"Hmm? Kau ni..." Aku mula dapat melihat wajahnya dengan lebih jelas apabila dia kelihatan lebih bersih.
"Kau... Junior baru tu kan?" Soalnya turut terkejut.
"Perempuan pokok," panggilku tanpa perasaan.
"Nama aku Duna! Duna Kim! Bukan perempuan pokok!" Jeritnya tidak puas hati.
"Korang dah berkenalan ke?" Soal Ziki turut pelik melihat kami berdua.
"Dia rampas tempat waktu rehat saya. Jadi-"
"Cuma kebetulan. Aku tak kenal dia," potongku dengan tenang.
"Kau ni dari awal memang sombong ke? Macam mana korang berdua boleh tahan dengan dia ni? Kalau saya jadi korang... Budak macam ni saya halau je," katanya memuncungkan bibir.
"Erk... Macam yang kami cakap tadi... Ni bukan rumah kami. Kami ni menumpang je," kata Jazz sambil menggaru belakang kepala.
"Ya... Tapi korang semua sewa sama-sama kan?" Soal Duna kembali. Ziki dan Jazz memandang sesama sendiri dengan kekok.
"B-bukan ke?" Soal Duna mula cemas.
"Kau nampak dah okey. Aku rasa kau dah boleh balik dah sekarang," kataku apabila melihat dia kini lebih banyak bercakap dari menangis. Dia terus terdiam dan menunduk.
"Saya... Dah tak ada tempat nak balik," ucapnya sayu membuatkan kami semua terdiam lama.
"Bo- Maksud aku Ryan, memandangkan dia kawan sekolah kau... Aku rasa... Tak jadi masalah kalau tumpangkan dia sekejap di sini," soal Ziki separa merayu.
"Dia bukannya kucing yang kau boleh sesuka hati kutip bawa masuk ke rumah dan kau... Sekarang ni... Dalam rumah ni kau seorang je perempuan. Kau tak takut?" Balasku dan beralih kepada Duna. Duna hanya berdiam tidak berkata apa-apa.
"Ryan... Boleh kita cakap sekejap?" Kata Ziki dan menghampiriku. Aku mengerling ke arah Duna yang masih senyap dan menunduk dengan pandangan kosong.
"Aku pergi mandi dulu. Kita bincang lagi lepas ni," kataku dan berlalu ke bilik air meninggalkannya. Seusai saja mandi dan menukar pakaian aku memberi isyarat kepada Ziki untuk keluar.
"Dia ada masalah keluarga?" Soalku terus kepada soalan. Ziki tersentak lalu mengangguk.
"Ibunya bercerai dan berkahwin dengan lelaki lain. Ibunya bekerja dan ayah barunya penganggur dan dia-"
"Hampir dirogol?" Soalku sebelum dia menghabiskan ayatnya.
"Y-ya... Kami cuba pujuk dia untuk laporkan pada polis tapi dia takut kalau hubungan dengan ibunya jadi rengang disebabkan perkara ni," kata Ziki sambil menggaru kepala.
"Perkara tipikal kalau lelaki tak guna ada dalam keluarga seseorang. Haih... Macam mana dengan ayah kandung dia?" soalku semula.
"Mereka... dah tak dapat berhubung lagi," sambung Ziki.
"Aku dapat rasa sekarang keluarga dia tengah cari dia terutama ibu dia yang masih tak tahu apa yang tengah jadi. Kalau kita dituduh culik anak dia... Kau nak buat apa?" Soalku sambil meengeluarkan kotak rokokku.
"Aku yakin yang Duna takkan tuduh kita... Memandangkan kita tolong dia, aku pasti dia akan takkan biarkan kita ditahan macam tu je," kata Ziki yakin. Aku menyalakan rokokku dan mula ingin menghisapnya namun tiba-tiba Ziki menahan tanganku.
"Kau... bukan bawah umur ke?" Soalnya sambil mengerutkan dahi.
"Apa beza bawah umur atau tak. Dewasa atau budak kecil sekali pun... Tetap juga mematikan," kataku sambil menolak tangannya.
YOU ARE READING
Fearless
ActionRyan, seorang remaja yang ingin meneruskan hidupnya sebagai remaja biasa selepas zaman kanak-kanaknya dipaksa untuk matang dengan segera. Namun disebabkan sejarah hidupnya yang penuh konflik, adakah dia masih dapat meneruskan hidupnya dengan aman ta...