BAB 1

1.4K 75 19
                                    

BUNYI kaca yang di hempas kasar menyebabkan Humra terbangun dari lena. Selepas solat subuh tadi dia tidur semula kerana masih ke penatan. Dia baru saja balik dari asrama. Humra bangun dari baringan. Kakinya segera turun ke bawah di mana tempat bunyi kaca di hempas.

"Aku ingatkan kau suci Leena! Aku percaya kau tapi apa yang buat dekat aku? Kau curang belakang aku Leena!" Kuat suara tengkingan dari Tuan Ardin.

Berkerut dahi Humra apabila mendengar suara papanya seperti memarahi mamanya. Sebaik saja dia sampai ke bawah, dia terus berlari ke arah ruang tamu. Dia mendekat ke arah mamanya yang tengah melutut di kaki papanya.

"Tak abang, Leena tak buat. Leena kena perangkap abang. Tolonglah percaya kata Leena." Semakin berkerut dahi Humra apabila mendengar suara mamanya seakan-akan merayu.

"Kena perangkap? Kena perangkap ke sampai tidur berdua dengan jantan lain?" Tuan Ardin tersenyum sinis.

"Tolong percayakan Leena abang. Leena tak buat." Rayuan dari isterinya hanya di biarkan berlalu di bawa angin.

"Kalau aku tak dapat gambar terkutuk kau tu sampai ke mati pun aku tak tahu yang aku ada simpan perempuan murah macam kau." Sinis kata-kata Tuan Ardin.

Sarah dan Maya hanya menunduk. Tidak berani mahu panggung wajah.

"Apa semua ni papa mama? Curang?" Humra menggeleng kepala tanda tidak faham.

Dia baru saja berusia 16 tahun. Dia tahu pasal curang tetapi dia tidak tahu hujung pangkal cerita yang di bicara papa dan mamanya.

"Mama kamu dah curang dengan papa. Dia tidur dengan lelaki lain. Dia tak cukup satu lelaki dalam hidup dia gamaknya." Tuan Ardin menjeling tajam isterinya yang masih merayu di kakinya.

"Sumpah abang, Leena tak buat." Aileena mengongoi di kaki suaminya.

Dia tidak pernah melakukan perkara terkutuk itu.

"Kau jangan nak bermain sumpahlah jalang! Ini apa?" Kasar Tuan Ardin melepar bebrapa keping gambar isterinya masuk ke dalam bilik hotel dengan lelaki lain. Tidak cukup itu, ada pula gambar isterinya  berbogel tengah melakukan perkara terkutuk.

"Tak abang." Aileena menggeleng lemah. Sudah puas dia menafikan tetapi suaminya tetap tidak percaya.

Apa lagi yang dia boleh lakukan. Aileena menangis teresak-esak. Itu saja yang mampu dia lakukan sekarang. Siapa lagi tempat dia meminta belas kasihan? Tiada.

"Humra tak percaya yang mama buat benda terkutuk tu," kata Humra dengan tiba-tiba.

Tajam anak matanya menikam anak mata papanya. Dia yakin dan terlalu yakin. Mamanya tidak akan melakukan perkara terkutuk itu. Dia kenal mamanya. Mamanya seorang yang lemah lembut. Tutur katanya tidak pernah kasar.

"Kau percaya mama kau?" Tuan Ardin turut menentang anak mata berwarna hazel anaknya tajam.

"Yes, Humra percaya mama."

"Tapi aku tak percaya perempuan tu." Di jeling sekilas isterinya yang galak mengalirkan air mata.

Tuan Ardin rasa tercabar apabila anaknya masih percaya perempuan jalang itu walaupun ada bukti.

"Baiklah, dengar sini baik-baik Leena."

Berombak kasar dada Tuan Ardin menahan amarah.

"Aileena Xiandra binti Abdullah." Nama panjang isterinya di sebut Tuan Ardin.

Humra sudah mengerti apabila nama panjang mamanya di sebut papanya, itu berarti kisah hitam hidupnya mula terlakar. Dia segera memeluk mamanya erat.

Mawar Untuk Elhan (SU)Where stories live. Discover now