"KERJA?" Ain termangu bila Kaira sedang bersiap untuk pergi kerja.
"Ha'ah. Tak jauh juga. Situ je kat KFC depan apartment."
"Kenapa kau kerja?"
"Kau tahu aku jenis yang tak suka berhutang budi kan? Takkan la aku nak goyang kaki je tinggal rumah kau?" Kaira menyikat rambutnya sebelum diikat seperti ekor kuda.
"Aku tak kisah pun kalau kau goyang kaki kat sini je Kaira."
"Tapi aku kisah, Ain. Sementara tunggu tawaran sambung belajar, baik aku kerja cari duit sendiri. Aku tak suka bergantung dengan orang."
Ain mengeluh perlahan. Kaira memang macam tu. Tidak suka buang masa goyang kaki dirumah dan berhutang budi dengan orang.
"Okay la kalau macam tu." Ain bangun dari katilnya. Dia sudah bersiap, tinggal tunggu abangnya datang jemput saja.
"Nanti aku belanja kau KFC." gurau Kaira. Ain tertawa kecil.
"Gemok la aku kalau hari-hari makan KFC."
"Best apa jadi chubby. Sedap je peluk." Kaira mencapai beg sandangnya dan dipakai.
"Kau kerja tu hati-hati tau. Ada apa-apa bagitahu aku." pesan Ain sambil langkah mengikuti Kaira ke muka pintu.
"In Sha Allah. Eh aku kirim maggi kari tau nanti kalau kau pergi beli barang. Mana la tahu aku tak dapat ikut sekali." Kaira berkata sambil menyarungkan sneaker di kaki.
"Ye lah. Hati-hati." balas Ain. Dia menghantar Kaira dengan pandangan hingga Kaira menapak masuk ke dalam lif. Ain mengeluh perlahan.
"Baru je nak bagi jumpa dengan abang aku."
"KAIRA, pesanan ni kau hantar ke alamat ni eh. Dekat je. Dalam 4 bangunan dari sini." jelas Amira selaku manager disitu dan ex classmate Kaira. Kaira sudah selamat di atas motor untuk menghantar makanan. Mujur dia ada lesen motor. Kairul pernah menyuruhnya ambil lesen untuk memudahkan dia pergi balik dari sekolah.
"Ok." Kaira memakai helmet dan bergerak mengundurkan motor, keluar dari tempat parking sebelum memulakan perjalanan.
YOU ARE READING
[C] TENGKU NAEEM ZAYD - EBOOK
RomanceBook 2 : "He's a gentleman to his boyish soulmate." 𝓣𝓮𝓷𝓰𝓴𝓾 𝓝𝓪𝓮𝓮𝓶 𝓩𝓪𝔂𝓭 🌹 𝔁 𝓚𝓪𝓲𝓻𝓪 𝓝𝓪𝔃𝓻𝓮𝓮𝓷 ❤️ 𝙆𝘼𝙄𝙍𝘼 𝙉𝘼𝙕𝙍𝙀𝙀𝙉, tidak mahu menyusahkan abang dan sahabatnya Ain, dia keluar mencari kerja. Takdir menemukan dia dengan...