Bab5:Junior yang kurang ajar

10 0 0
                                        

Aiman berada di balai polis. Dia melihat ayahnya dan mama sedang melihat dirinya.

"Aiman,jelaskan kepada ayah? Kenapa Aiman bergaduh dengan lelaki itu?" Aiman hanya diam tidak menjawab.

"HAHAHAHAHAHA! Aiman itu hebat tau!" Bang Iz memegang bahu ayahnya. Ayahnya melihat bang Iz dengan geram.

Bang Iz duduk disebelah Aiman dan dimarahi oleh ayahnya. "Aiman,Izman, kamu berdua ni ayah tengok sama saja,suka bergaduh,boleh tidak kalau kita selesaikan masalah tanpa bergaduh? Abang dan Adik sama saja." Datin Aina menghampiri Dato' Fairuz.

"Nama pun Bapak borek anak rintik." Dato'Fairuz melihat isterinya disebelah. "Sebelum abang cakap begitu,baik abang ingat waktu sekolah dulu abang macam mana? Ingin sayang bagitahu? Imbas kenangan?" Dato'Fairuz duduk ditengah antara Aiman dan bang Iz.

"Jangan salahkan anak kerana suka bergaduh,apa yang Aiman buat benar juga,dia telah selamatkan Jessica daripada menjadi kekasih dengan lelaki itu. Ibu Jessica juga tadi saya bertemu, Datin Normah,marah besar dia kepada Jessica." Aiman hanya menundukkan kepalanya.

"Kes sudah selesai,mari kita balik." Datin Aina membelai kepala Aiman. "Jangan risau Aiman,terkadang Bertarung juga harus jika terpaksa." Aiman hanya mengangguk dan berdiri.

Dato'Fairuz pula memegang tangan isterinya kerana malu diceramahi oleh isterinya.

"Sudah Aiman,abang percaya dekat kamu." Bang Iz memeluk leher Aiman dan berjalan keluar dari balai polis.

Aiman melihat Jessica yang juga berada didepannya. Jessica hanya diam dan malu untuk menatap wajah Aiman.

Aiman faham dan dia tidak memperdulikan itu.

Dirinya pergi kearah kereta. Dia melihat kak Erin dan Nayla berada dikerata.

Nayla menghampiri Aiman dan menampar Aiman. "ADUH!" Aiman memegang pipinya kerana ditampar kuat oleh nayla. "Bodoh,aku sudah cakap hati-hati dengan Jessica!" Kak Erin memegang badan nayla untuk menahan nayla dari memukul Aiman.

"Maaf Nayla,tak dengar apa yang engkau katakan." Aiman senyum kepada nayla. Seketika semua orang melihat wajah Aiman.

"Apa? Ada yang pelik ke?" Aiman memandang wajah ayahnya. "Kamu boleh senyum?" Kak Erin melihat senyuman Aiman yang sangat manis dan tampan.

"Sudah tentu saya pun manusia." Mereka sekeluarga ketawa terbahak-bahak. Bagi keluarga mereka,lupakan perkara yang lama dan terus maju,kerana itu mereka tidak memarahi Aiman bergaduh kerana baginya itu perkara biasa antara lelaki dan lelaki.

••••••••

Kisah Aiman bergaduh di KLCC membuatkan sekolah menjadi gempar. Para guru risau dan melakukan mesyuarat tentang Aiman dan Jessica

Manakala dari kalangan pelajar sudah mengisytihar Aiman sebagai Raja ke6 dalam sekolah.

Tidak pernah pelajar sekolah bertarung di depan umum dan mereka mengelar Aiman sebagai Hero.

Banyak pelajar ingin mengajak Aiman berduel 1lawan 1 namun Aiman tolak kerana memang Aiman tidak minat dengan pergaduhan tanpa sebab.

Nama Aiman kini telah terkenal dikawasan sekolah dan didengar dari 3 lagi sekolah harimau iaitu SMK Harimau Timur,Barat dan Selatan.

Namun mereka hanya diam dan tidak heboh.

Kini Aiman menjadi terkenal dan ditakuti. Namun bertambah lagi fans perempuannya.

••••••

Aiman duduk di meja sambil menyiapkan kerja rumahnya yang tidak sempat siap.

Disebelahnya ada Akmal yang masih sedang sibuk membaca surat cinta dari pelajar perempuan kepada Aiman.

The Fighter:TigerTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang