EPISOD 10 🌹

26 4 0
                                    

Di Laura Forest

Setelah aktiviti game Name Tag yang memenatkan, mereka semua membersihkan diri dan membuat hal masing². Ada yang bermain pasir, ada yang duduk di tepi pulau,  ada yang tidur, ada yang fokus melayan social media dan lain².

Keadaan disitu tidak pernah sunyi akan kemeriahan suara ahli² Hype House.

Pada waktu senja, mereka diberi tugas masing² untuk memasak. Amir, Naufal dan Ayam sedang membakar daging bersama².

Ayam kelihatan terkehel² kerana asap tebal yang ada disebabkan membakar daging. Habis terbatuk² tidak henti Ayam sambil membakar daging. Zana yang lalu di situ terus menegur Ayam apabila melihat keadaan Ayam.

Zana: Hey, batuk jauh² sikit eh dari daging. Virus.

Ayam: Ish. Aku batuk tutup mulut kan.

Naufal tergelak kecil melihat reaksi Ayam yang tidak puas hati dengan Zana. Kemudian mata Naufal tertumpu ke arah Hani yang sedang membakar marshmallow berseorangan diri.

Naufal mengambil keputusan untuk pergi ke arah Hani kerana Hani kelihatan termenung memikirkan sesuatu.

Amir hanya diam dan melihat ke arah Naufal yang menuju kepada Hani.

Apabila Naufal tiba pada Hani, Hani langsung tidak sedar akan kehadiran Naufal itu kerana dirinya terlalu fokus termenung sehinggalah Naufal memanggilnya untuk tiga kali.

Naufal: Hani. Hanii. Haniiii.

Hani: Oh. Naufal.

Naufal: Bahaya lah kau ni.

Naufal terus duduk di sebelah Hani sambil tangannya memegang tangan Hani yang sedang membakar marshmallow. Naufal tolong memusingkan marshmallow itu dengan mengerakkan tangan Hani. Hani hanya diam sambil membiarkan Naufal membebel kepadanya serta tangannya masih dipegang dan digerakkan oleh Naufal.

Naufal: Kau kena pusing macam ni. Pusing². Jangan letak atas api je. Mahu satu belah je terbakar kang nanti. Rasa arang je nanti. Pusing gini haa.

Hani hanya merenung wajah sisi Naufal yang agak dekat dengan dirinya. Pada waktu itu Naufal masih khusyuk memandang ke arah marshmallow.

Lalu Naufal pun menolehkan wajahnya ke arah Hani. Mereka berdua bertentangan mata dengan jarak yang agak dekat.

Naufal: Uhm.. Kau dengar tak apa aku cakap tadi?

Hani: Ha? Oh ha. Ya ya. Dengar.

Hani melepaskan renungan dari Naufal serta pegangan tangan Naufal.

Naufal: Hm.. Kau okay tak ni?

Hani: Okay je. Kenapa?

Naufal: Takdelah. Nampak kau dari tadi termenung. Habis hangus marshmallow tu. Haha.

Hani: Haha sorry sorry.

Naufal: Kau fikirkan apa sebenarnya? Cuba share.

Hani: Takde pape. Biasalah manusia, mestilah otak sentiasa berfikir.

Naufal: Tapi kau tu nampak lain tadi. Macam fikir masalah.

Hani: Manusia mana je takde masalah? Semua orang ada masalah.

Naufal: Ye tahu. Tapi kau jangan lah pendam sorang². Share lah kat aku. Kut aku boleh tolong..

Hani: Takde pape lah, Naufal. Jangan risauuu. Nah, nak rasa? Hasil hangusan aku buat.

Naufal: Lah. Yang hangus juga dibaginya aku.

Hani: Yelah tak elok bagi orang lain makan yang dah hangus.

🥀 ||  Projek Cinta Kita  ||Where stories live. Discover now