🌹 EPISOD 11

46 4 0
                                    

Pada suatu malam, Hani bersama Naufal berjalan² di sekitar Joifun Street yang dipenuhi gerai² barangan serta makanan di situ. Tempat itu juga crowded dipenuhi orang ramai.

Senyuman dari wajah mereka berdua tidak lekar sepanjang mereka meluangkan masa berduaan malam itu.

Naufal: Yang ni cantik. Sayang rasa macam mana?

Naufal berkata sambil menunjuk ke arah cincin aesthetic yang dipamerkan untuk jualan.

Hani: I prefer yang ni. Cantik lah.

Naufal: Boleh jugak tu.

Hani: Kenapa? Bagi you tak cantik ke?

Naufal: Eh cantik cantik.

Hani: Nampak macam tak ikhlas je.

Naufal: Haha betul lahhh. I okay jee memana.  Serius ni.

Hani: Then we go with this one tau. Ni you punya, ni i punya.

Naufal: Bolehhh.

Naufal mencapai cincin sedondon yang dipilih oleh Hani itu. Lalu dia berikan kepada penjual untuk masukkan ke dalam kotak packaging.

Sementara mereka berdua menunggu untuk membayar cincin itu, tiba² seseorang telah melanggar bahu Hani dari belakang. Hani pun toleh ke belakang.

Hani berasa agak terkejut apabila menoleh ke belakang kerana orang yang melanggarnya itu merupakan seseorang yang dia pernah kenal sewaktu zaman sekolah dahulu. Lelaki tersebut merupakan Hariz.

Hariz turut kelihatan agak tidak sangka bertemu dengan Hani disitu. Dia tersenyum sinis kepada Hani malah Hani tidak menunjukkan apa² reaksi.

Dalam masa yang sama, Naufal telah selesai membayar. Naufal tidak sedar akan kejadian yang terjadi pada waktu itu.

Naufal: Jom sayang.

Hani: Oh, ha jom.

Hani terus beredar bersama Naufal. Sejujurnya dia berasa agak gerun apabila bertemu Hariz itu, entah tidak tahu kenapa.

Hani memeluk lengan Naufal sambil mereka berjalan² di situ. Tiba² Naufal berasa ingin membuang air besar.

Naufal: Sayang, perut i rasa nak membuang lah pulak.

Hani: Ada² jelah dia ni.

Naufal: I nak pergi toilet sekejap boleh? Toilet kat sana. You jalan² lah dulu kat sini, nanti i datang balik. Bolehh?

Hani: Yelahh. Pergilah.

Naufal: Hehe okayyy.

Naufal dengan segera bergerak pergi ke arah toilet yang terletak agak jauh daripada situ. Hani pula meneruskan perjalanannya di Joifun Street bersendirian sambil menunggu Naufal.

Sewaktu Hani berjalan berseorangan diri, tiba² seseorang telah menarik Hani dari belakang dan memusingkan Hani sambil memeluk pinggang Hani. Orang itu merupakan Hariz. Hani begitu terkejut atas tindakan Hariz.

Hariz: Sorang?

Hani dengan kasar menolak dan melepaskan diri dari Hariz. Tanpa berkata apa kepada Hariz, Hani menjeling mata sambil ingin beredar dari situ.

Namun Hariz dengan pantas menarik Hani semula. Kali ini dengan memegang kedua² lengan Hani dengan kuat sambil merenung wajah Hani. Hani berasa ketakutan kerana pegangan Hariz itu terlalu kuat dengan pandangannya itu.

Hani: Lepas lah!

Hariz: Tak sangka eh kita berjumpa balik. Nampaknya kau memang jodoh aku. Haha. Haih.. Makin cantik kau.

🥀 ||  Projek Cinta Kita  ||Where stories live. Discover now