Bab2:Sekolah baru,gaya baru

9 1 4
                                    

Aiman keluar dari kereta bersama dengan Nayla dan Kak Erin. Dato'Fairuz membuka cermin kereta dan melihat Aiman.

"Ayah sudah daftar kamu disekolah ini,nanti kamu tinggal pergi ke ruang guru dan bertemu dengan cikgu yang bernama Aisyah." Aiman mengangguk dan bersalam dengan Ayah dan Mama.

"Nanti pulang ayah ambil. Kalau tak ayah,bang Iz." Dato' Fairuz menepuk bahu Aiman lalu meninggalkan mereka bertiga.

Nayla hanya diam dan memperhatikan sekeliling. Dia melihat banyak pelajar lelaki dan perempuan melihat Aiman. Dia tahu kalau kesemua pelajar itu tidak percaya apa yang dilihat kerana ada lelaki yang keluar dari kereta bersama ia dan kak Erin.

"Aiman ingin kakak bawa Aiman ke ruang guru?" Kak Erin melihat Aiman yang masih terdiam. "Tidak perlu kak Erin,saya boleh pergi sendiri." Aiman berjalan memasuki sekolah.

Baru saja selangkah memasuki kawasan sekolah. Dia merasakan semangat paling dia benci dari dalam sekolah itu. Wajah berubah cuak. Dia melihat sekelilingnya. Pelajar lelaki sedang memandangnya seperti sedang marah kepadanya. "Semangat ini." Aiman berjalan dan tidak mempedulikan pelajar lelaki.

•••••••

Dirinya berada di ruang guru. Dia memasuki bilik itu. Bilik itu sangatlah sejuk. Para guru sedang berbual sambil minum didalam bilik itu.

Aiman berjalan didalam bilik itu. Tiba-tiba ada seorang guru yang menepuk bahunya. Aiman segera menoleh kebelakang.

"Cari siapa?" Dia melihat seorang guru wanita yang sangat cantik dan comel dibelakangnya. "Saya pelajar baru,saya sedang cari Cikgu Aisyah." Guru Wanita itu terus tersenyum.

"Mesti kamu anak Dato' Fairuz yang dari kampung itu?" Aiman mengangguk. "Saya Cikgu Aisyah. Mari ikut saya ke kelas yang Sudha ditetapkan untuk kamu." Cikgu Aisyah mengambil mengambil bag dan barang-barangnya dan keluar dari ruang guru disusuli oleh Aiman.

••••••

"Cikgu turut berduka cerita tentang ibu kamu. Dato' telah ceritakan tentang kamu,kamu anak lelaki kedua dalam keluarga dia bukan?" Aiman hanya mengangguk dan tidak berkata satu patah perkataan.

Cikgu Aisyah melihat Aiman yang jarang bercakap. 'Dia pemalu ke?'

•••••••

Cikgu Aisyah memasuk kelas 3 Uranus. Kelas itu sangatlah bising. Terlihat pelajar lelaki yang duduk diatas meja dibelakang kelas manakala perempuan sedang sibuk bermake up.

"Ok class! Diam ya. Kita ada pelajar baru yang akan belajar bersama kamu disini." Cikgu Aisyah melihat Aiman.

Namun Aiman malah sakit hati kerana pelajar didalam kelas itu masih duduk di atas meja dan tidak pedulikan Cikgu Aisyah dan masih bising. Namun pelajar perempuan masih ada yang mendengar cikgu Aisyah.

"Aiman,perkenalkan diri." Aiman hanya diam dan melihat cikgu Aisyah. "Dengan pelajar macam ini,tiada siapa nak tahu nama saya. Dimana Meja kosong cikgu?" Cikgu Aisyah hanya terdiam dan menunjukkan meja yang kosong dibelakang.

Aiman berjalan kearah meja itu. Pelajar lelaki yang liat cuba untuk ketawa melihat Aiman.

Aiman meletakkan bagnya dimeja dan menendang kaki kerusi mejanya. Dengan sekali tendang kaki kerusi itu patah.

Pelajar lelaki yang disana terus terdiam. "Cikgu,kaki kerusi ini patah,ada kerusi lain?" Cikgu Aisyah keluar dari kelas dan pergi ke kelas sebelah. Dia mengambil satu kerusi dan diberikan kepada Aiman.

"Terima kasih cikgu." Aiman duduk dikerusi dan mengeluarkan barang-barangnya.

"Baiklah,hari ini kita akan sambung yang semalam kita belajar..." Aiman hanya fokus kedepan. Namun dia dapat merasakan semangat paling dia benci. Dia tahu kalau pelajar lelaki disana sedang melihat dirinya dengan tatapan kesal.

The Fighter:TigerWhere stories live. Discover now