HUDA Yasmeen baru sahaja selesai mengurut badan Nadyne. Habis kembang urat badan gadis itu. Kasihan. Akibat dipukul teruk tempoh hari, badannya menjadi berat. Mudah pegal dan kakinya selalu sembab mengalahkan orang mengandung."Akak dah boleh pakai baju semula. Cepat, sebelum abang Hud balik," sengih Huda. Kain batik yang dilapik di atas badan Nadyne dilipat semula. Bukanlah kata Huda ini handal dalam bidang berurut tradisional. Tetapi ini salah satu kerjanya.
Seorang fisioterapi.
Huda merupakan adik bongsu kepada Hud. Satu satunya adik yang Hud punya. Gadis berwajah garang. Sekali lihat, mungkin disangka orangnya sombong. Tetapi, hakikatnya Huda seorang yang sangat ramah dan mudah menyesuaikan diri dengan orang baharu.
Sudah seminggu dijadikan 'tahanan' Hud, Huda dan Dalma lah kawan bercakap Nadyne. Hud? Jarang ada. Sibuk di universiti dengan mesyuarat yang tak berpenghujung.
Setelah memakai pakaiannya semula, ubat parut dihulurkan kepada Nadyne. Huda cuma tersenyum sebelum kekura Nadyne ditepuk pelan.
"Akak sapu dulu pada bahagian yang akak boleh capai. Atas belakang badan tu nanti, Huda sapukan. Huda turun bawah ambilkan makanan kejap."
"Tak payahlah, Huda. Akak boleh jalan. Kita makan sama-sama dekat bawah, okay?" Nadyne tersenyum sebelum mencapai ubat parut itu. Disapu krim putih itu dilengan, betis dan peha.
Setelah selesai urusan menyapu ubat ubatan, lengan Huda ditarik menuju ke tingkat bawah.
Gedung ini. Tak gaya rumah. Bukan juga gedung pejabat. Lebih kepada satu bangunan yang menempati pelbagai kemudahan untuk satu organisasi berjalan lancar. Hud punya? Kenapa pensyarah seperti Hud ada semua ini? Milik keluarganyakah?
"Huda belikan nasi ayam." Huda menarik bungkusan nasi ayam di dalam plastik. Ada tiga semuanya. Untuk Nadyne, Naufaz dan dia sendiri.
"Abang Naufaz? Sudah-sudahlah tu. Jom makan."
Naufaz yang sedang berenang di kolam yang terlintang luas itu menoleh. Oh, Nadyne dan Huda sudah turun dari tingkat atas. Naufaz keluar dari kolam, mengeringkan badannya.
Ini bukan pertama kali dia menayang badan sasanya. Naufaz tidak kisah. Di gelanggang besi tempoh hari, bahkan Nadyne sudah memberi tonjokkan buku lima yang padu di perut rotinya.
"Saya, suka. Saya suka nasi ayam." Naufaz bernyanyi kecil setelah menukar pakaiannya. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Huda, bertentangan dengan Nadyne.
"Nad nampak berseri-seri. Tak sabar jumpa Hud ke tu?" Usik Naufaz sebelum suapan nasi masuk ke mulut.
Nadyne memegang pipinya. Oh, iya ke? Senyuman terukir, malu. Betul, sudah lama dia tak melihat batang tubuh Hud. Katanya, Hud sering kesini, menjenguk tulip kesayangannya setiap malam. Tetapi, malang, waktu Hud datang melawat, Nadyne sudah tertidur pulas.
Tak adil. Hud boleh lepaskan rindu, sementara Nadyne masih lemas setelah empat hari tidak bertentang mata.
Khabarnya, Hud akan mula bercuti pada hari ini. Nadyne? Sudah bersiap cantik. Sudah berdandan hanya untuk memastikan Hud menjadi sasau sendiri.
"Tak adalah. Biasa aje. Kan Huda?"
"Tak biasa. Tapi luar biasa."
Suara garau itu menerjah gegendang telinga Nadyne. Tepat di tepi telinganya. Membuatkan Nadyne terkedu. Wajahnya disisih ketepi, bagi menatap wajah Hud yang sudah membongkokkan badannya. Dengan posisi kedua dua tangannya menompang di bahu kerusi yang Nadyne duduki.
"H... Hud, bila sampai?" Suara yang bergetar itu, yang Hud rindukan. Selama ini hanya menatap wajah polos yang tertidur lena, hari ini dapat juga dia mendengar suara gadis ini.
YOU ARE READING
[TERBIT] Amorita, Nadyne
ActionKerana dendam, Hud Yaqeez sanggup mempermainkan hati seorang Nadyne Sairish yang tulus mencintai dia. Rancangan diatur rapi, andai ayah gadis itu tidak bermain api, tidaklah si tedung membalas bisa. "Kau nak jadi girlfriend aku ke tak? Kalau nak, ka...