ALUNAN yang bergemersik ditelinga membuatkan Nadyne memejamkan mata. Mengambil nafas. Ritual Ram Muay dipersembah oleh beberapa orang Nak Muay sebelum memulakan perlawanan sebentar lagi.Inilah pertaruhan yang Hud maksudkan!
Adat. Datang ke kandang kambing mengembek, ke kandang kerbau menguak. Ini jeriji besi kami. Yang menjadi saksi pertempuran demi seni pertahankan diri. Datang tidak diundang. Datang mencabar pula.
'Hud Yaqeez. Apa lagi perancangan kau?'
Mongkon digenggam kemas. Kegemaran. Mata hazel itu menikam tajam ke arah Hud yang memandangnya dengan tatapan beku. Tatapan kosong yang menyebalkan hati.
Setelah Ram Muay selesai, Tun Akob memasuki gelanggang. Dipandang lama ke arah Nadyne. Kepala Tun Akob diangguk sekali sebelum memulakan bicara.
"Seperti yang diminta oleh Tuan Hud Yaqeez kita, mereka mahu mencabar Nuk Soo Kuda Hitam untuk bertarung di gelanggang besi bersama salah seorang anak buahnya."
Kepala Tun Akob menoleh memandang Hud yang segak berbaju kemaja hitam kosong dan berseluar slek. Di dalam hati Nadyne mencebik. Ingatkan dia yang nak lawan!
"Nuk Soo Nadyne," panggil Tun Akob. Dia yakin dengan gadis itu. Anak buahnya sejak gadis itu berusia 13 tahun lagi.
Semangatnya jangan dibuat main. Wajahnya terlihat polos. Tubuhnya genit. Jika dilihat sekali imbas, memang ayu bagaikan anak puteri raja. Bertambah ayu dengan rambut panjang lurus yang sentiasa dibiar tergerai. Saling tidak tumpah seperti arwah kawannya. Ynamorata Gabriel Abdullah.
Nadyne bersedia untuk memasuki gelanggang. Seketika, bahunya ditepuk oleh Dalma, tanda memberi semangat.
"Hati-hati, Nad. Anak buah Hud bukan calang-calang pencak silatnya," bisik Dalma, melepaskan cengkaman pada pundak rakan baiknya.
Entah yang mana satu anak buah yang Hud hantar. Yang pasti, seorang lelaki. Kerana tiada satu pun wajah wanita dikalangan mereka.
Tun Akob mempersilakan anak buah Hud untuk ke gelanggang. Ya, Nadyne dah agak. Memang seorang lelaki. Dan paling parah, dia ialah salah seorang rakan baik Hud.
Tuan Naufaz Hamka.
Wajah tiada riak Naufaz memasuki gelanggang itu langsung tidak menggetarkan hati seorang Nadyne Sairish.
Badan kau memang besar daripada aku. Kekuatan kau mungkin melebihi kudrat aku. Tetapi, Hud lupa satu perkara. Seni, hanya ada pada orang yang tertentu. Kuasa ada pada orang yang tertentu.
"Chok dee."
Setelah bertukar salam, Naufaz tersenyum senget. Dalam diam dan bengis mukanya, tak sampai hati mahu membantai tubuh kecil ini. Diperingatkan oleh Hud, cuma beri sepenumbuk dua. Nanti, menyerah la budak tu.
"I'll go easy for you, little doll," ujar Naufaz sebelum meregangkan otot lehernya. Betul ke perempuan bermata cantik ni sekuat yang digembar-gemburkan?
Hud sendiri tidak pernah tahu. Inilah pertama kali mereka melihat Nadyne di gelanggang. Hanya pernah melihat Nadyne berlatih di kelab silat universiti. Tetapi tidak dapat membuktikan desas-desus yang berlari di telinga mereka.
"Please, don't. Tuan Naufaz jangan bagi saya menang dengan cara mudah. Tercalar maruah saya sebagai juara bertahan."
Gulp.
Sial Hud. Juara bertahan? Budak ni nampak seperti gadis cantik yang normal. Mungkin gadis yang digilai para lelaki di universiti kerana paras rupanya dan kepolosan mata itu.
YOU ARE READING
[TERBIT] Amorita, Nadyne
AksiKerana dendam, Hud Yaqeez sanggup mempermainkan hati seorang Nadyne Sairish yang tulus mencintai dia. Rancangan diatur rapi, andai ayah gadis itu tidak bermain api, tidaklah si tedung membalas bisa. "Kau nak jadi girlfriend aku ke tak? Kalau nak, ka...