Bab 14

23 4 0
                                    

"Ouh Raykarl... Kamu balik sekolah akhirnya," ujar seseorang yang cukup aku kenali. Aku menjeling ke arah Ziki dan Jazz yang duduk dengan sangat sopan.

"Ya... Sudah lama ke uncle tunggu?" Soalku bersahaja. Aku meletakkan beg sekolahku ke dinding dan duduk dengan tenang di sebelah Ziki dan Jazz yang kelihatan gugup.

"Hanya beberapa jam tapi semua tu tak ada masalah memandangkan uncle cuti hari ni," balasnya tenang.

"Oh. Saya faham," balasku ringkas.

"Hmm... Kamu memang nekad untuk terus tinggal di sini ke? Dengan wang bapa kamu, kamu-"

"Tak apa. Saya lebih selesa di sini. Saya tak mahu apa-apa dari dia," balasku dingin. Uncle Regarl hanya memandangku lama.

"Haih... Sekurangnya tinggal dengan uncle. Uncle mahu pastikan kamu sentiasa selamat," keluh Uncle Regarl lagi.

"Saya hargai uncle cuba untuk jaga saya tapi uncle pun tahu auntie dan anak-anak uncle tak mahu saya tinggal bersama mereka. Mereka fikir mereka tinggal dengan raksasa gila. Bukan ke hampir setiap hari uncle bergaduh dengan auntie sepanjang saya tinggal di sana?" balasku bersahaja.

"Haih... Ia tak jadi masalah pun untuk uncle tapi kalau disebabkan itu kamu tak selesa di rumah uncle nampaknya uncle terpaksa putus asa. Jadi sekurangnya... Terima ni sebagai tanda maaf dari uncle," katanya lalu memberi satu kad hitam untukku.

"Uncle memang tak tahu untuk merendah diri. Dari pakaian ke kasut dan perwatakan... Sememangnya jauh berbeza untuk sesuai dari tempat ni," kataku dengan tenang.

"Ah... Maaf. Uncle cuba cari pakaian yang paling murah untuk dipakai tapi nampaknya ia tetap memberi tanggapan yang kuat untuk sekitar sini?" Balasnya kekok.

"Ya... Lihat saja orang di sebelah saya. Mereka hampir mati," ucapku selamba sambil menjeling ke arah Ziki dan Jazz yang ternganga luas seolah tidak percaya dengan apa yang mereka lihat. Aku mengeluh berat.

"Saya tak perlukan kad ni. Saya yakin lelaki tu gunakan uncle sebagai orang tengah untuk berikan kad ini kan? Cukuplah sekadar ni. Dia pun dah berkeluarga, dia tak perlu hiraukan tentang saya lagi. Hubungan kami dah terputus lama," balasku lagi sambil menolak kadnya.

"Haih... Bapa kamu kesal tentang apa yang jadi Raykarl dan dia tak pernah salahkan kamu untuk bencikan dia. Cuma dia harapkan satu peluang dari kamu," balas Uncle Regarl dengan wajah resah.

"Heh... Uncle... Uncle tahu yang saya tak mudah tertipu dengan semua tu kan? Apa-apa pun... Bukan ke bahaya kalau uncle datang ke sini tanpa bodyguard? Saya tahu uncle ramai musuh atau... Uncle memang nak bocorkan tempat persembunyian saya?" soalku selamba dengan tenang. Aku dapat rasakan Ziki dan Jazz mula cemas mendengar apa yang aku baru katakan. Uncle Regarl senyap seketika dan dia secara tiba-tiba tersenyum sinis.

"Haih... Kamu memang tajam seperti selalu Raykarl. Hanya nasihat dari uncle, selain dari pengalaman dari ibu kamu... Kamu sentiasa hidup serba lengkap dan mewah. Mustahil untuk kamu terus bertahan dalam keadaan begini. Lambat laun... Kamu akan rasai kesusahan orang bawahan," balas Uncle Regarl.

"Dan saya sentiasa bersedia. Semua ni cuma sementara. Saya takkan kekal macam ni. Saya cari sendiri cara untuk saya bangkit berbeza dari cara lelaki tu," balasku tenang.

"Haih... Impian yang sangat tinggi. Sememangnya segalanya sangat indah sebagai remaja ha? Tapi dunia dewasa tidak semudah yang kamu bayangkan. Untuk berjaya seperti bapa kamu... Kamu perlu kotorkan tangan," balasnya sinis sambil menjeling ke arah Ziki dan Jazz. Aku mengerutkan dahi. Aku tahu dia sudah mula menyasarkan Ziki dan Jazz sebagai taruhan.

Fearless Where stories live. Discover now