Prolog

67 7 1
                                    

"Ryan! Apa kamu buat?!!" Soal seseorang melihat seorang kanak-kanak memegang penukul dengan tubuhnya dipenuhi darah.

"Orang yang buat salah pasti akan terima hukuman," kata kanak-kanak itu dengan mata menikam ke arah seseorang yang menyebut namanya.

Hanya disebabkan umurnya terlalu muda dan dianggap mengalami masalah mental dia terlepas daripada hukuman. Namun banyak perkara dia hilang kesan daripada cuba mempertahankan apa yang dia mahu.

.
.
.

"Jadi kamu panas baran? Tak mengapa... Biar atuk latih kamu," kata seorang tua sambil cuba mengelus kepala kanak-kanak itu namun pantas dia menepis dan terus masuk ke rumah datuknya. Ia dipandang seolah tidak beradab namun datuknya terus bersabar.

Akhirnya kanak-kanak itu lebih tenang dan ketenangannya agak merisaukan orang lain yang pernah mengenalinya. Demi melangsungkan hidup seperti remaja yang lain. Seusai sahaja latihan sepanjang lebih satu dekad, dia diminta untuk kembali ke bandar.

"Tak boleh ke saya terus tinggal di sini?" Soal Ryan tenang selepas menghirup sup dari mangkuknya.

"Kamu perlu keluar untuk menimba pengalaman yang baru di dunia luar. Tempat ni hanya untuk orang tua macam atuk," kata datuk turut menghirup supnya dengan tenang.

"Tapi... Dah lama saya tak ke sekolah. Lagipun nenek dah tak ada di sini lagi. Atuk pasti ke boleh tinggal berseorangan?" Soal Ryan dengan tenang.

"Kamu bukannya bodoh. Atuk yakin kamu terus dapat masuk ke sekolah sebaik sahaja menduduki ujian kemasukan. Kamu tak perlu pandai atau buktikan apa-apa. Cukup sahaja kamu ada masa depan yang cerah sekurangnya. Tentang atuk kamu tak perlu risau. Atuk lebih tenang bila kamu tak ada," balas datuk membuatkan Ryan terus tersenyum.

"Saya pun akan rindu pada atuk," katanya perlahan cukup faham makna tersembunyi dari ucapan yang agak kasar dari datuknya.

.
.
.

"Saya pergi dulu," kata Ryan mula melangkah pergi membawa beg sandangnya.

"Ingat... Ini kehidupan baru kamu. Jangan jadi seperti kamu yang dulu. Ingat pesan atuk, jangan terlalu angkuh dan jangan biarkan diri dipijak tanpa maruah," pesan atuknya dan Ryan hanya mengangguk turut. Dia terus berlalu pergi walaupun langkahnya berat melangkah. Jauh di lubuk hatinya, sememangnya suasana yang tenang ini takkan kekal lama namun mustahil bagaimana pun dia mahu mengekalkan ketenangan ini selamanya.

Fearless Where stories live. Discover now