5 King dan Zul si perisai

1 0 0
                                    

Aiman berjalan menuju ke pagar sekolah. Dari malam semalam kepalanya terfikir tentang tunang Nayla.

Dirinya ingin tahu bagaimana wajah dari tunang nayla dan bagaimana aura yang kuat dikatakan bang Iz itu.

'Zul Ridzwan,aku ingin tahu macam mana dirinya itu.' Aiman berjalan didalam sekolah dan menuju ke dewan perhimpunan. Dirinya masih berfikir tentang tunang nayla.

'atau aku tanya sahaja nayla,aku boleh lihat wajah tunangnya. Tapi takut nanti dia kata sibuk hal dia.' Aiman tak pernah merasakan perasaan ingin tahu seperti itu.

"Yo Aiman,awal datang." Akmal menepuk bahu Aiman. Akmal semakin rapat dengan Aiman. Bahkan Akmal punya perangai sedikit berubah.

"Waalaikumussalam,aku memang datang waktu macam ini kan." Wajah akmal berubah bengang mendengar sindiran dari Aiman yang menjawab salam sedangkan dirinya tidak memberi salam.

"Kau tanya pasal The Shield King kan,jom naik kelas aku cerita." Akmal dan Aiman menaiki kelas. Nayla yang berada dibelakang Aiman senyuman kerana Aiman mempunyai kawan disekolah.

•••••••

Akmal dan Aiman duduk di meja kelas. Akmal meletakkan begnya dan terus menuju ke meja Aiman yang dimana Aiman masih belum duduk dikerusi.

"Ok,kisah Trio SmkHS ni adalah kisah hebat dan terbaik,sebab 3 orang ini dulu aku pernah bertemu depan mata aura mereka gila memang hebat." Aiman mengangguk dan mengeluarkan buku teksnya dan latihan untuk menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh Cikgu Amirah.

"Kisahnya macam. Dulu kawasan kita ini ada 5 raja yang di gelar sebagai 5 King. Dimana kawasan yang dijaga adalah raja ada lima iaitu KL Utara,Timur,Selatan,Barat dan Tengah.

Jadi 5 raja ini memang kuat dan mereka ini memang tidak suka dengan gengster. Mereka sendiri bertarung dengan gengster untuk lindungi kawasan orang disini.

KL Utara,kawasan kita dijaga oleh Geng bernama Henk Tetra, Raja didalam itu adalah Thenish a/l gupal,dialah Raja Kawasan Utara ini. Dia bertarung dengan para gengster dikawasan kita dan menjaga orang dikawasan ini tidak kira bangsa dan agama. Namun dia telah digantikan oleh Arish a/l Gupal. Adiknya sekarang yang menjadi raja umur 19.

KL Timur,Rajanya digelar sebagai DeathHand,bangsa cina. Nama aslinya Venny Lee. Dia masih menjadi raja sampai sekarang dan salah satu raja Generasi Awal H.A.R.A.M." Akmal berhenti minum air mineral. Terdapat banyak pelajar lelaki didalam kelas berkumpul mendengar cerita dari Akmal.

"Haram? Apa maksud dia?" Aiman tidak faham kenapa ada maksud haram.

"Nanti aku cerita, Venny Lee mempunyai geng bernama Red Blue. Nak tahu identiti mereka,mereka akan kenakan baju,tidak kisah baju apa tapi dengan paduan warna biru dan merah.

KL Barat pula diduduki oleh Yusof dengan gengnya dikenali sebagai Max Turbo. Mereka ni generasi kedua dari geng max turbo yang bekas rajanya mati kerana kanser. Jadi Yusof sekarang yang jadi raja sekarang di KL Barat.

Dia ini mempunyai sebanyak 2,000 pengikut yang bersamanya. Pasukan mereka akan pakai motor tak kisah motor apa. Itulah identiti yang selalu dikenal dari Max Turbo. Geng yang masih berdiri dan salah satu dari geng era H.A.R.A.M.

Dan terakhir dan dianggap pertama dalam era ini dan penghancur Era haram. KL Selatan. Raja Era haram pertama bernama Andre ketua geng ACE White dikalahkan oleh pelajar sekolah menengah yang berumur 15 tahun. Dia adalah Ameer Daniel bersama pedang dan perisainya.

Zul sang perisai dan Aidil sang pedang. Mereka bertiga saja mampu menjatuhkan ACE White,hanya bertiga.

Dan A pertama dalam perkataan H.A.R.A.M jatuh dan bermula jatuhnya era haram dikeranakan trio ini sahaja.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 03, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Fighter:TigerWhere stories live. Discover now