ni pun..tak payah lah sampai nak nangis..Jom kita pergi pantai...jalan-jalan.."

''Wah seriuslah lah yad.... jomlah.."

















*********************************************************************************

Sampai sahaja dipantai ,yadh terus  membelikan Tya Ais krim.mereka duduk berdua sambil  menghadap pantai.

''Yadh..best juga dapat  healing dekat sini kan?"

''Bolehlah..minggu ni kita healing luar negeri..tapi bulan depan kita healing di luar negara pula.." Kata yadh dengan nada selamba ,sambil menunjukkan Tiket kapal terbang  kepada isterinya.

''Ish seriuslah Yadh..Dah lama Tya simpan impian nak melancong  dekat paris tau..yadh ni kan macam doraemon tau".

''Haha kenapa pula macam doraemon?'

''Yalah yadh..yadh dengar ya..tya nak cerita ni..yadh dah bagi Tya kereta idaman Tya dengan full package lepastu Phone baru, Nama Tya dalam produk baru syarikat Yadh, yang paling gila yadh bagi Tya rumah yadh..tapi ada lagi yang lebih gila , yadh surprisekan pula Tya jadi suami Tya siap package berlakon acah-acah kecewa tak dapat jadi suami Tya.."

''Haa.jangan ingat Tya je pandai buat drama..yadh lagi pandai tau.."

'' Tya dah dapat segalanya. Tya bersyukur sangat yadh..yang paling penting sekali Tya dapat pendamping hidup yang buat Tya bahagia"..

''Tya bahagia ke dengan yadh?".

''Yadh ! Memang Tya ni kena Allignment  tau  kalau masih tak bahagia..semua yadh dah bagi..yadh susah-susah cari duit lepastu senang-senang  je bagi tya harta Yadh...hmm.. Tya rasa yadh yang dah tak alright ni.." hahahaah.

'' Yadh ni jadi tak Alright sebab tya lah..Yadh kalau dengan Tya awal-awal lagi dah kalah dah..dengar suara Tya panggil yadh je dah boleh buat Yadh terduduk tau..haa belum lagi Tya panggil yadh abang..boleh pengsan yadh tau.."

'' Abang? "

'' ya Sayang Yadh.."

''Lah yadh jahat..Yadh tak pengsan pun Tya panggil Abang tadi.."

''Kalau yadh betul-betul pengsan ,Tya larat nak angkat ke? "

''Tak apa pengsan je lah....pak karim kan ada...dia boleh tolong angkat Yadh "

''Pak karim tu dah tua  lah sayang oi..masuk hospital terus kalau dia yang tolong  angkat..haha"

''Tya , kalaulah ditakdirkan yadh pergi dulu sebelum Tya nanti,.yadh nak beritahu Tya yang Tya tak perlu risau apapun dari segi ekonomi..sebab semuanya  yadh dah siapkan untuk isteri yadh yang cantik ni..tapi kalau nak cari pengganti yadh boleh je..tapi Tya mesti cari seseorang yang cintakan Tya lebih dari yadh tau.."

''Tak , janganlah cerita sedih macamtu, Tya tak nak dengar cerita  semua tu..Tya nak yadh sebab cintakan yadh.. bukannya sebab harta yadh...Tya cinta yadh sampai bila-bila..kalaupun yadh akan pergi dari Tya..Tya nak yadh tahu yang Tya tak akan cari orang untuk ganti yadh..Sebab cinta Tya cuma untuk yadh. Yadh cinta  terakhir tya..cukuplah perkahwinan Tya ni hanya sekali je..tak berdosa kan jika tiada pengganti??" Tya menjelaskan sehingga mengalirkan air mata.

''Okay dah..jangan nangis. Yadh cuna beritahu je..yadh cuma  tak nak Tya kecewa dan sedih lagi.."

''Yadh janji akan jadi cinta terakhir Tya ? "

''Ya Sayang,  Abang janji akan setia dengan Tya sampai bila-bila"

''Walaupun nanti Tya dah tak Cantik lagi??"

''Ya , abang janji sentiasa ada didalam hidup Sayang walau apa keadaan sekalipun..Soal hati dan takdir semua  Allah yang pegang , tapi abang akan terus berdoa agar hati abang tetap bersama sayang sampai ke akhir hayat abang"

''Terima kasih abang untuk Cinta yang abang dah bagi dekat sayang selama ni..sayang  bersyukur sangat ada abang dalam hari-hari sayang dan Tya bahagia sangat dapat jalani hidup dengan abang..semoga hubungan kita akan kekal sampai ke akhirnya"



-TAMAT-

Fayyadh x Tya Humaira
Melabuhkan Tirai

Terima Kasih .

TAKDIR CINTA DIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now