CECAIR chloroform yang tumpah ke lantai menusuk tajam ke rongga hidung. Renungan helang itu jatuh lama di wajah gadis bertubuh genit dengan senyuman puas. Ditenung mata hazel yang separa terbuka. Itu adalah sepasang mata yang selama ini menjadi igauannya. Yang selama ini, menjadi pujaannya.Senyuman psiko lebar mengoyak. Gigi rapi itu dikacip kuat sesama sendiri. Geram. Marah. Semuanya merusuh. Baru sahaja mereka berpelukan didalam kereta sebentar tadi dan kini wanita ini longlai dan melemah. Tiada kudrat untuk melawan Hud.
Hud sukakan itu. Kuasa semua berada didalam genggamannya sekarang. Dia tahu, Nadyne bukan seorang yang mudah dikawal. Si kepala batu, namun Hud tak mampu membencinya. Wanita yang berkalung dendam dan bermodalkan ayat-ayat pedas, namun Hud masih memujanya pada setiap detik dan nafasnya.
"Hilang bisa si hitam berkilat,
Diam menelusuri dibawah kiambang,
Mana nak pergi jika terikat,
Si tedung selar setia mengembang."Senyuman sinis tersungging dibibir. Maksud itu mendalam. Si hitam berkilat itu sudah diumpamakan seperti gadis itu. Black Mamba.
Black Mamba, namanya di gelanggang sebalik pagar besi. Black Mamba, seorang wanita yang mempunyai ilmu tinggi dalam seni pertahankan diri Muay Thai. Malah, pihak lawan lelaki juga tidak sikit yang tumpas ditangannya. Bukan saja-saja panggilan Nuk Soo (Warrior) diberi kepadanya.
Dan si tedung selar yang setia mengembangkan kepala. Bermakna ia bersedia untuk mematuk bisa jika si hitam berkilat mahu melarikan diri. Tentu sahaja itu yang dipanggil si tedung selar itu ialah Hud Yaqeez. The King Cobra.
"Aku nak hak aku."
Membisu. Tak seperti selalu. Membungkam, bagaikan tiada lagi ayat pedas yang boleh diutarakan seperti biasa oleh Nadyne. Hatinya sahaja menjerit melalak. Purnama malam ini bakal menjadi saksi di mana Hud menggila. Di malam sehari sebelum mereka bernikah? Gila bukan?
"Kau kata, kau cari kepala ketua Ghost Verros. Kau nak buat hiasan dekat pepara rumah kaca kau. Ini. Ini kepala dia." Hud menepuk pipinya. Wajahnya disua rapat kearah wajah cantik milik Nadyne.
Mahu penggal? Silakan. Mahu hancurkan? Silakan! Jika itu yang gadis itu mahu. Tetapi, mampukah dia? Gadis itu pun bagaikan hilang kewarasan dan tenaga. Terbaring kaku di hadapannya.
Jika berdaya, sudah lama dikerat-kerat badan Hud sekarang ini. Tetapi, mahu buka mata sahaja Nadyne tidak berdaya. Jika dia tahu Hud senekad ini, sudah pasti dia lari sahaja tanpa hoodie miliknya tadi. Lari masuk ke hutan tebal sana! Biarlah terjumpa haiwan buas sekalipun. Binatang dihadapannya kini lebih buas. Lebih merbahaya.
"Kau... bunuh... Ynamorata. Kau... ayah kau... bunuh... dia." Dadanya terasa sesak. Hatinya kuat meraung memanggil wanita yang disayanginya itu.
Mama, mama! Irish tak kuat, ma! Bawa Irish bersama mama. Irish mohon.
Ynamorata nama yang sentiasa terpahat dihatinya. Nama mama Nadyne. Yang membawa maksud wanita yang dilamun cinta. Wanita itu penuh dengan kasih sayang, tetapi malang nasibnya dibunuh kejam oleh sekumpulan mafia yang entah dari mana datangnya.
Mamanya mempertahankan diri dan Nadyne yang masih 13 tahun ketika itu dengan ilmu Muay Thai yang ada. Dengan usia kandungan lebih lima bulan. Berjuang habis habisan sebelum tumbang di hujung kaki milik Nadyne. Lebih teruk, mama juga sempat dicabul, diperlakukan tidak layak seperti seorang manusia dan dibunuh kejam oleh mereka. Di hadapan mata Nadyne sendiri.
"Siddiq fikir dia boleh terlepas daripada Ghost Verros?"
Kepala Nadyne digelengkan beberapa kali. Mahu menghapuskan suara lelaki yang dikenali sebagai Tuan Yazmeer. Hud hanya menatap kosong ke arah Nadyne yang sudah bergenang dengan air mata. Terbesit rasa sakit dihati melihat wanita itu menahan rasa.
Sudah pasti, ketua Ghost Verros yang dimaksudkan oleh Nadyne itu ialah ayahnya. Tuan Yazmeer. Menjadi anak kepada Tuan Yazmeer adalah dosa yang harus dipikul oleh Hud. Dibenci oleh wanita yang dicintainya entah sejak bila.
"Hantar aku balik. Aku akan pastikan papa pulangkan hak kau yang dia dah ambil. Aku mohon hantar aku balik," rayu Nadyne, air matanya juga sudah merembes.
Sesekali air masin itu mengenai luka di pipi dan hujung bibirnya. Pedih. Tetapi tak dapat melawan pedih dihati. Koyak robek yang dicipta oleh Hud.
Pernah berjanji bahawa dia tidak akan sesekali menitiskan air mata lagi di hadapan lelaki yang tiada hati perut ini. Tetapi hari ini, dia tewas. Dia perlu meneruskan hidup demi dendam yang masih membara.
"Kau ialah hak yang aku tuntut daripada Siddiq, Nadyne." Wajahnya berubah mendatar. Fahamlah, Nadyne. Dia tak akan terlepas lagi. Hak milik Hud, hak milik mutlak yang akan terus dijaga hingga ke akhir hayat.
"Apa kau cakap ni? Kau nak buat apa pada aku? Hamba abdi kau? Hey, ayah kau yang bunuh mama aku! Sepatutnya aku yang marah! Kau yang patut dijadikan hamba abdi aku!" Dengan sepenuh tenaga yang masih tersisa, Nadye melepaskan amarah.
Mata coklat kehijauan itu mencerlung garang. Lelaki ini lupa ke batasnya? Sudahlah persiakan cinta yang Nadyne tawarkan dahulu. Sekarang, suka hati dia saja mahu tawan orang sesuka hati!
"Salah siapa? Kalau bukan salah bapak kau yang rampas hak ayah aku?" Soal Hud sinis. Melihat Nadyne membungkam cukup membuat hatinya bersorak.
"Kau ialah hak aku. Malah, kau ialah hak aku yang paling aku sayang. Tak akan aku biarkan terlepas. Secara rumusannya aku dah dapat apa yang aku nak, Amorita," bisik Hud.
Bagaikan terkena renjatan elektrik, bulu kuduknya berdiri tegak saat tangan Hud menyentuh kulit wajahnya. Bukan penumbuk mahupun penampar melainkan usapan lembut dipipi.
"Aku cuma tolong Siddiq terlepas daripada cengkaman ayah. Dan pertolongan aku bukan percuma. Pasti ada cagaran dia."
Jeda. Menilai jika Nadyne boleh menebak kiasannya. Sepertinya, Nadyne masih tidak mahu berbicara. Mahu penjelasan yang lebih terang daripada bibir Hud sendiri.
"Siddiq berikan seluruh amanah dan tanggungjawab untuk aku jaga anak gadis dia. Berbaloi kan pertukaran kami?" Hud tertawa sinis dihujung telinga Nadyne buat gadis itu tersentak.
"Papa..." Kata-katanya tersekat dikerongkong. Bagaikan tidak percaya, lelaki yang membawanya ke dunia ini sanggup menukarkan dia demi kepentingan diri sendiri? Demi kuasa dan wilayah yang pernah lelaki itu hilang dahulu ketika dibuang sebagai ahli Ghost Verros? Sungguh, dia salah menilai ayahnya selama 25 tahun dia hidup.
Disangka dia dibawa lari oleh lelaki gila ini dan papa akan kelam -kabut mencarinya. Mimpi sajalah Nadyne! Sangkaannya meleset sama sekali. Semuanya sebab papa. Papa yang menyerahkan dia dengan rela hati. Untuk dijadikan mangsa menanggung salah papa. Tak ubah seperti menjual anak sendiri.
"Papa kau yang tak berguna tu lebih sayangkan tanah di Kampung Baru tu, Amorita. Dia betul betul mahukan kuasa di kawasan tu. Tak payah kenangkan sangat orang tua tu."
Kain putih dan botol cecair chloroform dicapai di lantai. Dituang sedikit cecair itu di kain lalu kakinya berdiri tegak dihadapan Nadyne yang meronta-ronta, cuba melepaskan ikatan.
"Now, just you and me. We will love each other till death, Tulip." Dahi mereka berlaga antara satu sama lain. Kain itu ditekap dimuka Nadyne yang meronta. Sebelum Nadyne memejam erat matanya, dan perkara terakhir dia ingat adalah bibir yang merona merah jambu itu pertama kalinya menelusuri rahangnya.
'Tuhan, selamatkan aku.'
YOU ARE READING
[TERBIT] Amorita, Nadyne
ActionKerana dendam, Hud Yaqeez sanggup mempermainkan hati seorang Nadyne Sairish yang tulus mencintai dia. Rancangan diatur rapi, andai ayah gadis itu tidak bermain api, tidaklah si tedung membalas bisa. "Kau nak jadi girlfriend aku ke tak? Kalau nak, ka...