Telah hampir 2 minggu Aiman bersekolah di SMK Harimau Utara,dirinya masih tekun belajar walaupun sering di jadikan bahan gosipan oleh pelajar tingkatan 1 hingga 5 dimana orang menganggap dirinya sebagai Komander ke6.
Itu bukan tanpa alasan kerana dirinya sudah mengalahkan banyak pembuih disekolah dengan skill bertarungnya yang hebat.
Bahkan pelajar wanita dari semua batch ingin menjadikan dia kekasih,adik dan abang angkat. Namun Aiman tidak mempedulikan hal itu.
Baginya dia lebih suka belajar disekolah dengan aman. Namun begitu,dia juga terkenal sebagai lelaki tertampan.
Aiman memasuki kelasnya dan duduk dikerusi mejanya. Baru saja ingin mengambil buku dibawah meja,dia melihat banyak sampul surat didalam mejanya. Seketika dirinya diam dan memandang Akmal.
Dia melihat Akmal dan pelajar lelaki lain sedang memandangnya.
Waktu rehat,bukannya rehat,Aiman dan Akmal sedang sibuk membaca surat yang diberi oleh pelajar perempuan kepadanya.
"Dari kelas 3-Matahari. Saya suka dekat awak Aiman sebab awak tampan dan bergaya. Dari kelas 3 Bumi,saya suka dekat awak Aiman sebab awak comel dan baik. Zaman bila Siot masih pakai sampul surat bagai!" Akmal melihat Aiman yang tekun membaca satu persatu surat cinta yang diberi kepadanya.
"Aiman,kenapa engkau tidak buang saja surat ini semua? Kenapa harus baca satu-satu?" Aiman tidak menghiraukan apa yang Akmal cakap.
Melihat Aiman tidak mempedulikannnya,dia membuka surat cinta lagi.
"Daripada Jessica Delisha...... Jap! Jessica!" Aiman melihat Akmal yang terkejut apabila membaca surat dari seorang perempuan yang dia kenal.
"Siapa Jessica?" Aiman mengambil surat jesicca dari tangan Akmal lalu membacanya. "Jumpa di belakang sekolah hari inipada waktu pulang sekolah." Aiman memandang Akmal yang masih tak berkata.
"Siapa Jessica?" Aiman masih bertanya kepada Akmal perihal Jessica. "Instafamous dari sekolah kita dan salah satu 5 Queen sekolah kita!" Akmal memegang bahu Aiman.
Jessica,Erina,Nayla,Farisha dan Amelia! Mereka berlima adalah 5 Queen sekolah cinta,permepuan paling cantik yang pernah ada di sekolah kita ini! Engkau kira beruntung Aiman sebab Jessica bagi kau surat cinta." Aiman hanya diam dan menyimpan surat cinta dari Jessica di poket bajunya.
"Engkau simpan?" Aiman mengangguk dan membuka lagi surat cinta tanpa berkata apa-apa.
•••••••
Aiman berjalan menuju belakang sekolah. Akmal diam-diam mengikut Aiman.
Aiman berada dibelakang sekolah dan mencari dimana Jessica dan mengeluarkan surat dari Jessica.
Ia melihat seorang pelajar perempuan yang sedang berdiri dibelakang sekolah dan sedang berdiri.
"Jessica?" Pelajar perempuan itu melihat Aiman yang sedang menegang sebulat surat.
"Awak datang! Ya saya Jessica!" Jessica terlihat bahagia melihat Aiman menemuinya.
"Apa boleh saya-" belum habis Aiman berkata,Jessica terus memotong perbicaraan Aiman. "Jadilah kekasih saya!" Aiman terdiam,dia sudah tahu pasti Jessica ingin mengatakan cinta kepadanya.
Akmal yang sedang curi-curi dengar juga terkejut apabila mendengar Jessica luahkan perasaan kepada Aiman.
Aiman mengeluarkan Iphonenya dan membuat aplikasi Whatsapp. "Scan QR code saya." Jessica dengan cepat melakukan scan menggunakan iPhone miliknya.
Jessica terlihat bahagia. "Baiklah Aiman! Saya akan tunggu balasan awak dari whatsap." Jessica berlari meninggalkan Aiman. Aiman seakan menjadi batu.
"Balasan apa dari whatsap?" Aiman menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Engkau tak jawab engkau tolak atau terima cinta dia." Akmal keluar dan bersandar dibahu Aiman.
![](https://img.wattpad.com/cover/351405500-288-k609512.jpg)
YOU ARE READING
The Fighter:Tiger
ActionMengisahkan seorang pelajar lelaki bernama Aiman(15) yang berpindah dari Kampung ke Kuala Lumpur setelah ibunya meninggal kerana harus mengikuti ayahnya yang sudah berkeluarga Kuala Lumpur. Aiman yang baru saja berpindah harus menghadapi pelajar-pel...