Aku berjalan ke atas dan terserempak dengan guru yang akan ke kelasku membuatkan aku menyapanya dan meminta izin untuk ke tandas. Namun dia kelihatan tidak kisah malah merapatkan bukunya ke dada seolah ketakutan. Guru takut pada murid? Ia sesuatu yang pelik. Namun mendapat izinnya membuatkan aku terus melangkah untuk ke tandas.
Sedang aku duduk di tandas duduk yang tertutup untuk menenangkan diri, aku terdengar bunyi riuh beberapa murid lelaki yang masuk ke dalam tandas dan mula mewujudkan asap dari ruang luar pintu tandas. Aku hanya berdiam sambil mencuri dengar apa yang mereka bincangkan. Daripada bercakap l*cah tentang wanita ke bahagian membelasah junior. Akhirnya mereka mula membincang tentang rancangan mereka seterusnya.
"Aku dengar Tiger tengah cedera sekarang ni, peluang kita nak jatuhkan rank dia," kata seseorang mula membuatkan aku tertarik mendengar apa yang dibincangkan mereka.
"Kau rasa Eme nak terima ke pertarungan berat sebelah macam tu? Silap langkah lepas dia sembuh terus dia sasarkan kita," sambut seorang lagi lalu bunyi ketukan kepala kedengaran.
"Kau tak ingat ke Yuto pun guna cara macam ni nak jatuhkan Giyu? Asalkan kau tak lawan macam pondan, dia akan terima je. Eme pun guna cara kotor nak dapatkan takhta, kau fikir dia nak kisah apa cara kita guna?" soal seorang lagi yang kedengaran seolah buat sesuatu yang menyakitkan kepada temannya.
"Adoi... oi rokok aku nak terjatuh ni," jeritnya kuat.
"Oi... Jangan bising sangatlah, orang dengar nanti," kata seorang lagi dengan nada malas. Aku mengeluh berat merasakan mereka tentu noobies yang bodoh membuatkan aku hanya bangun dengan malas lalu membuka pintu dan memandang mereka yang sedang duduk malah ada yang menyandar ke dinding sambil menghisap rokok dan bermain kad. Ia menjijikkan melihat mereka yang duduk di atas lantai yang ternyata kawasan pijakan para pelajar yang entah memijak apa di luar.
Mereka memandangku tersentak dan aku hanya mengabaikan mereka lalu terus menuju ke pintu keluar. Salah seorang dari mereka menjerit memanggilku namun aku hanya terus tidak mempedulikannya. Pelajar yang sama terus cuba menangkap bahuku namun disebabkan aku jijik dengan sikap mereka yang pengotor secara tidak sedar aku mengelak dari terkena tangannya.
"Jangan sentuh aku," kataku tegas sambil memandangnya tajam. Ia membuatkan aku mula membayangkan tangannya yang memegang kad yang ternyata berulang kali menyetuh lantai tandas membuatkan aku berasa jijik dengannya.
"Tak guna kau... Nak mati ke ha?" jeritnya cuba menangkap leherku untuk mencekik kolar namun aku mengelak ke sisi dan membuatkannya terlajak ke hadapan.
"Aku tak mahu baju aku kotor. Ini baju kegemaran aku," kataku cuba berbaik untuk dia melepaskan aku namun tindakanku yang mengelak darinya ternyata mencalar imejnya membuatkan dia bertambah geram.
Aku dapat rasanya ada cubaan sepakan yang datang dari belakangku membuatkan aku mengelak lagi risau jika tapak kasutnya mengotorkan pakaianku yang baru sahaja basuh dan dikeringkan semalam. Kotoran yang terlekat pada pakaian putih bukan mudah untuk dihilangkan.
"Serius aku cakap, aku bukan nak masalah," kataku dengan wajah tak berperasaan. Mereka masih menyerangku membuatkan aku terlangkah masuk semula ke tandas membuatkan jalan keluarku dihalang. Tak adakah hari yang tenang buat aku?
Tiba-tiba seorang lagi cuba menyerangku dengan batang mop dan aku sempat mengelak dari serangannya namun air adalah fleksible walaupun aku dapat mengelak renjisan air darinya aku tak dapat mengelak titisan air yang kecil yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. Walaupun aku cukup berhati-hati namun hanya satu titisan air yang mengenai bajuku itu membuatkan aku terbayang segala kekotoran yang dibersihkan dengan menggunakan mop tersebut.
Mop itu juga yang mengelap lantai yang kotor dan mungkin juga digunakan untuk mencuci najis yang terdapat di lantai. Ia membuatkan aku terdiam seketika dan aku terus terkaku. Bahang baranku mula menguasai kepalaku membuatkan aku melonggarkan tali leherku dan bernafas laju.
"Aku dah cakap... Aku bukan nak masalah," kataku memandang maut ke arah mereka. Seperti yang aku bayangkan mereka hanya noobies. Seranganku ternyata sebelah pihak. Hanya satu tumbukan setiap seorang cukup membuatkan mereka tidak sedarkan diri.
"Menyusahkan," ujarku lalu mengambil sapu tanganku dan cuba mengelap titisan air yang terkena pada baju. Fikiran negatif mula menguasai, risau jika disebabkan titisan air ini membuatkan seluruh tubuhku berbau tandas membuatkan aku menggonyohnya dengan lebih kasar dan membau berulang kali untuk memastikan tiada kesan yang tinggal.
Aku mengetik lidahku tidak berpuas hati memandangkan aku tak dapat membau seperti mana orang lain akan bau. Hampir sahaja ke kelasku, aku terdengar bunyi bising namun aku juga terdengar suara guru yang mengajar membuatkan aku terkeliru. Aku terus membuka pintu kelasku dan ternyata mereka yang lain tidak fokus pada guru yang mengajar. Melihatku yang masuk secara tiba-tiba membuatkan keadaan senyap sebentar. Namun kelas kembali bising apabila menyedari bahawa aku yang masuk ke kelas.
Melihat guru yang mengajar seakan tidak peduli akan kebisingan tersebut membuatku terus duduk dan menganggap ia bukan masalah besar. Namun disebabkan kebisingan yang dibiar ini menjadikan penjelasan guru yang mengajar tidak jelas malah guru itu kelihatan pengecut membuatkan aku mula rasa sakit hati. Aku mengerut dahiku dan selepas 15 minit aku bangun dari duduk dan menghentak meja dengan kuat.
"Ini memang mengarut... Cuma sebab ni subjek paling mudah nak lulus. Kau ajar sambil lewa," kataku perlahan. Mereka semua terus terdiam. Hunter turut terkaku yang pada asalnya tadi membuat bising dengan Kyle.
"A-a-ada m.masalah k-ke? En.Ryan?" Soal guru itu tergagap. Disebabkan penyakit gagapnya itu membuatkan pelajar tidak mengambil serius akan ajarannya. Aku mengambil nafas dalam dan memandangnya dengan lama.
"Banyak. Betul ke cikgu nak jadi cikgu?" kataku dengan wajah berang membuatkan yang lain memandangku.
"S-S-Saya C-cuma m-mengajar. M-ma-mahu b-belajar a-atau ttttidak. I-itu bu-bukan u-urusan sssssaya," katanya dengan selamba. Beberapa murid mentertawakannya yang gagap.
"Ini memang mengarut," kataku sendirian.
"Fokus apa yang cikgu nak ajar," kata Tiger membuatkan semua murid menurutinya dan kembali ke meja masing-masing. Aku memandangnya sekilas melihatnya yang memapar wajah selamba. Dia sememangnya mengawal penuh kelas ni. Melihat keadaan yang kembali tenang, aku kembali duduk dan guru meneruskan ajarannya yang aku rasakan tiada inti. Hanya mulut berbicara seolah membaca dari buku teks membuatkan beberapa murid mulai bosan malah ketiduran.
Guru ini... Langsung tak ada semangat untuk mengajar. Dia hanya ke sini sekadar untuk menunjukkan bahawa dia bekerja sebagai guru. Namun langsung tidak menjalankan tugasnya sebagai guru. Ia hanya sebagai statusnya sahaja. Habis sahaja waktu, guru terus keluar dari kelas tanpa melayan atau menegur sesiapa yang tidur di kelasnya. Dia seolah pita perakam yang tiada fungsi membuatkan aku memicit kepala.
"Cikgu tu memang ramai tak suka sebab tu tak ada siapa nak fokus bila dia masuk," kata Lee merungut. Aku hanya berdiam dan ingin berlalu pergi.
"Ryan," panggil Hunter membuatkan aku menoleh ke arahnya.
"Kali ni... Jumpa di bumbung sekolah. Kau perlu betul-betul datang kali ni," kata Hunter serius membuatkan satu kelas mula berbisik antara mereka. Tiger mendekatiku dan memegang bahu kananku seolah memberi simbol aman tanpa perang.
"Aku ada benda penting nak cakap dengan kau. Yang betul-betul serius," kata Tiger perlahan penuh serius. Melihatnya yang tiada tanda untuk memulakan pergaduhan aku menarik nafas dan hanya mengangguk setuju. Dia tersenyum nipis lalu kembali duduk ke tempatnya. Guru kelas untuk masa terakhir akhirnya tiba membuatkan kesemua murid kembali fokus.
Hunter masih tidak memandangku malah langsung tidak mengangguku sangat berbeza berbanding sewaktu awal perkenalan kami. Pandangannya hanya ke sisinya berlawanan arah dari tempat dudukku. Aku hanya berdiam dan dapat merasai Hunter asyik mengeluh seolah ada sesuatu yang dia tidak berpuas hati.
Bersambung...
🐯🐯🐯🐯🐯🐯🐯🐯🐯🐯🐯🐯🐯🐯
YOU ARE READING
Fearless
ActionRyan, seorang remaja yang ingin meneruskan hidupnya sebagai remaja biasa selepas zaman kanak-kanaknya dipaksa untuk matang dengan segera. Namun disebabkan sejarah hidupnya yang penuh konflik, adakah dia masih dapat meneruskan hidupnya dengan aman ta...