3| Pelik

16 2 0
                                    

Part 3
Hyungwon pun berkata 'tadi masa perempuan tu dekat aku...aku rasa macam ada yang tak kena dengan perempuan...bila dia dekat dengan aku...aku rasa macam tak suka tengok dia...rasa macam musuh...aku rasa takut dan tak suka dia dekat dengan aku...dan badan dia pun ada satu bau yang pelik....masa dia sentuh pipi aku tu...aku rasa tajam padahal kuku dia aku tengok pendek...tu lah sebab kenapa aku lari dari dia tadi....' kata Hyungwon.

'Biar betul apa yang kau cakap ni....' kata Wonho. 'Bau? Bau yang macam mana? ' tanya Jooheon. 'Entah lah...aku tak tahu nak cakap macam mana....bau dia tu buat aku rasa tak suka dekat dengan dia...rasa benci...' kata Hyungwon. 'Pelik nya...apa kata biar aku cuba dekat dengan dia...setuju tak....aku boleh try tengok ada yang tak kena ke dengan dia tu....' kata Minhyuk. 'Ok lah jugak...kau kan friendly....nak aku teman sekali ke? ' kata Kihyun.

'Ok lah jugak...nanti kita pergi' kata Minhyuk. Shownu yang dengar penjelasan Hyungwon hanya terdiam dan langsung tak bersuara. Wonho perasan dengan tingkah-laku Shownu. 'Hyung.....kenapa senyap jer...ada yang tak kena ke? ' kata Wonho. Shownu menggelengkan kepalanya. 'Berdasarkan apa yang Hyungwon cakap entah-entah kumpulan....kenapa diaorang datang kat sini....bukan ke diaorang dah mati....' kata Shownu dalam hati.

IM dengar apa yang Shownu cakap tapi hanya mendiamkan diri. 'Siapa yang Shownu hyung maksud kan? Siapa yang datang? Siapa yang dah mati? ' kata IM dalam hati. 'Weh...tu perempuan nya...korang pergi lah..aku tak sanggup....' kata Hyungwon sambil tunjuk ke arah perempuan tadi. 'Jom Kihyun....korang tunggu ye berita dari kitaorang...' kata Minhyuk. Minhyuk dan Kihyun pun mendekati perempuan itu.

Perempuan itu bersama dengan seorang lagi perempuan. 'Hai...awak' kata Minhyuk sambil lambaikan tangan. 'Ouh...hai' kata perempuan itu. 'Nama saya Minhyuk...yang kat sebelah ni adik saya nama dia Kihyun....' kata Minhyuk. Kihyun pun melambaikan tangan. 'Ouh...nama saya Yuqi....yang ni kakak saya Miyeon....' kata Yuqi. 'Awak kenal tak yang duduk kat kerusi tu...yang awak tegur tadi tu...' kata Minhyuk sambil tunjuk ke arah Hyungwon.

Yuqi memandang Hyungwon. Hyungwon dengan pantas mengalihkan pandangan nya dari dipandang oleh Yuqi. 'Ouh...yang lari tadi...masa saya tegur dia tadi...kenal...saya tegur dia sebab saya dengar dia sama kos dengan saya...kos perubatan..jadi saya cuba nak berkawan dengan dia tapi dia lari pulak...kenapa dengan dia? ' tanya Yuqi. 'Ouh...tak de apa-apa...dia tu pemalu sikit orangnya...sebab tu kot....dia tu jarang ada kawan...sebab tu dia lari tadi...sebab tak biasa...sorry lah...' kata Kihyun.

'Apa nama dia? ' tanya Yuqi. 'Nama dia Hyungwon...dia adik kitaorang...' kata Minhyuk. 'Ouh...kakak saya ni ambil kos masakan...' kata Yuqi. 'Eh...kebetulan pulak saya pun kos masakan...' kata Kihyun. 'Ouh...kelas kos masakan tu banyak perempuan berbanding lelaki....sebab memasak tu kan kerja perempuan...jadi kelas masakan tu tak ramai lelaki...awak tak kesah ke berada di kelas yang ramai perempuan...' tanya Miyeon.

'Saya tak kesah pun...saya dari kecil lagi memang minat memasak...' kata Kihyun. 'Awak pulak Minhyuk...kos apa? ' tanya Yuqi. 'Saya ambil bidang entertainment....saya tak minat belajar...jadi saya ambil lah kos ni...kos yang paling senang....belajar berlakon, menyanyi dan macam-macam lagi lah....' kata Minhyuk.

'Ouh....kakak saya ada yang ambil bidang entertainment...nama dia Soyeon...nanti dalam kelas mungkin boleh terserempak...nanti awak tegur lah dia...tapi dia tu agak garang sikit mukanya harap awak boleh lah tahan dengan muka dia tu' kata Yuqi sambil senyum kecil.

'Ok...dah lah...nanti kita berjumpa semula....bye...' kata Kihyun. Mereka pun beredar dari situ dan kembali ke meja adik-beradik nya. 'Macam mana ada yang tak kena tak? ' kata Hyungwon. 'Aku tadi berborak dengan dia tak de pun bau yang pelik pun.....nama dia Yuqi....dan satu lagi...dia sama kos dengan kau....' kata Kihyun.

'Apa!? ' terkejut Hyungwon. 'Tak nak...aku tak boleh...aku nak tukar bidang...aku tak boleh berdepan dia tu...aku tak sanggup lah....boleh lagi ke nak tukar kos....Jooheon jom teman aku pergi tukar kos...aku tak sanggup...Jom...Jom' kata Hyungwon sambil berdiri dan tarik tangan Jooheon.

'Weh! Weh! Weh! Apa ni tarik-tarik! Kau duduk dulu hyung...Duduk! ' kata Jooheon. Hyungwon pun duduk. 'Weh...rilek lah....jangan lah sebab Yuqi tu..kau nak tukar kos...kos yang kau ambil ni penting tau...jadi jangan lepaskan peluang kau....nanti menyesal baru tahu' kata Wonho.

'Tapi....' kata Hyungwon terpotong. 'Dah....apapun jangan tukar kos...nanti hyung menyesal baru tahu....hyung cuba lah tahan...ataupun jangan rapat dengan dia....' pujuk IM.

'Ok lah kalau korang dah cakap macam tu....aku cuba tahan...kalau aku tak boleh macam mana...' kata Hyungwon risau. 'Tak pe kau mesti boleh tahan punya...' kata Wonho. Shownu hanya mendengar adik-adiknya berborak. 'Aku perlu ke bagitahu diaorang pasal ni...aku takut dioarang akan tak suka dengan apa yang aku akan bagitahu ni...macam mana ni' kata Shownu dalam hati. IM dengar kata-kata Shownu.

'Apa sebenarnya yang Shownu hyung sorokkan....aku kena tanya dia sendiri...' kata IM sambil pandang Shownu. Jooheon perasan IM pandang Shownu. 'Woi...kau asyik tenung Shownu hyung kenapa...handsome sangat ke muka Shownu hyung tu... ' kata Jooheon sambil tampar perlahan pipi IM. 'Aduh...sakit lah hyung...' kata IM. 'Aikk...bukan kuat pun...apa yang sakit....' kata Jooheon. 'Kihyun hyung...tengok Jooheon hyung ni...tampar orang tiba-tiba...' manja IM. Kihyun menggelengkan kepalanya.

Tiba-tiba....

(Apakah yang akan berlaku pada part seterusnya?)
(Jangan lupa undi, follow dan komen tau)
Sambung Part 4

7 Handsome VampireWhere stories live. Discover now