Bab 1 : Dijodohkan

25.9K 144 6
                                    

Hi semua. Nama aku Marsya Athirah binti Mukriz. Aku anak tunggal. Aku nak sangat ada adik tapi selepas ibu melahirkan aku,ibu disahkan menghidap kanser rahim. Kemudian, rahim ibu dibuang dan tidak boleh mengandung lagi. Oleh demikian,ibu dan ayah sangat menjaga aku. Apabila aku ingin berkawan, ayah hanya membenarkan aku berkawan dengan perempuan. Ayah tak bagi aku kawan dengan lelaki.

--------------------------------------------------------
Hi. Aku Tunku Muhd Akhtar bin Tunku Muhd Ariff. Aku ada adik perempuan. Tunku Misha Aqilah. Aku seorang yang tegas dalam pekerjaan dan tidak pernah senyum. Itu kata orang lah. Aku hanya akan senyum bila dengan mama dan adik sahaja. Papa pula? Aku nak bergurau pun tak boleh, inikan pula senyum. Tapi, jangan salah faham. Meskipun begitu, papa tetap menyayangi aku dan sentiasa support aku. Oh ya,umur aku 25 tahun. Masih mencari jodoh. Hihi.

---------------------------------------------------------
Pada malam itu, aku,ibu dan ayah sedang menonton televisyen. Entah cerita apa,aku tak layan. Aku tengah tengok telefon.

"Marsya,ibu ada benda nak beritahu,"
Kata ibu lalu memandangku. Ayah juga turut berbuat demikian.

"Apa dia,ibu?"

"Kami nak jodohkan kamu dengan anak kawan ibu," kata ibu lembut.

Aku terdiam seketika. Kemudian,ibu menyambung percakapannya.

"Ibu dah bincang dengan ayah. Jadi,kami nak bawa kamu pergi jumpa dia esok," kata ibu.

"What? Esok?" Agak terkejut aku.
"Kenapa cepat sangat,ibu?"

"Kawan ibu tu nak sangat jumpa kamu,"

Aku berfikir sejenak. "Kalau itu keputusan ibu, baiklah. Marsya ikut,"

Ayah mengusap kepalaku lembut. "Besar dah anak ayah ni. Tak lama lagi nak jadi isteri orang," usik ayah.

Aku hanya senyum. Macam manalah rupa bakal suaminya nanti?

---------------------------------------------------------
Berdebar pula bila hendak bertemu bakal mertua dan bakal suami. Semoga mereka boleh menerima aku seadanya.

"Assalamualaikum," ayah memberi salam.

"Waalaikumussalam. Silakan masuk," kata pembantu rumah.

"Aziah. Ya Allah, lamanya tak jumpa. I miss you," kata seorang wanita. Mungkin dalam 40-an umurnya.

"Iya,Su. Aku pun rindu kau,"kata ibu.

"Silakan duduk,"

--------------------------------------------------------
"Jadi, inilah anak aku, Marsya Athirah,"
Ibu memperkenalkan aku kepada kawannya.

"Ohh, cantik orangnya. Ini Akhtar, anak saya,"

Aku memandang wajahnya. Handsome gila! Kalau anak dara seperti ku melihat,confrim tak tidur malam. Eh,tiba tiba je aku ni!

'Hmm,not bad. Cantik jugak perempuan ni,' kata Akhtar dalam hati.

"Nama kau Marsya,kan?"

"Ya, saya. Kenapa?"

"Boleh tak kita pergi ke balkoni sana? Aku nak cakap sesuatu,"

Aku menoleh ke arah ibu dan ayah tanda meminta keizinan.

"Boleh. Tapi jangan lama lama," kata ayah.

Akhtar mengangguk lalu bangun. Aku mengikutnya dari belakang.

----------------------------------------------------------
"So, awak nak cakap apa?"

"Kau kena tahu satu rahsia," kata Akhtar serius.

Aku hanya diam. Menanti apa yang keluar dari mulutnya.

"Kalau kau nak kahwin dengan aku,kau kena bersedia dari segi mental,"

"Kenapa? Awak sakit mental ke?"

Aku dengar gelak halus keluar dari mulut Akhtar.

"Bukan. Aku ni kasar. Aku bukan jenis yang lembut kalau buat seks," kata Akhtar. Matanya tidak lepas memandangku.

"Apa maksud awak? Kenapa cakap pasal seks pulak?" Pelik aku dengan Akhtar ni. 

"Kau akan faham lepas nikah dengan aku." Itu pulak jawapan Akhtar.

"Haih, yelah. Apa - apa lah," kataku pasrah.

---------------------------------------------------------
"Macam mana anak kawan ibu tu?"

"Ermmm bagi Marsya, dia tu handsome,
baik, sopan. Itu je lah yang Marsya boleh cakap," kataku jujur.

Ibu mengangguk perlahan. Aku dan Akhtar akan bernikah pada bulan hadapan. Aku tahu ini terlalu awal tapi aku ikut sahaja.

Flashback

"Nanti masa first night kita, ikut aku pergi satu bilik rahsia. Aku nak tunjuk sesuatu," kata Akhtar.

Aku hanya mengatakan 'ok'. Tidak tahulah apa yang hendak ditunjukkan.
Aku hanya menanti dengan sabar.

End of flashback

---------------------------------------------------------
Author

Hehehe. Cerita kali ni I nak buat yang tak elok sikit. Boleh Google siapa yang tak tahu BDSM tu apa.

My weird husband (Complete) Where stories live. Discover now