🌹 EPISOD 5

40 5 0
                                    

Di Hall Room

Kahar berseorangan diri sedang duduk di tepi tingkap besar sambil merenung sekeping gambar keluarganya.

Hakeem pula baru sahaja tiba di situ dan sedar akan Kahar yang termenung ke arah gambar yang dipegang oleh Kahar itu.

Hakeem pun pergi ke arah Kahar dan duduk menghadapnya. Mata Kahar tidak alih dari gambar tersebut. Wajah Kahar pada waktu itu kelihatan sedang memendam kesedihan.

Hakeem: Kau... Okay tak?

Kahar: Tak tahu lah beb. Aku.. Aku rindukan famili aku.. Tapi diorang tak penah pun kesah tentang aku...

Hakeem memegang sebelah bahu Kahar sambil cuba untuk menenangkan Kahar.

Hakeem: Sabar okay, Kahar? Aku yakin one day famili kau akan accept kau juga. Mungkin disebabkan ego jelah punca diorang layan kau macam ni sampai sekarang.

Kahar: Tapi aku langsung tak tahu apa reason diorang layan and buang aku macam ni, Keem? Apa salah aku?

Hakeem: Sabar... Hm.. Aku pun tak tahu nak cakap apa.. Tapi aku nak kau tahu, aku ada. Hani ada. Kitorang semua kat sini pun ada. Untuk sayangkan kau.

Kahar: Ya... Aku bersyukur. Aku bersyukur ada orang yang macam korang dalam hidup aku, terutama kau, Keem. Thanks, Keem... Tapi aku pun bersyukur sebab mama Hani.. Pun sanggup curahkan kasih sayang dia kat aku.. Dapat juga aku merasa kasih sayang dari seorang ibu.

Hakeem: Betul tu, Kahar. Aku happy sebab kau sebenarnya dikelilingi oleh yang sayangkan kau juga selain famili kau. Kau kena percaya, Kahar. Yang setiap perkara terjadi dalam hidup kita ni mesti ada hikmah disebaliknya. Okay?

Kahar hanya menganggukkan kepala sambil cuba mengukirkan senyuman. Hakeem pula berterusan mengusap sebelah bahu Kahar untuk menenangkannya.

-----------------------------------

Di Shopping Street

Setelah selesai hal kerja Hani yang ada berdekatan di Meluna Shopping Street, Hani  terus pergi ke Meluna Shopping Street untuk membeli makanan sebelum berangkat pulang ke rumah Hype House.

Namun, diri Hani kelihatan agak lemah daripada biasa. Hani berjalan dengan agak perlahan di antara ramai orang yang ada di situ.

Hani kemudiannya secara tidak sengaja telah melanggar seseorang di kalangan orang ramai itu kerana terlalu sesak. Langgaran itu menyebabkan Hani hilang stabil dan hampir terjatuh namun Hani sempat dipegang oleh seseorang.

Hani mendongakkan kepalanya ke arah orang yang memegangnya dari belakang. Kelihatan wajah Naufal disitu.

Hani: Naufal?

Naufal: Kau okay tak ni?

Hani menganggukkan kepala lalu dia melepaskan dirinya daripada Naufal.

Naufal: Kau nampak macam tak sihat ni. Pucat muka tu ha.

Hani: Takdelah. Aku okay lah. Maybe penat sikit.

Naufal: Hm yelah tu. Ni kau dah settle kerja en? Nak balik?

Hani: Ya. Jap, macam mana kau boleh ada kat sini?

Naufal: Kebetulan. Aku saja jalan² kat sini sebab job aku hari ni settle awal. Jumpa lak kau kat sini. Mujur aku ada, kau nak tumbang dah tadi. Jom lah aku hantar kau balik.

Hani: Eh takpe. Aku boleh balik sendiri. Aku gerak dulu eh.

Dengan segera, Hani terus beredar dari situ.  Tidak sampai 3 minit kemudian, Hani telah pun tiba di keretanya.

🥀 ||  Projek Cinta Kita  ||Where stories live. Discover now