KAIRA NAZREEN merenung kosong ke arah lautan luas di hadapannya. Tangan naik mengelap pipi yang basah dengan air mata. Kehilangan orang yang kita sayang tu ujian yang sangat berat. Hatinya sakit. Rindu dengan kedua orang tuanya yang baru saja meninggal akibat kemalangan seminggu yang lalu.
"Adik, buat apa duduk sini? Dah nak senja ni." tegur satu suara dari belakangnya.
"Abang Khaleed belum sampai?" tanyanya tanpa menoleh ke arah pemilik suara tadi. Terasa kepalanya di usap lembut. Kairul Nazmee mengeluh perlahan.
"Dia tak akan balik la. Kita nak beritahu dia tentang mak dan ayah pun tak dapat. Apa lagi nak suruh dia balik?"
"Abang Kai, takkan la kita tak dapat nak contact dia langsung? Mak dan ayah dah tak ada!" Kaira berdiri dari duduknya.
"Dia dah putuskan hubungan dengan kita dari dulu lagi kan. Abang Khaleeq pun tak datang."
Air mata menitis lagi di pipinya. Dia seka laju dengan belakang tapak tangannya.
"Sampai hati diaorang tak balik." Tangan mengepal penumbuk.
Kairul menarik Kaira ke dalam pelukannya. "Nanti kita pergi cari diorang ya. Lepas kenduri terakhir mak dan ayah nanti. Adik ikut abang ke KL. Jangan tinggal sini sorang-sorang."
Kaira mengangguk dalam pelukan abangnya. Dia, anak bongsu dari 4 orang adik beradik. Berita kemalangan mak dan ayahnya sangat mengejutkan dia. Seperti baru saja tadi pagi mereka bersarapan bersama. Dan tengahari hari kejadian itu, mak dan ayahnya ada urusan ke KL.
Tapi malang tidak berbau, mereka kemalangan hingga meragut nyawa orang tuanya. Mujur Kairul ketika itu dalam perjalanan pulang ke kampung. Selepas dapat panggilan dari Kaira, dia bergegas menjemput Kaira dari rumah dan mereka pergi ke hospital bersama-sama.
Selesai pengebumian orang tua mereka, ramai yang bertanya tentang abang kembar mereka yang tidak kelihatan disitu. Kaira hanya diam. Masih tidak percaya yang dia sudah kehilangan orang tersayang. Di tambah lagi dengan ketiadaan kedua-dua abangnya.
.
USAI SOLAT ISYAK, Kaira duduk di tangga luar rumah. Angin laut yang bertiup lembut dinikmatinya sebentar. Tidak lama lagi dia akan tinggalkan kampung ini. Berat hati mahu tinggalkan rumah yang penuh dengan kenangan bersama orang tuanya.
"Adik dah makan?" itulah panggilan yang Kairul beri pada Kaira. Sudah terbiasa.
Kaira pamer senyum pahit.
"Tak ada selera."
Kairul duduk disebelah adiknya. Tangan naik mengusap lembut kepala Kaira. Kasih pada si adik, melebihi segalanya. Kaira satu-satunya adik perempuannya.
"Sudahlah adik. Jangan sedih lagi. Kesian mak dan ayah kalau adik macam ni." pujuknya. Dengar nasihat si abang, spontan Kaira memeluk Kairul dari tepi.
"Adik rindu dengan mak dan ayah." Tak tertahan, air mata menitis lagi. Teresak-esak dia menangis dalam pelukan Kairul. Sungguh, dia rindu! 18 tahun dia tak pernah berpisah dengan ibu bapanya. Tiba-tiba mereka dipisahkan dengan kematian.
"Abang pun rindu, dik. Tapi kita yang masih bernafas ni kena teruskan hidup. Kita doa yang baik-baik buat mak dan ayah." Belakang tubuh adiknya dia tepuk perlahan.
Kaira melepaskan pelukan. Tangan mengelap air matanya.
"Kalau kita dah pergi KL nanti, rumah ni siapa jaga?"
"Nanti Mak Su tolong tengok-tengokkan. Adik jangan risau ya. Bila-bila abang ada cuti, kita balik sini. Hmm?"
Kaira mengangguk perlahan.
YOU ARE READING
[C] TENGKU NAEEM ZAYD - EBOOK
RomanceBook 2 : "He's a gentleman to his boyish soulmate." 𝓣𝓮𝓷𝓰𝓴𝓾 𝓝𝓪𝓮𝓮𝓶 𝓩𝓪𝔂𝓭 🌹 𝔁 𝓚𝓪𝓲𝓻𝓪 𝓝𝓪𝔃𝓻𝓮𝓮𝓷 ❤️ 𝙆𝘼𝙄𝙍𝘼 𝙉𝘼𝙕𝙍𝙀𝙀𝙉, tidak mahu menyusahkan abang dan sahabatnya Ain, dia keluar mencari kerja. Takdir menemukan dia dengan...