🌹 EPISOD 9

25 4 0
                                    

Pada suatu hari,  Zana selaku ketua Hype House telah memanggil semua ahli Hype House untuk kumpul bersama di ruang tamu.

Zana: Semua dah ada kan?

Ayam: Meh aku kira.

Ayam mula mengira berapa orang disitu untuk memastikan cukup 11 ahli Hype House berkumpul.

Ayam: 10, 11. Ngam, semua ada kat sini.

Zana: Okayyy.  So aku panggil korang semua ni sebab ada satu pengumuman aku nak buat. Actually perkara ni aku dengan manager dah lama bincang and baru semalam kitorang dah dapat approval dari pihak atasan. Firstly, aku nak bagitahu yang company akan sponsor kita 100% untuk pergi trip ke Laurist Forest. Kita akan pergi untuk 2 hari 1 malam.

Misya: Seriously?!

Sofea: Wahhhh.

Para ahli Hype House semuanya berasa teruja apabila mendapat berita berikut. Mulut mereka mula bising akan keterujaan mereka.

Zana: Okayokay. Jap korang,  chilllll. Dengar apa aku nak explain niii.

Fakhri: Hahahahah sorry, Zana. Semua auto excited.

Amir: Itu lah pasal hahahah.

Zana: Haha fahammm. So actually trip yang kita pergi ni totally tujuan untuk kita semua rest sama². I meant like.. Spend time sama², bebas diri dari any camera. Basically 2 hari 1 malam ni cuti untuk kita semua but with more fun activity yang kita boleh buat kat sana nanti. Nanti kita boleh plan lah kita nak buat apa kat sana untuk have fun.

Ayam: Beres. Bab aktiviti semua tu boleh bagi aku.

Kahar: Aku rasa kita bincang jelah terus kut apa plan nak buat kat sana.

Hakeem: Betul. Aku setuju.

Zana: Boleh.

Mereka semua tanpa membuang masa terus merancang aktiviti mereka dari A hingga Z untuk trip mereka yang akan berlangsung pada hujung minggu depan.

Sedang mereka masing² berbincang, mata Kahar memandang ke arah Hani yang sedang bergelak ketawa bersama Naufal. Timbul perasaan cemburu di hati Kahar melihat mereka berdua yang semakin lama, semakin mesra.

Selepas mereka semua selesai berbincang dan bersurai, Kahar sedar akan Hani dan Naufal yang beredar bersama2 namun Kahar tidak tahu ke mana mereka berdua itu pergi.

Amir pula sedar akan riak wajah Kahar pada waktu itu yang memerhatikan Hani dan Naufal. Dia tahu Kahar cemburu namun Amir hanya mendiamkan diri.

Amir kemudiannya berkata kepada kekasihnya, Sofea.

Amir: Sayang.

Sofea: Ya?

Amir: Hani... Dengan Naufal nampak makin rapat kan? Diorang tu ada apa2 ke?

Sofea: Eh takdelah. Diorang just kawan. Cam biasa.

Amir: Oh. Tapi i tengok diorang makin lama makin rapat. Mana² mesti berdua. Ingatkan ada something special.

Sofea: Hehe faham maksud you tu. But i guess one day lah kut something special tu. For now apa yang i tahu, diorang just kawan.

Amir hanya menganggukkan kepala sebagai respon. Dia sebenarnya berasa agak kasihan kepada Kahar kerana dia tahu Kahar berasa cemburu akan melihat keakraban Hani dan Naufal.

-----------------------------------

Malam yang sepatutnya sunyi tiba² dikecohi oleh seorang perempuan yang bernama Qistina datang ke Hype House membuat bising di depan rumah Hype House itu.

🥀 ||  Projek Cinta Kita  ||Where stories live. Discover now