Tya sampai rumah pada pukul 6 petang.terlihat mamanya sedang tunggu diluar rumah .Mama Tya sedang rancak berbual dengan makcik hasnah .
''Assalamualaikum"
''Wasalam"
''Eh mak cik hasnah pun ada?"
''Mestilah mak cik ni tak sabar juga nak tunggu cerita kamu..macam mana okay ke? Ni mak cik nak tanya yadh tu ada marah-marah tak? Kalau dia lebih-lebih biar makcik marah dia.."
''Eh tak tak..Tya okay sangat kerja dekat situ walaupun baru hari pertama ,semua orang layan Tya dengan baik..Terima kasih ambil berat."
''Eh orang lain mak cik boleh diam,tapi kalau Tya memang tak boleh...mak cik dah anggap Tya macam anak makcik sendiri dah.."
Tya hanya senyum dan meminta izin untuk masuk ke rumah terlebih dahulu.
Beberapa minit kemudian mama Tya juga masuk ke rumah.''Aik baru hari pertama kerja dah terbaring macam tu..pergi mandi cepat nak maghrib dah ni"
''Bukan penat lah ma..Tya bukan ada banyak kerja pun.."
''Kalau bukan penat kenapa?"
''Mama tau ke Syah tu bos besar dekat syarikat besar.. bukannya syarikat kecil macam mak cik hasnah cakap tu"
''Memanglah besar syarikat dia,mama dengan papa dah pernah sampai dah haritu"
''Seriuslah mama..Tya jadi segan kot nak terus kerja dekat situ..lagipun kena jadi setiausaha dia pulak tu.."
''Baguslah sekurang-kurangnya mama ni tak risau,kamu tu kan tak ada pengalaman kerja,dapat lah dia tengok-tengokkan kamu dekat tempat kerja..tak adalah mama risau.."bebel mama Tya.
''Tya nak mandi dululah nak maghrib dah"Jawab tya.
''Haa.itulah yang bagus,kamu pergi naik atas mandi,segarkan diri..lepastu rehat cukup-cukup ya.."
Tya pun terus naik tangga melangkah masuk ke dalam biliknya.selesai sahaja solat ,tya turun ke bawah untuk makan malam. Tya pun charging telefon bimbitnya sebelum turun ke bawah. Dia Sempat melihat notifikasi telefon bimbitnya jika ada sebarang panggilan masuk daripada Ryan Hayder.
''Mama masak apa malam ni? " soal Tya.
''Petang mama tak masak..Mak cik Hasnah kamu dah bagi lauk..kalau mama masak lagi nanti jadi membazir pula..kamu jabiskan lah lauk tu sebab papa dah makan dah"
''Oh okay mama..Tya nak tanya sikitlah ma.."
''Kamu nak tanya tentang apa tu? "
''Kenapa Mak cik hasnah masih nak duduk rumah sekarang sedangkan dia boleh je nak beli rumah besar ? "
''Eh baguslah dia masih nak tinggal dekat sini..kalau dia pindah nanti mama tak ada kawan lah..kamu pun Tya soalan yang pelik -pelik je.."
''Makcik Hasnah tu kaya kot.."Tambah Tya lagi.
''Tya itulah kehidupan jangan kamu sangka yang nampak semua bergaya tu kaya..tengok mak cik hasnah tu sempoi je.."
''Betul juga kan ma.."
Tya pun sambung makan,ketika Tya baru ingin mengambil minuman, Telefon Tya berdering.Tya langsung meletakkan gelas tersebut dan berlari naik ke atas agar tidak terlepas panggilan tu. Dia sangkakan panggilan tersebut daripada Ryan Rupanya daripada Fayyadh Syah.
Dia pun mengangkat telefon tersebut dengan nada suara yang perlahan.''Hello Tya, dah sampai rumah ke?tak beritahu saya pun'"
''Hello yadh, Tya lupa nak beritahu tadi.."
YOU ARE READING
TAKDIR CINTA DIA (COMPLETED)
RomanceTya Humaira merupakan seorang penggemar rahsia kepada seorang lelaki yang bernama Fayyadh Syah. Malahan Fayyadh juga merupakan cinta pertama buat Tya Humaira. Namun kenangan kisah lalu yang telah membuat mereka terpisah. Tercipta suatu Pertemuan...