Part 1
(7.00 pagi)Kihyun sedang menghidangkan makanan di atas meja makan. 'Korang...cepat lah turun makan....nanti kita dah nak pergi daftar masuk universiti ni....' kata Kihyun sambil meletakkan mangkuk makanan. Tiada jawapan. 'Ish....korang ni kan....nak kena sorang-sorang...tunggu korang...' geram Kihyun.
Selepas selesai hidang makanan atas meja, Kihyun menutup matanya dan teleport ke dalam bilik Shownu. 'Hyung bangun lah hyung...aku dah masak...cepat bangun...' kata Kihyun sambil menggoncangkan badan Shownu. 'Ye...sabarlah...aku dah bangun dah ni...kau ni terkejut aku....tiba-tiba jer muncul....' kata Shownu mamai. 'Dah..bangun...aku pergi bilik lain pulak...kalau tak kejut tak nak bangun langsung...' geram Kihyun.
Kihyun pun teleport ke bilik Wonho. Wonho yang baru keluar dari bilik air terkejut dengan kemunculan Kihyun yang tiba-tiba. 'Haisshhh....Kihyun...gugur jantung aku Kihyun....kau masuk ikut pintu tak boleh ke...' kata Wonho terkejut. 'Aku nak panggil korang pergi ma....' kata Kihyun terpotong. 'Pergi makan....ye aku tahu...tadi masa jerit kau panggil kitaorang tadi aku dah lama bangun....' kata Wonho.
'Habis tu kenapa hyung tak jawab...bila aku panggil...' tanya Kihyun. 'Malas nak jawab...' kata Wonho sambil senyum kecil. Kihyun pun jelingkan matanya. Kihyun kemudian teleport ke bilik Minhyuk. 'Hah...ni lagi sorang....kalau tak kejut tak ingat nak bangun...' kata Kihyun. Kihyun terus tarik selimut Minhyuk dan tarik tangan Minhyuk. Minhyuk terus duduk dengan mata yang belum terbuka.
'Eh.....hyung...bangun lah...aku dah masak....pergi mandi...nanti lambat nak gerak ke universiti' kata Kihyun. 'Ye...ye...aku nak mandi lah ni...kau keluar lah dulu....' kata Minhyuk mamai. Minhyuk gerakkan tangan nye ke pintu dan pintu bilik terbuka sendiri. Minhyuk menolak Kihyun keluar dari bilik menggunakan kuasa nya dan pintu bilik tertutup semula.
'Aikk...dia halau aku macam tu jer...sabar jer lah...' kata Kihyun. Kihyun teleport ke bilik Hyungwon. 'Hyungwon bangun lah....ish budak ni...nah ambik kau....' kata Kihyun dan terus menampar bontot Hyungwon. Hyungwon terkejut kesakitan....'aduh....arghhh....sakitlah hyung...kejut lah elok-elok...' kata Hyungwon sambil menggosok bontot nya yang kesakitan.
'Macam mana aku nak kejut elok-elok kalau dah seribu kali aku kejut tak nak bangun-bangun....padan muka kau....dah..dah...pergi mandi cepat...aku ade masak makanan kegemaran kau...kalau lambat bye...bye' kata Kihyun. Hyungwon yang dengar kata-kata Kihyun terus ambil tuala dan masuk ke dalam bilik air. Kihyun menggelengkan kepalanya.
Kihyun kemudian teleport ke bilik Jooheon. Jooheon sedang melihat telefonnya di atas katil. 'Haishhh...Kihyun hyung...kenapa muncul tiba-tiba nasib baik telefon aku tak tercampak....ikut pintu tak boleh ke? ' kata Jooheon terkejut. 'Suka hati aku lah...kuasa aku...yang kau ni...dah bangun tu pergi lah mandi lepas tu sarapan....yang kau tengok telefon lagi dah kenapa? ' kata Kihyun sambil menyilangkan tangannya.
'Alah...hyung ni...sabar lah...aku baru membuka mata dari tidur...nak bagi mata aku segar dulu...rilek lah...' kata Jooheon. 'Ouh...rilek...ok..ok...sarapan kau aku habiskan....padan muka...bye' kata Kihyun dan terus teleport ke bilik IM. 'Hah! Hyung jangan habiskan...ok aku mandi...jangan habis kan...' kata Jooheon gelabah. Sesampai di bilik IM, IM sedang menyikat rambutnya dan telah memakai pakaian untuk ke universiti.
'Hah....bagus adik aku sorang...tak payah dikejutkan dah pandai bangun sendiri...' puji Kihyun. 'Mestilah...IM kan memang jenis yang bangun awal...hyung pun tahu kan...hari ni hyung masak apa? ' kata IM. 'Hari ni hyung masak bulgogi, jjajangmyeon, sandwich strawberi dan sandwich manga...tu kan kegemaran IM...' kata Kihyun. 'Apa!? Wah...sedapnya! Jom makan...yay! ' kata IM gembira.
'Jom biar hyung teleport terus ke dapur...cepat pegang tangan hyung...' kata Kihyun sambil menghulurkan tangannya pada IM. IM pun memegang tangan Kihyun dan Kihyun pun teleport ke dapur sekelip mata. 'Yey...makan! ' kata IM dan terus duduk di kerusi. Tak lama kemudian, yang lain pun turun bersama-sama. 'Lambatnya hyung turun...aku dah siap makan dah ni' kata IM.
'Kau ni kan budak...lain kali makan ingat orang belakang dulu boleh tak...dahulukan yang tua ' kata Jooheon. 'Alah...Kihyun hyung kata makan jer dulu...aku pun makan lah....lagipun perut aku dah tak boleh tahan tengok masakan kihyun hyung ni...nampak menyelerakan sangat...' kata IM. 'Pandai menjawab kau ye...' geram Jooheon sambil hendak memukul IM.
IM terus berlari ke arah Kihyun yang sedang membasuh pinggan di dapur. 'Kihyun hyung...tolong IM...harimau dah mengamuk...hyung' kata IM sambil menyorok di belakang Kihyun. 'Eh...budak...kau menyorok kat mana hah...mari sini kau...' kata Jooheon sambil ingin menangkap IM. 'Jooheon dah dah lah...kau pulak yang macam budak kecik...nak main kejar-kejar...IM dah pergi duduk semula kat meja makan....' kata Kihyun.
'Kihyun hyung ni manjakan IM sangat lah....hyung tak layan Jooheon macam tu pun...hermm' merajuk Jooheon. 'Aikkk...itu pun nak merajuk...ye lah...yelah...nanti hyung layan Jooheon macam tu jugak ok...dah jangan merajuk...dah pergi makan nanti lambat nak pergi universiti....' kata Kihyun. Jooheon pun makan bersama-sama dengan hyung nya yang lain.
(8.00 pagi)
Selepas selesai makan, Kihyun pun mengemas meja makan itu. Mereka semua sedang menunggu Kihyun di dalam kereta. Kihyun pun mengunci pintu rumah dan menyusul masuk ke dalam kereta. 'Jap sebelum kita gerak nah makan ni sorang satu....' kata Shownu sambil memberikan semua satu ketul pil ubat. 'Makan ubat ni...supaya kita tahan dengan bau dan darah manusia...kalau kesan ubat tu hilang...cepat-cepat cari aku...' kata Shownu.Mereka semua pun makan ubat itu. 'Dan satu lagi aku nak ingatkan....korang jangan cepat sangat nak marah...korang tahukan apa akibat kalau korang marah...gigi taring kita akan timbul dan mata kita akan berubah warna...so jangan cepat sangat nak mengamuk...faham tak semua? ' kata Shownu. Semua mengangguk. 'Hyung...' panggil Minhyuk.
Shownu pun pusing memandang Minhyuk. 'Hyung...kuasa kita macam mana pulak' tanya Minhyuk. 'Kuasa kita...tak boleh disorokkan...jadi korang semua kena jaga-jaga...jangan salah gunakan kuasa...kalau guna kuasa untuk tolong orang boleh tapi jangan guna untuk kejahatan...dan jangan bagitahu sesiapa tentang kuasa kita...faham tak? ' kata Shownu. Semua mengangguk. 'hyungwon dah gerak lah...nanti lambat pulak...' kata Shownu. Hyungwon pun start drive kereta.
Skip sampai
Mereka semua....(Apakah yang akan berlaku pada part yang seterusnya?)
(Jangan lupa undi, follow dan komen tau)
Sambung Part 2
YOU ARE READING
7 Handsome Vampire
VampirVampire adalah makhluk mitos. Tak kesemua manusia mempercayai kewujudan vampire. Manusia mengatakan bahawa vampire adalah seekor makhluk penghisap darah dan kejam. Tetapi tidak semua vampire kejam seperti yang diwar-warkan oleh manusia. Ada satu ku...