KALAU kemarin dia cuti, hari ni dah masuk kerja balik. Kaira melangkah keluar dari perut lif. Dia mengerling jam di pergelangan tangan, sudah menunjukkan pukul 8.50 pagi. Dia mula masuk kerja pukul 9 pagi. Memandangkan tempat kerjanya di seberang saja, memang saja dia pergi lambat sikit.
"Kaira!" panggil Amira, manager tempat kerjanya. Dia baru saja menapak ke depan restoran itu.
"Ya?"
"Nanti kejap lagi ada order tau yang kau kena hantar. Awal pagi lagi diorang pesan dengan bos." dia menghulurkan alamat pada Kaira sebelum masuk semula ke dalam restoran.
"Falls Hotel? Macam kenal.." Kaira turut masuk untuk meletakkan barangnya dalam loker dan mengambil kunci motor serta helmet.
"SERIOUSLY.." Kaira mengeluh perlahan. Tahulah kini Falls Hotel itu adalah milik abangnya Khaleed Naufal. Khaleed dihadapan tersenyum melihat adiknya. Adiknya itu menjulingkan matanya ke atas."Abang tak sangka adik yang hantar. Sini la makan sekali." ajaknya. Dia membeli set sarapan pagi dari KFC tempat Kaira kerja untuk pekerja dipejabatnya.
"Adik kerja la abang long. Mana boleh santai-santai makan." balas Kaira.
"Eh tak apa. Bos adik tu kawan abang. Abang dah bagitahu dia dah."
Kaira mencebik. Dia kini berada di dalam pejabat Khaleed.
"Duduk dik." arah Khaleed yang sudah duduk di sofa.
Kaira turut duduk. Hanya memerhati Khaleed membuka tempat makanan tadi.
"Abang long."
"Hmm.." Khaleed menyuap ayam goreng ke dalam mulutnya.
"Macam mana dengan bekas isteri abang long tu? Terima dia balik ke?" Kaira mencapai ayam goreng dan nasi lemak yang di bawanya dari kfc tadi.
"Dia kata dia mengandungkan anak abang." hampir tersedak Kaira mendengarkan berita itu. Air mineral di atas meja dicapainya sebelum diteguk.
"What?"
"Abang long dah suruh Khaleeq cek DNA budak dalam perut dia tu. Tapi dia tak bagitahu apa-apa lagi."
Kaira menyuap nasi dan sedikit isi ayam goreng ke dalam mulutnya lalu di kunyah perlahan.
"Kalau tu memang anak abang long.. abang long akan balik dengan dia ke?"
Khaleed menggeleng. "Abang tak tahu la dik. Abang tak dapat nak maafkan dia atas apa yang dia dah buat."
Kaira hanya diam. 'Harap sangat tu bukan anak abang long.'
YOU ARE READING
[C] TENGKU NAEEM ZAYD - EBOOK
RomanceBook 2 : "He's a gentleman to his boyish soulmate." 𝓣𝓮𝓷𝓰𝓴𝓾 𝓝𝓪𝓮𝓮𝓶 𝓩𝓪𝔂𝓭 🌹 𝔁 𝓚𝓪𝓲𝓻𝓪 𝓝𝓪𝔃𝓻𝓮𝓮𝓷 ❤️ 𝙆𝘼𝙄𝙍𝘼 𝙉𝘼𝙕𝙍𝙀𝙀𝙉, tidak mahu menyusahkan abang dan sahabatnya Ain, dia keluar mencari kerja. Takdir menemukan dia dengan...