Bab 2 : Pernikahan

15.7K 135 2
                                    

Hari ini adalah hari yang bersejarah buatku. Aku akan bergelar isteri kepada Tunku Muhd Akhtar. Selesai make up, aku turun bersama ibu. Oh ya,aku bersiap di rumah keluarga Akhtar. Majlis nikah pun simple dan hanya keluarga yang datang.

"Tunku Muhd Akhtar bin Tunku Muhd Ariff,"

"Ya, saya,"

"Aku nikahkan kau dengan anakku, Marsya Athirah binti Mukriz dengan mas kahwin sebanyak tiga ribu ringgit tunai,"

"Saya terima nikahnya, Marsya Athirah binti Mukriz dengan mas kahwin sebanyak tiga ribu ringgit tunai,"

"Sah?"

"Sah,"

"Sah,"

"Alhamdulillah."

Air mataku mengalir. Aku memandang ibu lalu memeluknya. Ibu mengusap kepalaku lembut.

-----------------------------------------------------------
Selepas menyarung cincin,aku menyalami tangan suamiku. Aku dapat rasa kepalaku diusap lembut. Setelah aku mengangkat kepala,dahiku bertemu dengan bibir Tunku Akhtar. Beberapa minit kemudian, Akhtar membisikkan sesuatu ke telingaku.

"Ingat, sayang. Malam ni, ikut abang,"

Aku hanya merenung wajah tampan itu.
Apa yang suami aku mahu tunjuk?

-----------------------------------------------------------
Haih, letih betul hari ini. Hanya aku yang berada dalam bilik ini. Suamiku kesian melihat aku kepenatan. Selesai mandi, aku hanya berkemban. Nasib baik Akhtar tiada di dalam bilik.

"Sayang,"

Terkejut aku bila mendengar suaranya di tepi telingaku dan nasib baik tidak tertanggal tuala ni. Sudah la aku tidak pakai apa - apa.

"Ohh, sayang. Maaf ya buat sayang terkejut. Abang menyorok tadi."
Geram pulak aku bila dia kata begitu.

"Abang menyorok kat mana?"

"Dekat langsir tu. Cepat betul sayang jalan sampai tak perasan abang kat situ," kata Akhtar.

"Sudah la tu. Pergi mandi. Abang busuk," kataku lalu ketawa kecil.

"You.....huh!" Akhtar mengambil tuala lalu masuk ke dalam bilik air.

'Haih, marah ke tu? Kena pujuk baby tua ni,' kataku dalam hati.

-----------------------------------------------------------
"Abang kata nak tunjuk sesuatu. Apa dia?" Tanyaku. Selepas solat Isyak,kami terus baring di atas katil.

"Ohh, aku lupa nak bagitau. Nanti aku tunjuk sesuatu dekat rumah kita. Ini rumah family,so benda tu tak ada kat sini," kata Akhtar.

Rumah kita. Perkataan yang membuat aku blushing. "Sayang, kenapa muka you merah?"

"Eh? Merah ke?"

"Yelah. You horny ke?"

"Mana ada. When you said rumah kita, rasa macam comel pulak,"

Akhtar mengangguk lalu menyembamkan mukanya ke leher ku.

"Ohh sayang. Your smell....."

"Haip, jangan. Kita kena tidur awal. Esok majlis resepsi pulak," kataku.

"Hmm,fine. Kita tidur je malam ni. But after the reception end, jangan harap nak tidur nyenyak," kata Akhtar.

"Kenapa?"

"Sebab, kita akan melalui malam yang panjang bersama,"

---------------------------------------------------------
Majlis resepsi berlangsung di dewan orang ramai yang tidak jauh dari rumah keluarga Akhtar. Warna pakaian aku dan Akhtar ialah royal blue. Aku memakai gaun manakala Akhtar memakai tuxedo.

"Abang, tudung saya ok tak?" Tanyaku.

"Ok je. Cantik isteri abang ni." Sempat lagi dia memuji ku. Aku hanya senyum.

"Dipersilakan kedua pengantin untuk masuk ke dalam dewan," kata pengacara majlis.

Aku memegang tangan Akhtar lalu kami masuk bersama. Aku merasa segan kerana semua mata tertumpu kepadaku.
Akhtar hanya beriak biasa.

----------------------------------------------------------
"Tahniah, Marsya. Terima kasih jemput aku," kata Lisa; kawan aku sejak tingkatan satu.

"Sama - sama. Kalau kau nak kahwin, jemput aku tau,"

"Ye. Aku balik dulu. Assalamualaikum,"

"Waalaikumussalam."

Aku berlari anak menuju ke arah kereta suamiku yang sejak dari tadi menunggu ku.

"Abang, maaf lambat."

"Tak apa. Pakai tali pinggang keledar. Kita nak gerak ni."

Nasib baik gaun yang aku pakai tidak terlalu labuh. Kalau tidak,merana aku nak masukkan dalam kereta suamiku.

My weird husband (Complete) Where stories live. Discover now