Bab 7 🌹

7K 254 2
                                    

Keesokkan paginya, selepas pergaduhan antara Khaleed dan Kairul.

KAIRA termenung di birai katil. Mesej dari Kairul itu di bacanya lagi sekali.

Abg Kairul 🧑🏻‍🏫
💬 Adik free tak hari ni?
💬 Abg Kai nak jumpa
💬 Ada hal penting sikit.

Dia mengeluh perlahan. Kebetulan hari ni hari ahad. Hari dia cuti kerja. Ibu jari menyentuh skrin telefonnya. Membalas whatsapp dari Kairul.

You
Nak jmpa kat mana?

Abg Kairul 🧑🏻‍🏫
💬 Tunggu je kat lobi apartment Ain
💬 Nanti abg datang ambil adik
💬 Pukul 9 pagi nanti

You
Okay.

"Ain." Ain yang masih tidur itu dikejutkannya. "Bangun la. Dah subuh."

"Aku cuti." balas Ain yang masih mamai.

"Oh.. okay." Kaira bangun dan menuju ke bilik air untuk mandi dan ambik wudhuk. Dia sudah terbiasa mandi awal subuh sejak di sekolah menengah lagi.

 Dia sudah terbiasa mandi awal subuh sejak di sekolah menengah lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

USAI mandi dan solat subuh, Kaira keluar ke balkoni rumah. Ain masih nyenyak tidur. Saja dia tidak tidur selepas subuh. Tiba-tiba dia mahu melihat matahari terbit dari tingkat 10 apartment itu.

Dia menutup matanya. Menikmati suasana lepas subuh. Dulu di kampung akan dengar bunyi burung dan kokokan ayam. Bunyi ombak memandangkan rumah mereka dekat dengan pantai. Tapi sekarang, hanya dengan bunyi kenderaan saja.

Kaira melihat ke bawah. "Hmm dah ada jual sarapan." katanya bila gerai jual kuih muih dan nasi lemak itu tengah bersiap untuk memulakan perniagaan.

Dia masuk ke dalam. Rambut di sanggul gaya messy bun. Dia mencapai dompet miliknya dan kunci rumah sebelum keluar. Dia mahu membeli sarapan.

Sampai saja di lobi, hanya ada beberapa orang saja yang keluar untuk kerja di awal pagi. Kaira mengatur langkah ke arah gerai yang di nampaknya dari atas tadi.

"Assalamualaikum makcik." sapanya mesra.

"Walaikumsalam. Haa nak apa dik?" tanya makcik itu.

"Nasi lemak ada tak makcik?"

"Ada, ada. Ada lauk ayam goreng berempah, ikan tengiri goreng dan telur rebus. Nak yang mana?"

"Hmm.. ayam goreng berempah tu 2 ya makcik." Makcik tadi menyiapkan pesanan Kaira sementara Kaira melihat juadah kuih muih yang di jual.

"Kuih nak ke dik?"

"Boleh juga makcik. Nak kuih ketayap ni seringgit. Emm.. pau goreng ni seringgit dan onde-onde ni seringgit." pesannya.

[C] TENGKU NAEEM ZAYD - EBOOKWhere stories live. Discover now