Part 9
Kemudian, Minhyuk cuba menulis lirik lagu. Minhyuk dalam kesusahan...Minhyuk tak tahu nak tulis apa. Minhyuk mengaru kepalanya dengan menggunakan pen. Soyeon nampak Minhyuk dalam kesusahan. 'awak tak apa-apa ke....susah ke nak buat lirik....nampaknya awak tak boleh jadi Songwriter lah kalau macam ni' kata Soyeon sambil senyum kecil. 'Tulah...saya rasa saya mahir dalam berlakon dan menyanyi lah...tak apa biar jer saya try buat sendiri....' kata Minhyuk.Soyeon mengangguk. Selepas 20 minit, 'ok...anak-anak sekarang hantar kertas lirik awak semua...saya akan nilai semua lirik awak...awak semua ada 150 orang tapi hanya 2 orang sahaja yang akan terpilih menjadi Songwriter' kata Pn. Yuju. Jooheon mengangkat tangannya. 'Pn. Yuju...puan kata sorang jer yang akan jadi Songwriter...kenapa tiba-tiba 2 orang pulak' tanya Jooheon. 'Saya pilih 2 orang Songwriter sebab awak semua ni ramai jadi saya akan dua orang jadi Songwriter...' kata Pn. Yuju.
Skip waktu rehat
(10.30 pagi)
Hyungwon berjalan di kafeteria mencari adik-beradik nya. Hyungwon pandang ke hadapan ke belakang tak nampak langsung kelibat mereka. Tiba-tiba ada yang menegurnya dari belakang. 'Hyungwon! ' panggil Jeonghan dalam nada sergah. 'Aishhhh....terkejut aku...kau ni kan Jeonghan nakal betul...' terkejut Hyungwon sambil mengelus dadanya.'Kau tengah cari siapa...dari tadi lagi aku perhatikan kau...' kata Jeonghan. 'Ouh...aku tengah cari hyung aku...mana tah diaorang duduk...jom teman aku cari kat belakang sana tu...' kata Hyungwon. 'Ouh....ok jom lah...' kata Jeonghan. Mereka berdua berjalan ke kerusi paling belakang. Anak mata Hyungwon tertangkap satu sosok yang sedang duduk di kerusi yang membelakangi dirinya. 'Hah! Tu lah diorang....'kata Hyungwon.
Hyungwon berlari kecil ke arah hyungnya. 'Shownu hyung...!' panggil Hyungwon dari kejauhan. Shownu berpaling ke arah suara yang sedang memanggil namanya. Ketika hampir saja mendekati adik-beradik nya, langkah Hyungwon terhenti. Matanya membulat besar. Jantungnya berdegup laju. Nafas Hyungwon tercungap-cungap. Hyungwon nampak ada 6 orang perempuan sedang duduk berhadapan dengan adik-beradik nya.
Siapa lagi kalau bukan G-idle? Hyungwon dapat merasakan aura negatif dari keenam perempuan itu. Aura negatif yang membuatkan dirinya ketakutan, benci terhadap mereka semua. 'Eh....hyungwon kenapa tak duduk lagi....meh lah sikit makan sekali....' kata Minhyuk sambil menepuk kerusi di sebelahnya. 'Hyungwon kenapa dengan kau? Hyung kau panggil tu...' kata Jeonghan dari belakang. Hyungwon masih berdiri tegak langsung tak berganjak sedikit pun.
Adik-beradik nya berasa pelik dengan sikap Hyungwon termasuk jugak 6 perempuan di hadapan mereka. Hati Hyungwon semakin bergelora dengan perasaan takut dan benci. Anak matanya mula berubah warna merah cerah. Kulit Hyungwon semakin memutih pucat. Gigi taring Hyungwon mula menampak disebalik bibirnya. Shownu yang perasan dengan perubahan diri Hyungwon terus berdiri dan menarik Hyungwon pergi dari situ.
Shownu menarik Hyungwon pergi ke belakang kafeteria. Hyungwon masih lagi dalam keadaan tak sedar. 'Hyungwon kau ok tak ni? ' kata Shownu. Hyungwon masih senyap. Shownu memegang kedua bahu Hyungwon dan mengoncang perlahan badan Hyungwon. Hyungwon tersedar dan sekelip mata sahaja warna mata, gigi taringnya dan kulitnya berubah kepada asal semula. 'Kau ok tak ni...' kata Shownu sambil memandang dalam muka Hyungwon.
Hyungwon terdiam dan menggelengkan kepala. 'Apa yang kau rasa tadi? ' kata Shownu. 'Entah lah hyung...aku dapat rasakan aura negatif dari semua perempuan yang duduk kat depan hyung tadi....aura yang sama macam Yuqi....' kata Hyungwon gelisah. 'Kau perasan tak tadi....perubahan diri kau...macam mana kalau diaorang perasan.....' kata Shownu. 'Aku tak perasan langsung perubahan kat diri aku tadi hyung....semua yang berlaku tadi luar kawalan aku....aku tak boleh kawal...' kata Hyungwon.
Shownu menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan satu botol kaca yang didalam nya terdapat beberapa biji ubat. 'Nah makan ni...' kata Shownu sambil menghulurkan dua biji ubat kepada Hyungwon. 'Hyung kenapa sampai dua....banyaknya...' kata Hyungwon. 'Kau nak ke perkara tadi berlaku balik....kau nak identiti kita terbongkar ke? Dah! Kau jangan banyak cakap...sekarang makan ubat ni....' kata Shownu. Hyungwon menghela nafas kasar dan terus menelan dua biji ubat itu.
'Dah kau jangan dekat kan diri kau dengan 6 orang perempuan tu kalau kau tak suka ok....kau pergi makan dengan kawan kau tu....' kata Shownu sambil tunding jari pada Jeonghan. Hyungwon mengangguk. Shownu kembali duduk di kerusi nya. 'Mana Hyungwon hyung? Dia tak makan ke? ' tanya Jooheon dengan mulut yang penuh. 'Hyungwon kata nak makan dengan kawan baru dia....dia segan nak duduk sekali dengan perempuan katanya...aku ikut kan jer lah....dah dia tak nak...takkan nak paksa pulak kan? ' kata Shownu.
'Lah....aku dah belikan sandwich telur ni untuk dia....membazir jer duit aku....' ngeluh Jooheon tak puas hati. 'Kalau kau tak nak bagi aku...aku nak....aku lapar lagi...' kata Wonho sambil menghulurkan tangannya pada Jooheon. Jooheon bagi sandwich itu kepada Wonho. Yuqi memandang adik-beradik nya yang lain sambil sengih kecil. Miyeon faham dengan reaksi Yuqi.
Skip di rumah
Minhyuk sedang membuat dialog untuk teater yang dia akan handle. Minhyuk menghela nafas kasar dan merenggangkan badan nya. 'Arhhhh....sakitnya badan aku...lama sangat duduk...arhhh...' kata Minhyuk sambil memusing pinggangnya ke kiri dan ke kanan. Reaksi muka Minhyuk berubah. Hidungnya terhidu sesuatu yang hangit. 'Apa benda yang hangit ni...' kata Minhyuk sambil menutup hidungnya. Asap tiba-tiba masuk ke celah-celah pintu biliknya.'Aishhh...aku kena pergi tengok ni...' kata Minhyuk. Minhyuk mengangkat tangan memulas tombol pintu dengan kuasa telekinesisnya. Minhyuk berjalan sebalik asap itu dah terus berjalan ke dapur. 'Kihyun...apa yang kau buat sampai berasap satu rumah ni....' kata Minhyuk sambil mengibaskan tangannya. 'Sorry hyung...aku sebenarnya tengah cuba masakan baru yang lecturer aku ajar tadi...tapi tak jadi pulak....uhuk...uhukk' kata Kihyun sambil berbatuk-batuk.
'Kihyun hyung...kau buat apa kat bawah tu...berasap rumah woi! ' kata Jooheon dari atas tangga. Yang lain-lain jugak turut mengintai dari atas. 'Hyung....nak bakar rumah ni ke apa? ' kata IM. 'Bila masa pulak...aku cuma nak cuba buat resipi makanan baru...tapi tu lah...tak jadi...' kata Kihyun sambil sengih tawar. 'Sorry...sorry...buat korang terkejut...' kata Kihyun. 'Kihyun...hati-hati sikit...' kata Shownu. 'Betul tu....jangan sampai terbakar pulak dapur tu...' sambung Wonho. 'Apalah hyung ni...buat gelabah jer....' kata Hyungwon.
'Sibuk lah kau....nanti kau jugak yang mencekik makanan yang aku masak...hermmm! ' geram Kihyun. 'Eleh...cakap sikit jer nak terasa...Wonho hyung tengok Kihyun hyung tu....marah kita pulak....' kata Hyungwon manja. 'Kau pun satu...kalau tak menyakat Kihyun tak sah....dah...dah...semua masuk bilik masing-masing....' kata Wonho. 'Hyungwon pergi tolong kemas sana...' kata Shownu. 'Errr....eh...aku lupa aku ada assignment nak kena buat....bye....' kata Hyungwon dan terus berlari masuk ke dalam bilik nya.
'Hyungwon hyung!! Lari pulak kau...alasan jer tu...' marah IM. Shownu menggelengkan kepalanya. 'IM kau lah pergi tolong Kihyun kemas...' kata Shownu. 'Ok...hyung...' kata IM. Mereka semua pun masuk ke dalam bilik masing-masing.
Keesokkan harinya....
(Apakah yang akan berlaku pada part seterusnya?)
(Jangan lupa undi, follow dan komen tau)
Sambung Part 10
YOU ARE READING
7 Handsome Vampire
VampireVampire adalah makhluk mitos. Tak kesemua manusia mempercayai kewujudan vampire. Manusia mengatakan bahawa vampire adalah seekor makhluk penghisap darah dan kejam. Tetapi tidak semua vampire kejam seperti yang diwar-warkan oleh manusia. Ada satu ku...