KAIRA tersenyum gembira. Akhirnya dia dapat kerja sebagai deliveryman! Eh, delivery girl hehe! Dapat naik motor pergi hantar pesanan! Dia dapat kerja di restoran KFC. Tu pun kebetulan ada bekas classmate dia kerja disitu. Tak sengaja terjumpa, laju pula bekas classmatenya itu menawarkan kerja tersebut.
"Alhamdulillah." Kaira sempat tengok kiri dan kanannya sebelum melintas. Nasib tempat kerjanya tidak jauh dari apartment Ain. Seberang saja. Telefon di dalam beg dikeluarkan. Nombor Ain didailnya.
"Hello?" jawab satu suara yang asing baginya. Lelaki. Kaira pandang skrin telefonnya. 'Aku salah call ke?' Betul nombor Ain yang dia call.
"Err.. Ain ada?" tanya Kaira. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Ain pergi tandas. Ni siapa ya?"
"Kawan dia." jawab Kaira.
"Oh.. nanti call balik ya. Dia pergi tandas."
"Ok thank you." Kaira menamatkan panggilan. "Ain ada bf ke?" dia menyambung langkahnya balik ke rumah. Lapar!
"TADI ada kawan Ain call." Beritahu Naeem bila Ain balik dari tandas. Makanan disuap ke dalam mulut.
"Kaira kot." Ain melihat skrin telefonnya. Log panggilan di cek. Ada nama Kaira di senarai paling atas. "Hmm betul la dia yang call tadi."
"Kaira tu adik Khaleed?"
"Ha'ah. Mesti dia lapar." Ain mengerling jam di pergelangan tangannya. "Dah pukul 1 petang. Adik belum beli barang makanan kat rumah."
Naeem mengelap mulutnya dengan tisu. Dia bangun dari duduknya. Ain sibuk menghantar whatsapp pada Kaira. Tidak lama kemudian Naeem datang semula dengan tapau berisi makanan.
"Nah, bagi kawan adik nanti." Ain terlopong. Gentlemen sangat abang aku ni! Dia tersenyum.
"Terima kasih, Abang Long." ucapnya seraya tersenyum comel. Naeem mencuit lembut hidung adiknya itu. "Lepas ni Ain terus balik rumah la. Kelas cancel."
Naeem mengangguk. "Dah habis makan?"
"Ya dah habis."
"Ok jom. Abang dah bayar tadi." Ain bangun, plastik berisi tapau makanan tadi dibawanya.
YOU ARE READING
[C] TENGKU NAEEM ZAYD - EBOOK
RomanceBook 2 : "He's a gentleman to his boyish soulmate." 𝓣𝓮𝓷𝓰𝓴𝓾 𝓝𝓪𝓮𝓮𝓶 𝓩𝓪𝔂𝓭 🌹 𝔁 𝓚𝓪𝓲𝓻𝓪 𝓝𝓪𝔃𝓻𝓮𝓮𝓷 ❤️ 𝙆𝘼𝙄𝙍𝘼 𝙉𝘼𝙕𝙍𝙀𝙀𝙉, tidak mahu menyusahkan abang dan sahabatnya Ain, dia keluar mencari kerja. Takdir menemukan dia dengan...