Bab1:Aiman

14 1 0
                                    

Aiman melihat ayah dan ibunya bergaduh diruang tamu. Saat itu umurnya masih sangatlah kecil sekitar 3 tahun.

Dibalik celah pintu dia melihat ibunya yang sedang meraung.

"KENAPA ABANG RAHSIAKAN KEPADA SAYA YANG ABANG SEBENARNYA SUDAH KAHWIN!" Aiman melihat ayahnya yang cuba memujuk ibunya dengan sangat lembut.

"Sarah,biar abang jelaskan-" Ibu Aiman menampar wajah ayahnya. "Kau tipu aku! Sekarang,aku nak kau ceraikan aku,Aiman biar aku yang jaga!" Ibu Aiman berjalan menuju ke bilik.

"Sarah...." Pintu ditutup dengan kuat. Ayah Aiman hanya duduk disofa dan mengurut dahinya.

••••••

Kenangan itu tiba-tiba berlegar dikepala Aiman. Sekarang dirinya berada dikubur sambil mendengar bacaan Talqin oleh imam disebelahnya.

Dia juga melihat ayahnya disebelah imam. Dia hanya diam dan melihat kearah kubur. 'Ibu.'

••••••

Habis saja bacaan Talqin,semua penduduk kampung yang membantu mengembumikan jenazah Ibu Aiman keluar dari kubur.

Aiman berjalan keluar dari kubur. Tanpa ia sedari dirinya mengalirkan air mata.

Dia mengelap air matanya itu menggunakan lengan baju Melayunya.

Tiba-tiba bahu Aiman ditepuk oleh seseorang. Dia menoleh kebelakang dan melihat ayahnya.

"Mari ayah hantar Aiman pulang. Aiman siapkan baju,ayah pergi pekan ambil Mama Aina dan Nayla. Nanti ayah datang semula ambil kamu,kita terus gerak ke Kuala Lumpur." Aiman hanya mengangguk dan menuju ke kereta bersama ayahnya.

Ayah Aiman iaitu Dato' Fairuz adalah seorang pengusaha berjaya di Kuala Lumpur. Dato' Fairuz juga sangat terkenal dikalangan orang-orang kaya di Kuala Lumpur.

Sebelum keluar dari perkarangan perkuburan. Aiman membaca Al-Fatihah kepada ibunya.

••••••

Dato' Fairuz menghantarkan Aiman didepan rumah.

"Siapkan pakaian,nanti Ayah ambil,kita terus pergi Kuala Lumpur." Aiman mengangguk faham dan memasuki rumah.

Dato' Fairuz hanya diam dan kasihan melihat anak lelakinya itu. Dato' Fairuz keluar dari kereta dan berjalan menuju kearah Aiman yang sedang membuka manga pintu.

"Aiman,maafkan ayah sebab tiada dalam hidup Aiman selama 12 tahun. Aiman membesar tanpa kasih sayang ayah dan hanya mendapat kasih sayang ibu. Kalau boleh,nanti di Kuala Lumpur, ayah harap boleh habiskan masa bersama Aiman." Aiman hanya diam dan memasuki rumah dan hanya diam membisu.

Dato' Fairuz tahu kalau anaknya masih marah kepadanya kerana telah menipu ibunya. Dato' Fairuz memasuki kereta dan pandu kereta menuju ke pekan.

Aiman mengambil bagasi 2 bagasi miliknya dan mengeluarkan semua pakaiannya di dalam almari.

Dia melipat bajunya dan menyusun didalam bagasi. Selesai saja menyimpan baju didalam bagasi. Dirinya berjalan keluar dari bilik untuk melihat apa saja yang ada didapur.

Dia melihat ada 5 biji telur dan kicap didapur.

Dia merebus kelima biji telur itu didalam periuk besi lalu menutup periuk itu. Dia berjalan menuju kearah bilik arwah ibunya.

Kini sepi bilik itu tiada sosok ibunya yang selalu berada dibilik itu. Mengalir air matanya tanpa dia sedar.

Dia membuka almari bilik ibunya dan mengambil dompet ibunya serta tabung.

Dia menyimpan barang itu didalam bagasinya.

Dia memasukkan dumbell miliknya didalam bag galas berwarna hitamnya.

The Fighter:TigerWhere stories live. Discover now