Aku terus pulang ke rumah setelah tamat waktu persekolahan, Lee cuba memanggilku dari jauh tapi aku tak mahu ada kena mengena dengannya. Bagi aku dia agak menganggu jadi aku mahu terus mengelak darinya. Aku terus bergegas meninggalkan perkarangan sekolah tersebut sebelum dia sempat mengejarku.
"Ryan!!!" Jeritnya namun aku terus menunggang laju. Lee mengejarku sehingga ke luar pagar dan dia berhenti mengejar sambil mencungap dan aku langsung tidak toleh ke belakang lagi.
Tiba sahaja di rumah, Jazz menyambutku sambil berbaring di hadapan televisyen dan kelihatan mengantuk. Manakala dapur bising dengan bunyi api dan air yang mendidih petanda Ziki tidak membiarkan dapur tersebut sunyi tanpa juadah.
"Yo Ryan! Kau dah balik? Hehe... Semua kerja rumah dah siap kau dah tak perlu risau pasal semua tu," kata Jazz selamba sambil melambaiku sebagai isyarat menyambutku pulang.
Aku melihat bakul bajuku yang kosong ternyata baju yang aku letakkan sebelum ke sekolah pagi tadi turut sudah dibasuh. Aku pergi ke balkoni belakang yang sememangnya tempat untuk menyidai pakaian. Meja makan sudahpun diletakkan di tengah sedia untuk menghidangkan makanan.
Aku terus masuk ke dalam bilikku dan melihat sekeliling. Semuanya kemas namun melihat posisi kotak dan bukuku tidak seperti selalu membuatkan aku dapat merasakan seseorang menceroboh masuk ke dalam bilikku. Aku keluar semula ke ruang tamu dan merenung Jazz yang mula mengantuk dan menguap. Melihatnya yang tiada reaksi membuatkan aku memandang Ziki.
Dari yang aku lihat, dia kelihatan lebih disyaki melalui perilakunya yang kekok malah tidak langsung menyambutku. Sangat berlainan sikapnya dari awal pagi tadi yang agak kecoh.
"Ada yang masuk dalam bilik aku ke?" Soalku terus membuatkan Ziki tersentak.
"Ha bilik? Tak ada sesiapa rasanya. Tadi aku keluar beli barang," balas Jazz tenang membuatkan aku lebih mengesyaki Ziki.
"Ziki? Kau ada masuk ke?" Soal Jazz beralih kepada Ziki.
"Y-ya... Aku ada masuk sekejap... Hehe," katanya kekok membuatkan Jazz turut terkejut.
"Eh? Ke- Oh ya! Rasanya tadi Ziki terjumpa duit boss yang tercicir. Dia masuk sebab nak bagi balik dalam bilik kot... Kan Ziki?" Kata Jazz turut kedengaran cemas.
"Ah?? Eh? Ya haah... Alang-alang tu aku ada sapu sikit-sikit haha..." Balas Ziki kekok. Aku menoleh pada duit kertas yang diselitkan pada sebelah TV yang ternyata bukan di dalam bilikku membuatkan aku tak dapat menerima penjelasannya namun aku mengambil keputusan untuk mengetepikan hal itu.
"Haih apa-apa sajalah. Duit tu memang aku bagi untuk beli makanan. Korang memang nak makan je ke tanpa topup balik?" kataku bersahaja membuatkan Jazz terus duduk dari baringnya.
"O-oh... Ye ke? Aku fikir tu tercicir hahaha..." Kata Jazz sambil menggaru belakang kepala.
"Panggil aku Ryan. Bukan boss..." balasku lalu menghampiri Ziki yang sedang fokus melihat ke dalam periuk yang mengandungi sup untuk makan malam.
"Kau... Tak usik apa-apa yang ada dalam bilik aku kan?" Soalku dengan nada berbisik membuatkan dia berubah pucat.
"T-tak... Ak-aku cuma sapu je," jawabnya dengan peluh dingin membuatkan aku terus memerhati tindak-tanduknya dari tepi.
"Aku anggap kau cuma tak sengaja buat kali ni. Cuma aku nak kau ingat, aku paling tak suka penipu," kataku berbisik membuatkannya semakin pucat. Aku merasai supnya dengan satu sudu. Ternyata makanannya boleh tahan sedap.
"Bahan yang aku sediakan memang tak sia-sia kalau kau masak dengan betul macam ni. Bagus," kataku bersahaja dan terus beredar darinya terus ke bilik. Ziki terus terkaku manakala Jazz tersenyum kambing.
YOU ARE READING
Fearless
ActionRyan, seorang remaja yang ingin meneruskan hidupnya sebagai remaja biasa selepas zaman kanak-kanaknya dipaksa untuk matang dengan segera. Namun disebabkan sejarah hidupnya yang penuh konflik, adakah dia masih dapat meneruskan hidupnya dengan aman ta...