EPISOD 6 🌹

38 4 0
                                    

Di Hospital

Disebabkan keputusan dari pregnancy test kit yang lepas menunjukkan keputusan two bar di mana bermaksud Hani mengandung, kini Hani pergi ke hospital untuk membuat confirmation check up bersama Sofea dan Lara.

Hal ini kerana berkemungkinan keputusan di pregnancy test kit itu tidak betul 100% jadi Hani terus pergi ke hospital untuk mendapatkan jawapan yang tepat.

Namun, Hani telah bertindak pergi ke hospital yang agak jauh kerana hospital yang biasa dia pergi selama ini merupakan Hospital Livermore dimana Naim bekerja.

Hani tidak mahu perkara ini diketahui oleh Naim jadi Hani sanggup pergi ke hospital yang lain demi menyembunyikan perkara ini.

Setelah melalui pelbagai ujian di hospital, Hani duduk di tempat menunggu bersama Lara dan Sofea. Hani kelihatan begitu gelisah membuatkan Lara dan Sofea berasa kasihan melihat Hani sebegitu.

Sofea yang duduk di sebelah Hani itu memegang tangan Hani dan cuba untuk menenangkan Hani.

Sofea: Relaks okay? Keep praying. Ada harapan yang kau tak pregnant pun. Test kit tak semuanya betul. Kita just tunggu jawapan dari doktor je okay?

Lara: Betul tu, Hani. Jangan fikir yang negatif. Lagipun kau jangan risau. Kitorang sentiasa ada untuk kau.

Hani hanya diam kerana tidak tahu ingin berkata apa. Fikirannya terlalu serabut memikirkan segala kemungkinan yang akan berlaku.

Setelah seketika, nurse memanggil nama Hani untuk masuk ke dalam bilik doktor.

Nurse: Cik Nor Haniyah. Boleh masuk.

Lara: Korang masuk lah. Aku tunggu kat luar ni.

Lara berkata sedemikian kerana hanya dua orang sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam bilik doktor.

----------------------------------

Di Dalam Bilik Doktor

Doktor: So.. Saya dah check semua test awak. Test urine, darah and else semua tu. And apparently the result shows.. Youre pregnant. Congrats!

Hani: H-ha?

Sofea: She's pregnant?

Doktor: Yep. Awak pregnant dah masuk week 3.

Hani dan Sofea begitu terkilan mendapat tahu perkara tersebut. Hani pula sedang sedaya upaya menahan dirinya daripada mengalirkan air mata.

-----------------------------------

Setelah selesai segala urusan di hospital itu, Hani keluar berjalan dari bangunan hospital dengan wajah yang begitu muram sambil berjalan laju. Lara dan Sofea mengejar Hani daripada belakang.

Lara: Hani. Hani, kau cepat² nak pergi mana?

Hani berhenti berjalan dan menoleh ke arah mereka berdua. Lalu air mata Hani mengalir di pipi. Hani mula menangis.

Hani: Apa aku patut buat sekarang..

Lara memberikan pelukan kepada Hani lalu Sofea turut memeluk mereka. Beberapa saat kemudian mereka pun meleraikan pelukan dari Hani itu.

Lara: Haih.. Jantan tu memang tak guna lah. Eh bagi aku settle dengan mamat tu.

Hani: Jangan, Lara. Please.

Lara: Dah sampai dia pregnant kan kau pun, kau still nak backup dia?

Hani: Bukann. Aku bukan nak backup dia. Please tolong lah faham aku.

🥀 ||  Projek Cinta Kita  ||Where stories live. Discover now