"Ryan... Kamu janji pada ibu kamu tak kan mencederakan sesiapa? Kamu lupa?" kata lelaki itu yang matanya turut tercedera. Aku melihat tanganku yang penuh darah dan ia seolah menyedarkan aku dari nafsuku sendiri. Regarl dan yang lain semuanya mengerumuni aku untuk mengawalku dan aku melihat ke belakang. Terdapat beberapa mayat orang yang aku tak kenali bercampur dengan pengikut bapa membuatkan pandanganku mula kabur.
.
.
."Bapa!" Jeritku terus terbangun dari tidur dengan peluh dingin. Cis! Mengapa dia yang aku panggil sebaik sahaja aku bangun. Aku tak mahu dia sesekali berada dalam minda atau ingatan aku. Aku mahukan dia tak pernah wujud.
Aku bangun dari baringku dan membawa keluar kotak merah. Terdapat banyak potongan dari berita yang aku cetak dari media tentangnya. Seperti yang uncle katakan, walaupun aku tak mahu lagi ada kaitan dengannya, aku tetap masih ambil tahu kehidupan dia.
"Heh, apa aku buat? Cuba jatuhkan dia yang ada segalanya tapi aku tak ada apa-apa?" balasku sendirian. Aku melihat wajah bayi kecil dan isteri barunya yang dikatakan balu daripada seorang usahawan. Harta milik bekas lelakinya dimiliki wanita itu dan dia berkahwin dengan bapa. Aku dapat lihat apa yang bapa cuba sasarkan. Dia terus menerus membesarkan empayarnya namun aku tak pasti mengapa dia masih mencari aku.
Regarl kata yang bapa masih tak tahu aku di sini tapi keberadaan Regarl di sini yang dapat menemui tempat yang menjadi tempat persembunyianku menjadi bukti bahawa lambat laun bapa juga akan dapat menemui tempat ni. Aku perlu segera berpindah di tempat yang lebih selamat dan tersorok tapi bukan mudah untuk aku mencari seseorang yang boleh aku harapkan untuk menyamar sebagai penjaga aku. Untuk masuk ke sekolah ni pun, duit aku banyak habis untuk merasuah.
Aku melihat gambar itu lagi dan sudut kejamku mula terbit sekali lagi. Aku berharap dengan adanya anak kecil tu dia akan ubah sasaran. Kalau dia mula membina empayar untuk budak tu... Bermakna aku selamat dan bebas selagi mereka tak mencari aku. Mengubah identiti tak semudah yang aku sangka.
Aku tak ubah seperti burung di dalam sangkar emas kalau aku terus berada dengannya. Setiap perilakuku akan dikawal seolah bangsawan. Aku tak dapat hidup dalam kehidupan yang aku ingini. Aku terpaksa hadapi kumpulan dan konflik yang tak ada kena mengena sekalipun denganku. Hanya disebabkan aku anak kepada dia dan penerus kumpulan tu... Musuh bapa turut menyasarkan aku.
Aku keluar dari bilikku lalu meletakkan kunci motor mereka berdua di meja sebagai isyarat untuk mereka bebas pergi. Wang dari uncle cukup untuk aku tidak menggunakan mereka. Lagipun, melalui amaran uncle tadi... Mereka akan dalam.bahaya selama mereka ada di sini.
Aku keluar dari rumahku dan aku dapat melihat Ziki dan Jazz berada di beranda berbincang dengan serius. Mereka melihatku keluar dari rumah dan mereka terus senyap. Aku terus berlalu pergi tanpa mempedulikan mereka.
Aku berjalan tanpa arah, hanya melihat kampung di sekelilingku. Melihat kanak-kanak berlari riang di taman. Melihat burung berkicau di pokok dan macam-macam lagi. Aku terus duduk di tepi padang sambil melihat beberapa remaja sedang bermain bola. Aku menyalakan rokokku dan menghisapnya.
"Sini bukan tempat untuk kau merokok," ujar seorang dewasa merampas rokok di tanganku.
"Aku merokok jauh dari budak lain. Boleh kau jangan menyibuk?" Balasku dingin.
"Hmm? Kau ni budak sekolah lagi ke? Memang patut aku halang. Macam mana kau dapat beli?" Soal lelaki itu lagi.
"Heh... Kenapa kau nak menyibuk? Kau bukan bapak aku," balasku dan ingin berlalu pergi namun aku melihat ramai pengikutnya di belakangku dan mula perasan yang mereka memakai jaket kulit hitam yang sama.
"So... Kau nak aku cari bapak kau? Aku nak tengok juga... Bapak mana yang tak reti jaga anak ni," ujarnya sambil memeluk leherku membuatkan aku mendagu dan mula terfikirkannya.
YOU ARE READING
Fearless
ActionRyan, seorang remaja yang ingin meneruskan hidupnya sebagai remaja biasa selepas zaman kanak-kanaknya dipaksa untuk matang dengan segera. Namun disebabkan sejarah hidupnya yang penuh konflik, adakah dia masih dapat meneruskan hidupnya dengan aman ta...