BAB 32

146 3 0
                                    

KINI sudah genap tiga bulan Tya Humaira  menjadi pekerja dan juga seorang  isteri kepada Fayyadh Syah.Namun begitu  Tya masih lagi tinggal bersama dengan mamanya. Fayyadh Syah sahaja yang selama ini  bergilir-gilir  balik kerumahnya.

Hari ini Tya sudah datang terlebih dahulu dari suaminya Fayyadh Syah. Kak ji menghampiri Tya yang kelihatan sedang mengemas fail syarikat . Lantas dia mencuit bahu Tya.

'' Tya? Kak ji nak tanya sikit boleh ke? Lama dah tertanya-tanya..jadi lebih baik terus tanya je lah.."

''Oh.. Ya kak Ji nak tanya apa ? kenapa pula tu kak ji..?

''yalah..Tya kan isteri bos..tapi kak Ji tengok tak pernah tya sampai kerja saing dengan bos..Kak Ji rasa pelik "

''Oh....Tya memang belum duduk sama dengan bos lagi ,sebab Tya kan bekerja sambil belajar. Jadi Tya minta duduk asing dengan Bos  untuk fokus pada pelajaran Tya.Tya belum dapat lagilah nak jadi macam isteri orang lain.."..

''Sabarnya suami Tya melayan Tya..tapi Hati-hati Tya sekarang ni ramai perampas tau..bukan lah kak Ji nak menakutkan..cuma takut lah kot ada orang yang memang nak  mengambil kesempatan...." Terang Kak ji.

''Hmm..Terima kasih kak ji sebab dah  ingatkan Tya"

Tya sudah mula terfikir dan terngiang tentang apa yang kak ji  cakap itu kerana  ada betulnya.

''Ish . Kalau betul ada yang tunggu yadh macam mana? Laki aku tu dahlah baik handsome pula tu..cukup package pula tu" Tya sempat mengomel dalam hati sambil mengerutkan keningnya.

Sedang dia berangan. Tiba -tiba Tya terdengar suara tegas Fayyadh memanggilnya.

''Tya ? Masuk bilik saya kejap.". Panggil Fayyadh sambil menunjuk kearah biliknya .

''Err.Kejap Kak Ji .saya nak jumpa bos kejap"













Fayyad Syah Office Room

''Ya Bos  ada panggil saya ?  kenapa ya.."

''Tya lepasni jangan panggil saya bos lagi...kalau nak panggil abang yadh izinkan..lagipun kan yadh dah bagitau..yadh tak paksa Tya untuk  terus bekerja.."

''Maaf yadh..Tya minta maaf tau..jangan lah merajuk pula.." pujuk Tya.

''Tya dah makan belum? Teman yadh makan dulu jom sekejap je..tengok ni haa..dekat sini cuma ada biskut je..ngadu Yadh kepada Tya.

''Boleh je..untuk Husband Tya yang paling Tya sayang ni..lama pun tak apa..terus tak balik office ni pun tak apa...yang penting sekarang  Tya ada dengan suami Tya..."

Tya sempat  merasa serba salah setelah mendengar kata - kata dari yadh.
Sedangkan Tya sudah makan dirumah tadi, yadh  pula masih lagi belum sarapan.

''Eh lain je ayat isteri yadh ni..ada apa-apa ke?  Nak phone baru ke? Maaf ya tiada peruntukan untuk masa ini..hahaha"

''Yadh ni...mana ada lah...phone tya tu dah cukup baru dah..yadh lupa ke yadh dah beri hantaran Phone dekat Tya"

''Sejak yadh ada isteri ni, yadh cuma ingat kat isteri yadh je..sampai benda lain pun yadh dah lupa.."

''Omo Sweet betul husband Tya ni.."

Yadh mempimpin tangan Tya dan Mereka pun  keluar pergi sarapan di kedai makan berdekatan dengan menggunakan kereta  Tya.

''Eh makin cantik kereta ni awak jaga..kenapa tak bawa kereta baru? Dah sampai kan semalam?"soal Fayyadh.

''Mestilah...orang dah bagi guna kereta  ,kita kenalah jaga baik-baik.. Kereta baru belum  boleh bawa lagi , Tya nak rasmikan kereta idaman Tya  tu untuk bawa  suami Tya dulu.." Jawab Tya.

TAKDIR CINTA DIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now