10| Cari

5 2 0
                                    

Part 10
Keesokan harinya, Shownu sedang membuat assignment dengan laptopnya di taman universiti. Dia duduk di sebuah pondok kecil yang telah tersedia kerusi dan meja kayu. Shownu mengetik keyboard nya. Seseorang menegurnya. 'Shownu....' panggil Shuhua sambil mengangkat beg laptopnya di bahu. Shownu menoleh ke arah suara yang memanggilnya.

'Ehh...Shuhua...awak pun nak buat assignment ke?' tanya Shownu. 'Memang lah habis tu buat apa saya bawak laptop ni...ishhh awak ni kan...' Kata Shuhua sambil duduk di hadapannya. 'Hehehe....sorry' kata Shownu sambil mengaru kepala nya. 'Shownu....apa nama adik awak yang semalam tu....masa kat kantin tu' tanya Shuhua sambil menghidupkan laptopnya. 'Ouh..hyungwon...kenapa?' kata Shownu.

'Tak de lah...saya saja je tanya...kenapa dia tu macam takut dengan kitaorang....' tanya Shuhua. 'Errr....entah lah...dia tu pemalu sikit...dia tak pandai bergaul dengan orang...tu memang sikap dia...saya pun tak boleh ubah...' kata Shownu sambil mengangkat kedua bahu. 'Ouhhhh....tapi dia tu boleh tahan handsome jugak...comel...tinggi pulak tu...memang lelaki idaman saya...' kata Shuhua tersengih malu.

Shownu menghela nafas kasar. 'Dia memang handsome pun...tapi tu lah sikap dia tak padan dengan rupa dia...' kata Shownu. 'Hahahaha...' gelak Shuhua. Shownu balas dengan senyuman kecil. Suasana menjadi hening dengan desupan angin lembab. Daunan pokok berterbangan dan perlahan jatuh ke tanah. Tiba-tiba Shownu teringat dengan apa yang Hyungwon katakan semalam.

'Kalau betul lah apa yang Hyungwon cakap....jadi diaorang ni mesti Werewolf....aku kena test kalau betul diaorang ni Werewolf...' kata Shownu dalam hati. Di sisi Shownu terdapat satu pen milik Shuhua. Shownu berpura-pura seperti mahu mengambil beg laptopnya yang terletak di sisi meja kayu. Ketika Shownu mengangkat beg nya dan dengan sengaja melanggar pen itu. Pen itu terjatuh ke lantai. 'Sorry...terjatuh pulak' kata Shownu.

'Tak pe....' kata Shuhua. Dia menunduk ke bawah meja dan ingin mengambil pen itu. 'Eh...tak pe saya boleh ambil kan' kata Shownu sambil menunduk ke bawah meja juga. Shuhua mengambil pen itu...pada masa yang jugak Shownu jugak memegang pen itu dan jarinya sengaja menyentuh kuku Shuhua. Shuhua bagaikan tersentak dan terus berdiri.

'Jangannn pegang kuku akuuuuu....!!' marah Shuhua. Tiba-tiba saja personaliti Shuhua berubah dari biasa. Suaranya jugak berubah nyaring. Shownu terkejut dengan perangai Shuhua yang garang itu. 'Ma...maaf saya tak sengaja tengking awak...saya sensitif sikit kalau orang lain pegang kuku saya...sebab saya baru jer cat kuku saya...sorry tau...awak jangan lah ambil hati pulak...' kata Shuhua yang kembali lembut. 'Ouh saya pun nak minta maaf sebab tersentuh kuku awak...saya tak tahu yang awak sensitif bila orang sentuh kuku awak...' kata Shownu. Shuhua mengeleng kepala sambil senyum kecil.

Pov IM
IM berjalan di sebalik dedahan pokok mencari sesuatu. TANGGG!! 'Aduhhh! Sakit nya...arghh! ' kata IM sambil menggosok dahinya yang terhantuk pada dahan pokok. 'IM kau tak apa-apa ke? Jangan lah tergesa-gesa sangat kan dah terhantuk...' kata Soojin sambil memegang tangan IM. 'Aku kena cari cepat mana kunci tu...kotaknya aku dah jumpa sekarang aku nak cari kunci nya pulak...' kata IM sambil melihat di sekeliling nya.

'Rilek lah...aku dah jumpa pun...nah..' kata Soojin sambil hulurkan kunci itu. 'Woahhh...kau dah jumpa kenapa tak bagi tahu aku...' kata IM sambil mengambil kunci itu. IM terus masukkan kunci ke dalam lubang kotak tersebut. Ktikkk!! Kotak itu terbuka. Terdapat sekeping kertas yang terlipat. Soojin mengambil kertas itu dan membuka lipatannya.

Besi lembut dicari seseorang,
Kerusi kayu dipatah jemu,
Tempat kegemaran ramai orang,
Empat segi banyak ilmu.

'Apa maksudnya ni? ' kata Soojin sambil mengerut dahinya. 'Tempat kegemaran orang...empat segi banyak ilmu...Hahh! Aku tahu kat mana jom ikut aku...' kata IM dan terus berlari ke dalam universiti manakala Soojin menyusul IM di belakang. IM dan Soojin berlari menaiki tangga tingkat 3. Belok ke kiri..belok ke kanan. Akhirnya, mereka berdua sampai.

Mereka berdua berhenti ni depan pintu masuk. 'Kau pasti ke kat sini...kat perpustakaan? ' tanya Soojin curiga. 'Ye aku pasti...kalau kau tak percaya jom kita masuk dan kita akan tahu jawapan nya...' kata IM sambil memegang tombol pintu. Mereka melangkah masuk ke dalam perpustakaan. Terdapat seorang wanita sedang berdiri tegak di hadapan mereka sambil membelakangi mereka berdua. Wanita itu berpaling menghadap IM dan Soojin.

'Tahniah...korang grup pertama yang sampai ke sini...masa kamu berdua adalah 6 minit 36 saat...agak cepat ya...korang dah cipta rekod baru...' kata Detektif Mina sambil tepuk tangan. 'Yey...kita menang! ' kata Soojin teruja. IM pula hanya tersenyum gembira. 'Macam mana kamu tahu petunjuk yang terakhir tu adalah perpustakaan? ' tanya Detektif Mina. 'Empat segi banyak ilmu...empat segi tu buku dan banyak ilmu tunjuk kepada perpustakaan...buku di perpustakaan terdapat banyak ilmu untuk semua orang...' jelas IM.

Detektif Mina mendekati IM...memegang kedua-dua bahu IM. 'Changkyun...kamu sungguh bijak..saya suka pelajar seperti kamu ni...mulai dari hari saya akan lantik kamu sebagai ketua detektif pelajar...' kata Detektif Mina mendalam. 'Terima kasih Detektif Mina...saya sangat berbesar hati menerima lantikan itu...' kata IM menundukkan badannya.

'Ini lencana ketua detektif pelajar...jangan lupa pin pada baju kamu...ok' kata Detektif Mina sambil menghulurkan lencana itu. IM mengambil lencana itu dan dipinkan pada baju nya. 'Dan satu lagi disebabkan kamu berdua juara treasure hunt tahun ni...saya akan belanja kamu berdua makan kat kafeteria waktu rehat nanti..' kata Detektif Mina.

Mereka berdua pun keluar dari perpustakaan dan berjalan ke taman universiti. 'Hebat doh kau...' kata Soojin. 'Mana ada biasa jer....kebetulan je tu...' kata IM menafikannya. Dari kejauhan Soojin ternampak seseorang yang duduk di pondok kecil itu. 'Eh..tu Shuhua lah...' kata Soojin sambil tunjuk ke arah pondok itu. IM pun menoleh ke pondok itu dan ternampak Shownu di situ juga. 'Shownu hyung lah...jom kita tengok diaorang berdua kat sana...' kata IM.

Mereka berdua....

(Apakah yang akan berlaku pada part seterusnya?)
(Jangan lupa undi, follow dan komen tau)
Sambung Part 11

7 Handsome VampireWhere stories live. Discover now