Bab 2

33 5 0
                                    

Aku berlalu keluar dari banggunan sekolah dan menuju ke basikal. Tiba-tiba lelaki tadi menegurku dari belakang.

"Nanti Rykarl!" Tegurnya membuatkan aku terus terpandang.

"Oh, budak meja tengah," ucapku  menyedari kehadirannya. Dia tersenyum kekok mendengar nama panggilannya.

"Nama aku bukan budak meja tengah, panggil aku Lee. Nama penuh aku Lee March," dia memperkenalkan dirinya. Aku hanya meng'oh'kan saja dan mula ingin mengundurkan basikalku untuk keluar dari parkir.

"Raykarl... Tentang tadi aku harap kau tak ambil hati. Hunter tak selalu macam tu sebenarnya," kata Lee dengan cemas. Aku memandangnya sekilas lalu hanya mengangguk. Aku tak mahu berborak panjang dengannya jadi aku hanya mengangguk setuju walaupun sememangnya aku mahu mengelak daripada ada kaitan dengannya.

Setibanya di rumah, aku membuka pintu dan terus ke bilik. Rumah aku disewa di rumah flat, aku sewa rumah ini menggunakan separa dari duit perbelanjaan yang atuk beri. Kalau atuk tahu aku sewa rumah flat sudah tentu dia marah. Aku menghembus nafas dan mula bersiap untuk mencari kerja.

Dengan ditemani basikal, aku terus memboncengnya ke sekeliling bandar sehinggalah aku tertarik pada sebuah kedai serbaneka yang kelihatan ada peluang untukku bekerja. Aku masuk terus ke kaunter. Aku menunduk lalu menggaru belakang leher kerana kekok.

"Ye encik? Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" tegur penjaga kaunter itu dengan mesra. Aku berasa kekok kerana aku jarang bercakap dengan mana-mana manusia terutamanya untuk minta sesuatu.

"Saya nak minta kerja," kataku kekok.

"Oh! Isi borang ni dulu, nanti hantar ke sini semula dalam masa tiga hari. Nanti bos tengok sebab bos tak ada hari ni, dia outstation," balas penjaga kaunter itu ceria sambil menghulur borang kerja. Aku menerima dan mengangguk faham.

Tiba-tiba kedai itu dimasuki oleh seorang lelaki berhelmet sementara ada seorang lagi rakannya sedang menunggu di luar. Di tangannya terdapat pistol. Bagi aku... Mereka sangat cuai.

"Duduk!!! Jangan bergerak!!" Ugutnya memaksaku untuk duduk. Perempuan di kaunter mula panik dan menjerit namun tindakannya itu menjadikan lelaki itu lebih agresif.

"Bagi semua duit dalam kaunter ni! Cepat!!" Jeritnya. Aku duduk mencangkung sambil meletakkan tangan ke kepala sebab aku tak mahu masuk campur tapi memikirkan ia kemungkinan menjadi tempat kerjanya membuatkan aku berubah fikiran. Tambahan pula, aku mungkin terus diterima kalau tolong.

"Cepat!!! Bagi semua duit tu!!!" Ugutnya memaksa sambil menghalakan pistol itu ke kepalanya.

"Homeless lebih baik dari kau. Dasar sampah," ucapku sambil memandangnya cuba memprovok. Dia mengetap giginya dan memandangku dengan berang.

"Kau kenapa ha?!!! Nak mati sangat ke?!!!" Tengkingnya dan mula beralih pandang pada aku. Penjaga kaunter mengambil kesempatan cuba untuk menghubungi polis namun ia disedari perompak itu.

"Oi!! Jangan cuba!!" Tengkingnya dan cuba ingin melepaskan tembakan membuatkan aku terus melakukan skil pertahanan diri yang aku pelajari sebelum ni. Aku menumbuk bahagian pelipat sikunya secara mengejut dan merampas terus pistol daripada tangannya yang terseliuh akibat serangan mengejut tersebut.

Aku terus menghalakan pistol itu ke arahnya yang kelihatan panik. Rakannya yang berada di luar masuk untuk cuba menolong dan menyerangku dengan pisau miliknya. Aku mengelak libasan pisaunya lalu mengetuk sisi kepalanya menggunakan hulu pistol yang aku pegang membuatkannya kelihatan pening.

Aku mengambil kesempatan itu lalu melakukan teknik bantingan judo untuk menjatuhkan musuh. Aku melipatkan pergelangan tangannya untuk memaksa dia melepaskan pisau tersebut. Pisau yang terjatuh aku sepak ke bawah rak barangan supaya mereka tidak berpeluang untuk mengutipnya.

Fearless Where stories live. Discover now