BERMULALAH musim 'menanam anggur' buat Nadyne. Rumah banglo dua tingkat ini sudah lama tidak dihuni. Hanya dikunjungi sekali sekala oleh aunty Betty dan Nadyne.Betty sudah lama tidak kunjunginya di kolej juga. Mungkin sibuk menguruskan cawangan syarikat papa di Johor Bharu.
Tak mengapa, Nadyne tidaklah terlalu akrab dengan ibu tirinya itu. Tapi tidaklah membenci. Betty melayaninya sungguh baik dan layaknya seperti seorang ibu. Tiada sebab untuk Nadyne membenci.
Kini, Nadyne akan tinggal disini buat jangka masa yang lama. Pintu rumah yang besar mendominasi ruang hadapan itu didekati. Entah siapa yang datang malam-malam begini.
Buka sahaja pintu, wajah bengis papa kelihatan.
"Papa..."
Pang!
Satu tamparan kuat mengenai wajah gadis itu, tanpa sempat Nadyne meluahkan rasa terujanya melihat si ayah.
"Papa kenapa ni?!" Suaranya melengking kuat. Tak semena-mena wajahnya berasa kebas. Tak menunggu lama, Tuan Siddiq mengheret tubuh Nadyne ke bilik gadis itu.
Sempat rotan di atas perabot jati kesayangan arwah mama diambil, membuatkan Nadyne bagaikan bernyawa tidak habis. Sudah lama tidak dihukum papa. Kali terkahir kulitnya tersiat dek libasan rotan adalah ketika umurnya 18 tahun.
"Papa, papa! Irish tak nak! Irish janji Irish tak buat dah!"
Entah apa salahnya, tetapi kerana trauma masa lampau, mulutnya terlanjur meminta maaf dan berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan. Walaupun dia tidak tahu apa salahnya dan kenapa.
Biar dia merayu agar tubuhnya tidak disakiti. Papa jarang memukulnya, tetapi jika dia pukul, ada sebabnya dan kesan pukulan tidak sikit. Bukan biasa kesannya.
"Aku dah cakap. Jangan masuk gelanggang muay thai lagi!" Tempik Tuan Siddiq. Sejurus itu, rotan yang tebal itu hinggah dipehanya. Kuat. Bertalu-talu rotan itu menyinggah.
'Sial, siapa yang beritahu?'
"Siddiq! Buka pintu ni! You dah gila ke?!" Betty yang menggedor pintu bilik itu cemas sendiri.
"Aunty! Aunty, tolong Irish, aunty!"
Suara Nadyne yang meminta tolong terdengar semakin sayu, membuatkan Betty terpaksa menelefon seseorang. Meminta bantuan. Siddiq, kau memang tak serik!
"T... Tuan Hud? Tolong... tolong Nadyne."
"APA yang papa cakap, Irish kena dengar. Apa yang papa cakap Irish kena ikut!"
Pap!
Rasa belakangnya sudah mahu terkoyak. Mungkin satu lagi libasan rotan papa, bakal merobek kulit nipisnya.
"S... sakit, pa." Suara itu lirih. Tetapi, air mata sudah tidak sudi menitis. Air matanya sudah kering. Apa sahaja gadis ini buat, bakal menjadi bala kepada Tuan Siddiq.
"Kenapa Irish tak pernah nak senangkan hati papa? Kenapa perlu ingkar cakap papa?! Irish jadi macam ni sejak mama tinggalkan kita. Irish nak papa pula ke yang mati?!"
Pap!
Nasib baik, kali ini libasan rotan menyambar daging betis. Belakang badannya terlalu perih untuk menerima satu lagi libasan rotan berbisa Tuan Siddiq.
Nadyne Sairish membuka matanya, melihat rotan yang tebal itu patah dua. Betisnya yang terasa bengkak dan berdenyut itu dipandang.
Sudah lebam. Tetapi kulit nipis itu sudah hampir pecah dek pukulan papa yang maha dahsyat. Ada darah yang keluar, tetapi tidaklah mengalir.
YOU ARE READING
[TERBIT] Amorita, Nadyne
AzioneKerana dendam, Hud Yaqeez sanggup mempermainkan hati seorang Nadyne Sairish yang tulus mencintai dia. Rancangan diatur rapi, andai ayah gadis itu tidak bermain api, tidaklah si tedung membalas bisa. "Kau nak jadi girlfriend aku ke tak? Kalau nak, ka...