Bab 2 🌹

8.2K 311 8
                                    

KAIRUL memberhentikan Bezza miliknya dihadapan pagar rumah. Tepat pukul 4 petang mereka sampai sebab gerak agak lambat sikit dari Ipoh. Dia menoleh ke kanan bila tingkap bahagiannya di ketuk.

"Eh, Ain?" Terkejut melihat sahabat adiknya di luar kereta. Pintu kereta dibuka, Kairul melangkah keluar.

"Ain buat apa kat sini?" tanyanya lembut. Mata merenung si gadis depan mata.

Ain tersenyum kecil sambil menggaru pucuk hidungnya yang tidak gatal. "Emm.."

"Adik minta Ain datang ambil adik." jawab Kaira yang sedang membuka seatbeltnya. Kairul dan Ain berpandangan seketika.

"Tadi Kaira whatsapp suruh Ain datang ambil dia kat sini. Ain tinggal kat apartment hujung tu je. Ain tinggal sendiri."

Kairul pandang Kaira.

"Abang suruh adik tinggal dengan abang kan. Kenapa minta Ain datang ni?"

Kaira yang sedang mengeluarkan beg pakaiannya dari bonet kereta Kairul, mengeluh perlahan.

"Ain kau boleh tunggu kat dalam kereta tak?"

"Okay. Bak sini beg kau." Ain mengambil beg pakaian Kaira dan berlalu ke Axia miliknya. Kaira melangkah mendekati Kairul.

"Abang, adik minta maaf. Tapi adik tak nak susahkan abang dan Kak Ina. Adik taknak abang dan Kak Ina bergaduh sebab Kaira." Kaira memegang kedua-dua tangan Kairul. Memujuk.

"Adik dengar abang on call dengan Kak Ina tadi." Dia tersenyum sekadar untuk menyedapkan hati Kairul walau sebenarnya dia rasa kecil hati kehadirannya tidak disukai oleh kakak iparnya.

"Ya Allah, adik.." Kairul menarik Kaira ke dalam pelukannya. "Abang minta maaf bagi pihak Kak Ina." Rasa bersalah dengan perangai Inara terhadap Kaira.

"Tak apa lah bang. Lagipun Ain kan tinggal sendiri juga. Boleh la adik tinggal sana dengan dia. Abang jangan risau ya?" pelukan dileraikan.

"Abang pergi la pujuk Kak Ina. Jemput dia balik."

Kairul mengusap lembut kepala Kaira.

"Abang minta maaf. Nanti ada masa abang datang jenguk adik tau. Jaga diri tinggal dengan Ain. Ada apa-apa call abang." Kaira tersengih bila Kairul mengucup kepalanya.

"Ok abang! Thank you." Si adik tersenyum gembira. Menutup rasa di hati.

Kairul membantu Kaira memindahkan beg pakaiannya ke dalam kereta Ain. Sempat dia memberikan Kaira duit belanja sebelum mereka bertolak ke apartment Ain. Kairul mengeluarkan telefon dari poket seluarnya. Nombor Inara di dail.

"Ina kat mana?" soalnya bila Inara menjawab panggilannya.

"Kat rumah ibu."

"Kejap lagi abang datang ambil Ina."

"SELAMAT datang ke rumah kecil aku." Ain berkata selepas dia membuka pintu rumahnya. Kaira tertawa kecil. Kasut dibuka dan dia menyarungkan sandal rumah yang memang tersedia disitu.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] TENGKU NAEEM ZAYD - EBOOKWhere stories live. Discover now