8| Dekat

10 2 0
                                    

Part 8
Miyeon pun berkata 'Bagus...dia lah budak yang Eomma maksudkan tu...' kata Miyeon. 'Kenapa dengan dia? ' tanya Soyeon. 'Masa Eomma dan Appa  berlawan dengan keluarga Vampire dulu...Eomma tak sengaja tercicirkan ubat pengesan keluarga kita....ubat dijumpai oleh seorang budak kecil yang ada kat situ masa tu tanpa sengaja...dan budak kecil pergi telan ubat tu....Eomma sebenarnya nak bawa balik budak kecil tu....tapi tak sempat...sebab abang diaorang yang sulung dah bawak budak kecil tu lari...dari situ...budak kecil tu Hyungwon...' kata Miyeon.

'Kalau macam tu...apa penting sangat tentang hal tu....' kata Soyeon. 'Penting lah sebab dia boleh kesan keberadaan keluarga kita...jadi bahaya...kita kena berhati-hati dengan Hyungwon...jangan sampai identiti kita terbongkar....' kata Miyeon serius. 'Ok...Unnie...' kata semua serentak.

Skip esok pagi
Pov Monsta X
Mereka pergi ke universiti seperti biasa dan makan ubat yang Shownu bagi. Mereka masuk ke kelas seperti biasa.

Pov Kihyun
Kihyun masuk kelas....'hai guy...awal korang datang hari ni....korang Borak apa tu....' kata Kihyun sambil duduk ke kerusinya. 'Tak apa-apa...kitaorang tengah bincang pasal pilih ahli kumpulan yang Pn. Yena suruh semalam...satu team 4 orang...' kata Haewon. 'Kitaorang bertiga dah berbincang nak kau jadi ahli keempat kitaorang.....kau setuju tak' kata Miyeon. 'Ehh...mestilah setuju sangat....lagi pun best kalau dapat satu team dengan korang bertiga....' kata Kihyun.

Pov Wonho
Mereka semua berkumpul di padang sekolah untuk mulakan latihan sukan. 'Wehhh....tunggu aku....' kata Wonho sambil mendekati Changbin dan Minnie yang sedang panaskan badan. 'Nasib baik kau sempat...latihan dah nak start ni....' kata Changbin. Mereka bertiga pun memanaskan badan dan berlari satu bulatan di padang. Mereka bermain bola ragbi kecuali perempuan. Perempuan main badminton.

Wonho dan pelajar lelaki sedang bermain bola ragbi dan saling merampas bola ragbi kemudian dicampakkan ke gol. Bila tiba masa Wonho pegang bola, pelajar lelaki itu menindih Wonho dan menyebabkan Wonho susah untuk bergerak. 'Arghh...tak boleh macam ni..kalau macam lama-lama kalah teruk nanti kumpulan aku...jadi aku terpaksa guna kuasa aku...harap tak de yang perasan...' kata Wonho dalam hati sambil menahan bola dalam pelukannya.

Wonho terus guna kuasa kuatnya. Wonho berdiri dan menolak pelajar lelaki di situ hingga mereka terjatuh ke atas rumput. Selepas mereka jatuh di atas rumput, Wonho terus mencampakkan bola ragbi ke gol. Selepas habis bermain bola ragbi...pelajar lelaki berehat di tepi padang. Wonho meminum air dan mengelap peluhnya.

'Weh...Wonho kuat gila kau...boleh tolak budak-budak tadi...Mantap lah...disebabkan kan kau kumpulan kita menang...' puji Changbin sambil menepuk bahu Wonho. 'Mestilah kuat kau tengok lah otot aku ni...berketul-ketul kot...takkan tak kuat kan....' berlagak Wonho sambil tunjuk ototnya. 'Tapi budak-budak tadi pun berotot jugak tapi kenapa boleh kalah...diaorang ramai dan kau sorang jer tapi kau boleh tolak mereka semua yang berotot tu...dengan senang...apa rahsia kau...' tanya Changbin.

'Rahsianya....kau kena banyak makan dan selalu pergi gym...' kata Wonho. 'Ouh...ok aku cuba buat apa yang kau suruh...' kata Changbin.

Pov Hyungwon
Hyungwon sedang berjalan pergi ke lab...'Hyungwon...tunggu aku....' panggil Jeonghan dari kejauhan. Hyungwon pun berhenti berjalan. 'Aku tunggu kau lama dah...tapi kau tak sampai-sampai...jadi aku gerak lah dulu....' kata Hyungwon. 'Jahat lah kau ni...bukan nak tunggu aku..hermmm' kata Jeonghan. 'Ye lah...Ye lah...lain kali aku tunggu kau...jangan lah marah...' kata Jeonghan. Jeonghan pun tersenyum.

Sesampai di lab, Hyungwon dan Jeonghan duduk barisan paling hadapan. Prof Eric pun masuk ke dalam lab. 'Ok...anak-anak hari ni kita akan buat kerja berpasangan lelaki dan perempuan ok...saya yang akan tentukan pasangan awak semua secara random' kata Prof Eric. Prof Eric menyebutkan pasangan masing-masing hingga tiba giliran Jeonghan dan Hyungwon. 'Jeonghan bersama Yunjin...Hyungwon bersama Yuqi...' sebut Prof Eric.

Hyungwon terkejut terus membulatkan matanya. 'Apa!? Aku dengan Yuqi?! ' bisik Hyungwon. Jeonghan terdengar apa yang Hyungwon bisikan. 'Kenapa kau tak suka ke...cuba tanya Prof Eric boleh tukar pasangan tak...' kata Jeonghan. Hyungwon dengan pantas terus mengangkat tangannya. 'Ye...Hyungwon...kenapa? ' kata Prof Eric.

'Saya nak tukar pasangan boleh tak? ' kata Hyungwon. 'Tak boleh tukar dah sebab saya dah tulis nama pasangan masing-masing kat kertas ni...' kata Prof Eric sambil tunjukkan kertas tersebut. 'Aduh....macam mana ni....' gelabah Hyungwon dalam hati. 'Dah sekarang awak semua dah boleh pergi ke pasangan masing-masing ye..' kata Prof Eric. Semua pelajar pun bergerak dari meja. Hyungwon tak berganjak langsung dari tempat duduknya.

Yuqi mendekati Hyungwon dan terus duduk di sebelah Hyungwon. 'Hai...Hyungwon....' kata Yuqi sambil duduk kerusi sebelah Hyungwon. Hyungwon terkejut 'awak jangan dekat sangat dengan saya...jangan buat saya rasa takut...jauh sikit kerusi awak dari saya...' kata Hyungwon tidak memandang Yuqi. Yuqi pun ikut apa yang Hyungwon arahkan. 'Ok dah...' kata Yuqi.

Pov Minhyuk dan Jooheon
'Weh...Jooheon...kau dah buat ke belum lirik lagu yang Pn. Yuju suruh tu...lirik tu buat random jer kan...' tanya Minhyuk sambil melihat kerja lirik Jooheon. 'Ish...ye..hyung ni..Pn.Yuju dah terangkan dua kali kan....buat lirik random ikut suka hati...lepas tu hantar bagi kau Pn. Yuju...lepas tu dia akan pilih lirik siapa yang nampak menarik....pemenang lirik yang menarik....Pn.Yuju akan lantik dia jadi ketua songwriter...dah jangan tanya lagi...' kata Jooheon.

'Ok...aku tanya je...jangan lah marah...jangan lah serius sangat...' kata Minhyuk sambil monyotkan bibirnya. 'Tak pe...Minhyuk....awak try jer tulis lirik....ikut kemampuan awak....' kata Soyeon. 'Terima kasih Soyeon sebab sokong saya bukan macam yang sebelah ni...sokong saya sikit pun tak de.....hermmm' kata Minhyuk sambil jeling pada Jooheon. Jooheon tak endahkan kata-kata Minhyuk dan fokus menulis lirik.

Kemudian....

(Apakah yang akan berlaku pada part seterusnya?)
(Jangan lupa undi, follow dan komen tau)
Sambung Part 9

7 Handsome VampireWhere stories live. Discover now