Bab3:Salah orang

10 0 0
                                        

Aiman sedang menulis karangan diwaktu rehat. Hari ini dia sedang melakukan diet cutting untuk mengalahkan badan bang Iz.

Sejak berpindah dari Melaka ke Kuala Lumpur,tingkah laku Aiman sedikit berubah. Dirinya yang jarang bercakap kini sudah terbiasa bercakap dengan orang mahupun keluarga. Dirinya juga selalu tersenyum dan ketawa. Namun dia tetaplah Aiman,yang selalu serius walaupun apapun keadaan.

"Aiman,awak tak makan ke?" Aiman melihat perempuan didepannya. "Ouh,Maisarah,saya tak makan,saya sedang lakukan cutting." Aiman tersenyum kepada Maisarah.

Seketika Maisarah jatuh hati kepada Aiman. "Ba...baik! Saya pergi dulu!" Aiman pelik kerana melihat Maisarah yang tiba-tiba malu terhadap dia.

Akmal yang berada disebelah Aiman hanya terdiam dan melihat Aiman. "Kau cutting? Seriuslah!?" Aiman melihat Akmal dimeja sebelah.

"Yes,kenapa?" Akmal melihat Aiman dari kepala ke kaki. "Engkau masih baru ke lakukan cutting ni?" Aiman memainkan pen ditangan kirinya dan mula berfikir.

"Aku sudah terbiasa dengan cutting diet dari darjah 6." Wajah Akmal berubah pucat apabila mendengar Aiman kata seperti itu.

"Kau dulu gemuk ke?" Aiman mengangguk. "Tidaklah gemuk sangat,tapi kalau pakai baju nampak besar. Jadi aku kuruskan badan dan selalu pergi gym." Akmal tak berkata apa-apa.

'Kalau dia main badan,mestilah dia pandai dalam bertarung.' Akmal tersengih dan merapatkan kerusinya kearah Aiman.

"Aiman! Kau ingin kalahkan Malik bukan?" Aiman mengangguk sambil tertuju kearah papan putih untuk menyalin karangan.

"Apa kata kalau kita buat geng dan jadikan kita sebagai geng yang kuat untuk kalahkan Malik."

Aiman meletakkan pen di atas meja dan melihat Akmal. "Buat geng disekolah? Takkan berlaku. Buat apa cipta geng yang bertujuan untuk membuli." Aiman melihat Akmal yang sedang gelisah.

"Kenapa kita tidak buat geng yang bertujuan hilangkan kes buli dekat sekolah?" Seketika Aiman tersentak.

"Engkau tidak suka membulikan,jadi kita buat geng untuk kalahkan para pembuli." Aiman terlihat sedang berfikir mendengar apa yang dikatakan Akmal.

"Macam ada orang yang nak join untuk tumpaskan para pembuli." Aiman sambung semula menulis karangan.

"Ada!" Aiman melihat Akmal.

"Ada orang kuat disekolah ini benci pembuli,salah satunya adalah Rayyan. Rayyan kelas 3 Bumi orang nombor 1 terkuat dibatch kita. Ramai yang takut dengan dia lagi-lagi para pembuli. Dengan tubuh badan yang besar dan tumbukan yang kuat membuatkan orang gelar dia sebagai Gorrilla.

Kedua kita ada Evan,dari kelas 4 Matahari. Abang atas setahun dari kita ini juga kuat antara batch,ramai yang inginkan dia masuk ke dalam geng namun dia menolak kerana menurut dia ahli geng hanya suka membuli.Dikenal sebagai orang yang terima semua pertarungan dan hebat dalam KickBoxing.

Thevian,orang India dari batch kita,dia mahir dalam Taekwondo dan Karate, dia benci dengan pembuli dan penghina,kerana dulu dia sering dihina keran hanya dia orang India lelaki disekolah. Namun semua yang menghina dirinya dikalahkan.

Fahmi,1 Bumi. Mesti kau tidak akan percaya kalau budak baru masuk tahun ini berjaya kalahkan simonyet Ilham dari form 4. Fahmi mahir dalam seni bela diri bebas dan mempunyai badan yang tinggi walaupun masih form 1. Banyak perempuan form 1 hingga 5 cuba jadikan dia kekasih.

Rayyan,Evan,Thevian dan Fahmi, mereka berempat ini sungguh benci buli dan tidak termasuk dalam geng apa-apa, namun sangatlah kuat sehinggakan pelajar memanggil mereka sebagai 5 Raja sekolah." Aiman tidak percaya masih ada apelajar yang benci dengan buli.

The Fighter:TigerCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang