HUD YAQEEZ"AYAH?"
Suasana di rumah begitu sepi. Ini, cuti pertengahan semester pertama bagi aku. Tidak sabar mahu berjumpa ayah dan ibu. Aku juga merindukan Huda. Apa gamaknya mereka lakukan? Kebiasaannya, mereka berkumpul di ruang tamu setelah siap makan malam.
Kaki aku mula memperlahankan langkah ketika mendengar pergelutan berlaku di ruang makan.
"Sampai masanya, akan ada orang yang heret kau untuk menuntut maaf daripada aku. Mungkin, ketika itu kau tak akan bangkit lagi dari mimpi ngeri, Siddiq."
Siddiq? Tuan Siddiq? Apa Tuan Siddiq buat di rumah pada waktu begini?
Bum!
Terdengar bunyi hentakkan kuat yang membuat darah di jantung mengepam laju. Entah apa yang terjadi. Aku segera mendekati ruang makan.
"Kenapa kau buat macam tu pada Yna?! Kenapa?!"
Tck!
Di saat itu, dengan mata kepala aku sendiri. Aku menyaksikan Tuan Siddiq menusuk ayah. Senyumannya menyeringai. Basah darah turut memercik diwajahnya.
"Ada anak aku di sana. Anak aku lihat semuanya! Kau memang binatang, Yazmeer!"
Tck!
"Ayah?!" Tempikku.
Saat melihat kehadiranku disitu, segera Tuan Siddiq melarikan diri menggunakan pintu belakang. Aku tidak sempat mengejar dek kejutan dihadapan mata.
Ayah tergeletak, tidak mampu bergerak di atas lantai.
"Siddiq... Siddiq, Hud..."
Suara lemah milik ayah terdengar pilu ditelinga. Tak dihiraukan lagi air mata yang mengalir lebat. Aku memangku kepala ayah. Memeluknya erat sambil cuba menahan air mata yang mulai ingin pecah.
"Tuan Hud?! Tuan Yazmeer?!" Salah seorang anak buah ayah, Ali bersuara. Tubuhnya yang berlumuran darah tampak mengensot ke arah aku dan ayah. Gamaknya, Ali juga sudah dicelakai Tuan Siddiq Ketika cuba membantu ayah.
"T... telefon ambulans... t... tolong..." Suara aku juga tidak kalah bergetarnya. Nafas mula menyempit, bagai mahu berselisih tulang rusuk.
"Ini... saya ada telefon..." Huluran telefon daripada Ali disambut elok olehku.
"Janji?"
Aku terpinga-pinga saat ayah menggenggam tangan aku kemas. Tak jadi mahu menelefon ambulans, aku malah fokus pada ayah yang mahu berkata-kata.
"Janji apa, ayah? Hud lakukan. Tolong, beritahu Hud apa yang patut Hud buat?" bersungguh-sungguh aku menyakinkan ayah. Biar ayah boleh bergantung harap pada aku.
Akulah satu-satunya anak lelaki di dalam keluarga. Tambahan pula, aku si sulung. Apa gunanya aku dilahirkan dengan peranan sebesar ini tetapi tak boleh diharapkan?
"Janji pada ayah. Hancurkan Siddiq. Pastikan Siddiq dan keturunannya ingat nama kita. Ghost Verros. Apa-apa pun yang berlaku, Hud perlu membalas dendam demi ayah. Demi Ghost Verros."
MATA hitam milik aku bersabung dengan milik hazel seorang gadis manis dihadapannya sekarang. Aku terpempan sedikit dengan kecantikannya. Sedikit sahaja.
"Saya... dah lama simpan perasaan pada Tuan." Senyumannya sedikit kekok tetapi rasa gembiranya tidak dapat dibendung. Jelas wajahnya mengatakan dia gembira bertemu dengan aku secara personal begini.
Inilah dia. Gadis yang aku buru selama lima bulan kebelakangan ini. Satu-satunya kurniaan Tuhan yang diberi kepada Tuan Siddiq. Kurniaan terindah yang aku sendiri tidak menjangka orang sekejam Siddiq bisa miliki.
Nurul Nadyne Sairish Mohd Siddiq.
Nama ini bakal menjadi satu asbab mengapa aku perlu bersusah-payah menjadi pensyarah di institusi privasi ini. Biarpun aku mempunyai segalanya, tetapi demi sebuah dendam. Sebuah janji. Aku disini, menunggu masa mahu membelit si mangsa.
11 tahun, aku tunggu peluang ini.
"Nadyne, kita sebatas pelajar dan pesyarah. Jadi, aku tak boleh terima perasaan kau," jawabku, sengaja memicu semangat si gadis ini.
Di kali terakhir aku melihatnya, rambut panjang separas pinggang itu beralun dan didandan cantik. Sama sepeti sekarang. Senyumannya agak tawar dan dia memegang sejambak bunga tulip di hari konvokesyennya lebih kurang setahun yang lepas.
Nampaknya, kematangannya semakin terserlah. Senyumannnya juga bukan main manis. Biarpun aku sudah menolaknya tadi, namun senyumannya tidak kendur. Tiada tanda bahawa dia terkesan dengan penolakan aku sebentar tadi.
"Belum cuba belum tahu, Tuan Hud. Lagipula umur kita tidaklah jauh mana. Cuma lima tahun je."
Dia tersengih, menampakkan giginya yang tersusun rata. Tiada raut wajah Siddiq, mungkin mengikut wajah ibunya. Aku sendiri tidak tahu bagaimana wujud bentuk si ibu tersebut.
Tetapi, aku pasti ibu Nadyne mempunyai mata coklat yang kehijauan memandangkan Siddiq mempunyai warna mata yang kebiasaan orang Melayu ada.
"Aku tak mahu cuba, dan aku tak berminat dengan kau. Jadi, kita boleh selesaikan perjumpaan ni cepat? Aku ada kelas lepas ini." Aku mengerling jam di tangan. Sebenarnya, lebih kurang dua jam lagi kelasku akan bermula.
"Kalau Tuan Hud tak mahu cuba, saya yang akan cuba sampai Tuan Hud tak boleh berpaling langsung daripada saya. Tengoklah nanti."
Tangannya disilang ke dada. Matanya sedikit menajam, mencerlung aku dengan lagak yang tidak berpuas hati.
"Determined. I love it. Tapi lebih bagus kalau kau berazam tinggi begini jika berada dalam kelas aku. Ini tidak. Tidur aje kerja kau," Selarku sekali. Membuatkan wajah Nadyne mula bertukar riak.
Memerah.
Aku jadi geli hati. Matanya dilarikan ke beberapa tempat agar tidak bertemu dengan mataku. Ada yang aku suka tentang Nadyne.
Kepolosan dan ketulusannya. Seperti tulip putih. Persis tulip di dalam gambar konvokesyen Nadyne yang aku sempat lihat melalui kumpulan maklumat dan bukti yang diusahakan oleh Naufaz.
Masa yang bergerak, aku juga tidak sedar. Ralit aku memehati segenap wajah Nadyne yang terkebil-kebil memandang aku. Hairan. Kepala aku ditongkat dengan sebelah tangan.
Kuasa Tuhan itu besar. Rancangan aku, mahu mendekati Nadyne dengan caraku tersendiri. Malah, Tuhan membantuku. Tanpa aku pinta, Nadyne sendiri sudah jatuh cinta pada aku entah sejak bila.
Mudah urusan orang yang dianiaya. Doa aku juga termakbul mahu Siddiq merana.
"Tapi, selama lima bulan ni Tuan Hud langsung tak beri saya peluang. Sekurang-kurangnya bagi chance lah." Suara Nadyne terdengar lirih. Mungkin hampir berputus asa.
Aku membungkam sejenak. Berfikir.
"Kau kata, kau ada sertai kelab Muay Thai? Di mana?"
Aku tahu dimana. Sengaja menambah perisa dalam drama sendiri.
"Kelab Kuda Hitam. Milik Tun Akob," Jawabnya.
"Wow, jadi kau bukan sebarangan orang." Aku tersenyum sedikit sinis. Tangannya naik melayang beberapa kali menandakan dia menidakkan pujian aku.
"Apa kata, kita lakukan satu pertaruhan. Yang pasti, ianya berbaloi."
Aku senyum. Nadyne pula sudah memasang wajah ingin tahu. Terselit sedikit riak risau dan was-was tetapi aku tahu, dia mulai tertarik dengan rancangan aku.
YOU ARE READING
[TERBIT] Amorita, Nadyne
AksiKerana dendam, Hud Yaqeez sanggup mempermainkan hati seorang Nadyne Sairish yang tulus mencintai dia. Rancangan diatur rapi, andai ayah gadis itu tidak bermain api, tidaklah si tedung membalas bisa. "Kau nak jadi girlfriend aku ke tak? Kalau nak, ka...