BAB 6

12.6K 838 64
                                    




BATANG tubuh si kekasih dicari. Mengintai melalui dinding kaca. Nadyne sudah tidak sabar. Lama dia tidak menatap wajah Hud. Akhirnya, jejaka itu pulang ke Malaysia setelah seminggu di negara orang.

Melihat sosok tinggi itu keluar dari jet privasi, senyuman Nadyne terukir sedikit demi sedikit. Nampaknya, dia sudah merapikan rambutnya yang agak panjang tempoh hari. Nampak kacak dan kemas.

Nadyne memutuskan untuk tunggu sahaja di tempatnya, biar Hud yang menghampiri. Tidak menunggu lama, wajah tenang lelaki itu menyapa ruangan mata, tanpa biasan kaca yang terhalang. Jarak antara mereka hanya enam kaki jauhnya.

"Nad." Suara garau yang menenangkan hati. Nadyne membuka topi di kepala. Senyuman manis tercipta saat Hud mendepa tangannya lebar.

"Hud dah balik," setelah mendekati jejaka itu, dia terkedu kerana Nadyne tidak memasuki peluknya. Melainkan dadanya dilaga dengan penumbuk kecil milik gadis itu.

Hud mengerutkan dahi. Tetapi, hanya dibiarkan sahaja. Masih awal. Mungkin.

"Dah makan?" Soal Nadyne. Agak canggung.

"Itu soalan pertama Nad bila jumpa Hud sejak seminggu tak bersua muka?" Kening Hud terjongket sebelah. Pipi Nadyne memerah, dilarikan pandangan ke arah lain. Tahu, bukan soalan itu yang patut diutarakan melainkan kata kata rindu.

Ya, Nadyne. Jatuh segera ke dalam pelukkan aku. Aku akan pastikan, kau jatuh sedalam dalamnya dan tak boleh keluar.

"Nad rindu Hud." Satu baris ayat yang memuaskan hati seorang Hud Yaqeez. Senyuman mula dilemparkan, dirangkul pelan bahu gadis itu menyainginya.

"Hud pula gilakan Nad," bisik Hud lembut. Satu tiupan nakal dihadiahkan di telinga Nadyne sebelum Nadyne menjerit kecil. Bahu sasa itu ditepuk geram.

Suasana bertukar sepi setelah mereka menghabiskan sisa tawa. Naufaz yang menjadi pemerhati berasa hairan. Malah terlebih pelik. Apa kena dengan dua orang ni? Tadi bukan main bergurau senda. Tiba-tiba diam bagaikan ada malaikat maut lalu.

Berdiri pula bulu romanya. Jika ada malaikat maut, mungkin salah seorang daripada mereka yang dicabut nyawa. Suasana kini bagaikan perang perasaan, siapa yang jatuh hati dahulu? Siapa yang akan kalah dengan perasaan?

Hud? Naufaz tahu Hud sudah mula berperang dengan perasaan sendiri. Wajahnya yang berubah ketat apabila melihat Nadyne di sebalik bangunan kaca, jelas membuktikan dia tidak senang akan kehadiran gadis itu.

Mengeluh, habislah Hud jika rancangan makan tuan.

"Faz dan yang lain, baliklah dulu. Kau orang pun dah penat. Aku balik dengan Nadyne," ujar Hud sebaris langsung menarik lengan Nadyne menjauhi mereka.

Sejujurnya, Hud tidak mahu mereka berada disekeliling jika Nadyne bersamanya. Lebih selesa menjala sendirian. Lebih intim dan lebih nakal. Dia pun tak adalah malu. Cuma Nadyne yang mendengar. Memang, semuanya dirancang khas untuk Nadyne.

"Kereta Nad? Atau kereta Hud?" Soal Nadyne. Bukankah lelaki ini datang ke airport menggunakan kereta sendiri? Jika mereka mahu pulang bersama, pasti salah sebuah kereta perlu ditinggalkan di sini. Jadi, kereta siapa yang bakal ditinggalkan?

"Kereta Nad. Hud tak pernah naik kereta Nad. Boleh?" Senyum Hud. Tidak berfikir panjang, Nadyne mengangguk laju.

Kereta Ford Mustang Shelby GT500 berwarna hitam mati. Pakej nombor plat yang ditempah khas untuk Nadyne. Terangkat kening Hud jadinya. Siddiq, kau betul-betul menjoli dengan duit ayah aku!

"Jom, kenapa tercegat lagi dekat situ?" Soal Nadyne hairan. Tiba -tiba sahaja Hud berhenti menyaingi langkahnya.

"Let me drive." Kunci kereta ditangan Nadyne diambil, pintu sebelah penumpang dibuka untuk Nadyne.

[TERBIT] Amorita, NadyneWhere stories live. Discover now