Kahar telah bebas keluar daripada penjara setelah diikat jamin oleh ayahnya sendiri. Dirinya kemudian pulang ke Hype House. Perkara pertama apabila dia menjejakkan kaki di Hype House adalah mencari Hani.
Kahar: Keem, Hani mana?
Hakeem: Hani keluar tak silap aku.
Kahar: Pergi mana?
Hakeem: Aa tak pasti pulak.
Kahar kemudiannya ingin beredar keluar dari rumah itu namun Hakeem memegang lengan Kahar supaya Kahar berhenti.
Lalu Hakeem membawa Kahar duduk di halaman belakang rumah untuk berborak seketika.
Hakeem: Aku faham apa yang kau tengah lalui sekarang.
Kahar: Aku nak pergi jumpa Hani.
Hakeem: Tak perlu Kahar. Tak perlu. Kau kena terima hakikat yang kau dengan dia dah takde apa².
Kahar: Aku nak fix balik hubungan kitorang. Aku percaya dia still sayangkan aku. Aku tahu.
Hakeem: Kahar. Dia buat keputusan tu pun sebab demi kebaikan kau sendiri. Dan diri dia. Aku bukan tak support kau ke apa. Tapi... Aku tak nak lah one day kau jadi murung ke apa disebabkan seorang perempuan. Kau kena terima takdir yang kau takde jodoh dah dengan Hani. Aku tahu kau dengan dia dah lama. Tapi.. Tapi memang ramai pasangan kat luar sana yang dah together bertahun² end up tiada jodoh jugak. Aku cuma taknak keruhkan keadaan, Kahar. Aku taknak kau sedih macam ni berterusan berharap kat Hani. Hani tu dah nekad dengan keputusan dia sendiri.
Kahar hanya diam tidak berkata apa mendengar nasihat dari Hakeem. Dalam masa yang sama, mata Kahar sedar akan kewujudan Hani yang baru sahaja pulang ke rumah. Pada waktu itu, Hani baru sahaja masuk ke dalam rumah dan sedang menaiki tangga untuk ke tingkat atas.
Dengan pantas, Kahar pergi ke arah Hani.
Kahar: Hani! Hani!
Hani yang telah tiba di tingkat atas menoleh ke belakang. Kelihatan Kahar sedang naik ke tangga menuju ke arahnya.
Kahar: Hani. Sayang.
Kahar ingin memegang tangan Hani namun dengan pantas Hani mengelak.
Kahar: Sayang please we can fix our relay. I janji kali ni i betul² akan kawal diri i. I promise you.
Hani: Berapa kali dah you janji dengan i, Kahar? Even a million times pun, belum tentu you dapat tahan dengan janji you sendiri tu. Im done with you.
Kahar: I sayangkan you. I tak boleh lepaskan you.
Hani: Sorry Kahar. You really need untuk buang rasa sayang tu dekat i. You have to.
Kahar: I tahu you pun still sayangkan i kan? You pun still susah nak lepaskan i kan? Tell me, Hani. I know it.
Hani: Stop it, Kahar.
Hani ingin beredar dari situ namun Kahar terus memegang tangan Hani. Hani cuba untuk melepaskan tangannya dari Kahar namun Kahar tidak mahu melepaskan Hani.
Kahar: Sayang,please jangan buat i macam ni.
Hani: Lepaslah,Kahar!
Kahar: Sayang. Please, i merayu jangan buat i macam ni.
Hani: Lepas!
Hani kemudiannya dapat melepaskan tangannya dari Kahar setelah dia merentap tangannya sendiri dengan agak kuat. Namun, disebabkan rentapannya itu, badannya menjadi tidak stabil dan menyebabkan dirinya terjatuh tangga.
YOU ARE READING
🥀 || Projek Cinta Kita ||
Romance~Sambungan series Projek High Council , this series lebih memfokuskan ke arah romance stories of Hani. Includes more new characters!!~ . Setiap percintaan tak seindah seperti yang disangka. Cinta Kahar terhadap Hani menyebabkan Kahar adakalanya bert...