KAIRA peluk tubuh. Mata merenung tajam Kairul yang dah tak senang duduk di sebelahnya. Badannya duduk menghadap Kairul.
"Adik jangan pandang abang Kai macam tu." Kairul mengusap belakang lehernya. Tajam siak tenungan adik aku sekarang ni.
"Adik dah cakap adik tak nak jumpa diorang kan?" katanya mata masih merenung Kairul. Dua orang lelaki dihadapannya langsung tidak dia pandang.
"Abang long yang minta Kai bawak adik jumpa abang." Khaleed berkata, agak takut sikit bercakap dengan adik mereka ini. Makin matang, makin garang.
Kaira mendengus kasar. Hampir dia berdiri namun Kairul pegang lengannya.
"Dengar dulu apa yang Abang Long nak cakap." serius saja suara Kairul. Kaira menjulingkan matanya ke atas.
"Cakap la cepat. Aku malas nak duduk sini lama-lama." balasnya. Mata masih tak melihat Khaleeq dan Khaleed.
Khaleed telan liur. Dia mula menceritakan tentang kenapa dia tidak balik ketika mak dan ayah mereka meninggal. Dari Kairul call dia namun Elly yang jawab. Elly tidak menyampaikan berita kematian mentuanya pada Khaleed kerana takut lelaki itu akan tinggalkannya demi orang tuanya.
Dan sekarang Khaleed sudah pun ceraikan Elly. Menyampuk pula Khaleeq, dia yang merawat mak ayah mereka yang di bawa ke hospital selepas kemalangan itu. Namun dia tidak dapat menyelamatkan mereka. "Mak sempat pesan untuk jaga Kaira."
Kaira pandang ke arah lain. Air matanya sudah bergenang. Khaleeq juga bagitahu yang dia ada datang dihari pengebumian mak dan ayah mereka namun dia hanya dapat bantu orang kampung gali kubur saja kerana dia terpaksa balik atas urusan kerja yang tak dapat dielakkan.
Suasana direstoran itu senyap. Ketiga-tiga mereka memandang Kaira yang diam. Tidak lama kemudian dia berdehem.
"Dah habis cakap? Aku balik dulu." dia bangun dari duduknya.
"Abang hantar adik." Kairul berdiri.
"Tak payah. Aku pandai balik sendiri." jawabnya seraya melangkah meninggalkan mereka bertiga.
MATA tajam memandang wanita di hadapannya. Tangan digenggam marah. Mereka tidak sengaja terjumpa di sini. Hotel milik Khaleed. Dah la dia tengah bad mood."Ka.. Kaira. Buat apa kat sini?" tanya wanita itu. Takut dia dengan tenungan Kaira yang dia tahu sedang menahan marah.
"Kau buat apa di hotel abang aku?"
"Tak.. Takkan la nak datang hotel suami sendiri pun tak boleh?" balasnya berani. Dia menjeling Kaira sambil peluk tubuh.
Kaira tertawa sinis sambil menepuk-nepuk tangannya. Pekerja-pekerja dan tetamu yang ada di lobi itu hanya memerhati mereka berdua.
"Suami? He is your EX HUSBAND, isn't he?" Kaira peluk tubuh. "Hmm.. Kau tak bagitahu abang aku yang parents aku meninggal.. sebab tak nak dia tinggalkan kau.. kan?" dia berjalan berpusing-pusingi Elly.
YOU ARE READING
[C] TENGKU NAEEM ZAYD - EBOOK
RomantikBook 2 : "He's a gentleman to his boyish soulmate." 𝓣𝓮𝓷𝓰𝓴𝓾 𝓝𝓪𝓮𝓮𝓶 𝓩𝓪𝔂𝓭 🌹 𝔁 𝓚𝓪𝓲𝓻𝓪 𝓝𝓪𝔃𝓻𝓮𝓮𝓷 ❤️ 𝙆𝘼𝙄𝙍𝘼 𝙉𝘼𝙕𝙍𝙀𝙀𝙉, tidak mahu menyusahkan abang dan sahabatnya Ain, dia keluar mencari kerja. Takdir menemukan dia dengan...