'Minggu depan?!' Kedengaran suara Puan Eisyah dalam talian.Eleena menjauhkan sedikit jarak telefon dari telinganya. Berdesing dengan jeritan mak.
"Iya mak, minggu depan."
Balik daripada sekolah tadi terus dia teringat. Dia perlu beritahu tentang rombongan yang akan berkunjung ke rumahnya minggu depan. Hampir terlupa pula.
'Sejak bila hang ada kawan laki ni naa? Tak habaq pun dekat mak, ni mengejut habaq kata minggu depan depa nak mai. Budak bertuah ni!'
"Mak. Na taklah baru, tak lama sangat mak. Dia yang nak jumpa mak dengan ayah. Dia ajak Na kahwin semua. " Eleena malu sendiri nak jujur dihujung ayat. Dia duduk pada hujung katil.
Kedengaran suara Puan Eisyah seakan tidak berpuas hati.
'Dah kalau macam tu tunggu apa lagi? Baliklah lekaih! Hang ni, memang mak kabut lah ngan majlis hang.'
Eleena mengeluarkan ketawa kecil. "Nanti Na balik. Na call abang ambil dekat airport nanti. Mak jangan tertekan pulak."
'Tekan tak tertekan belakang cita. Duduk elok-elok sana nanti telefon ja abang hang tu.'
"Baiklah mak, nanti Na bagitau apa-apa. Assalamualaikum." Panggilan dimatikan oleh maknya selepas menjawab salam. Dia tersenyum sendiri. Rindu pula nak bergaduh dengan mak sendiri. Lama juga dia tak balik ke kampung halaman disebabkan kerja.
Sudahlah dapat posting jauh ke Kuala Lumpur. Rumah sendiri dekat kedah. Nak balik rasa jauh sangat. Kalau memandu lagilah dia tak berani itu sebabnya selalu dia balik guna kapal terbang je senang.
"Minggu depan jadi tau mak? "
Puan Suraya berhenti daripada menyiram pokok bunga dihalaman rumahnya. Dia mengerling kearah Ayish yang sedia berdiri sebelah.
"Dah kenapa? Tak menyabar nak kahwin?" Perlinya pula. "Kamu sudahlah suruh mak pergi minggu depan. Barang persiapan semua mak tengah cari lah sekarang." Kepala paip dia pusing untuk tutup air yang mengalir.
Ayish mengusap belakang leher sendiri. "Mak cakap mak okay."
Terus badannya berpusing menghadap anak terunanya tu. "Wah…wah. Kamu ni, memang lah mak okay. Masalahnya kamu tu, bukannya nak tolong mak ke apa? Ini, cincin semua kamu dah beli ke?"
Dia berjalan masuk kedalam rumah semula. Ayish berlari anak mengikut dibelakang.
"Dah. Mak jangan risau. Cincin dah sedia." Jawab dia dengan yakin.
"Pihak belah sana dah tahu?"
Sekali lagi Ayish mengangguk.
"Kejap. Mak lupa nak tanya." Dia berhenti daripada berjalan. "Kamu tak cakap lagi mak nak kena ke mana, rumah keluarga pihak perempuan tu dekat mana?"
"Dekat Kedah." Perlahan sahaja Ayish menjawab. Seakan berbisik. Puan Suraya mendekatkan diri dengan anak lelakinya.
"Tak jelas. Dekat mana tadi? Mak nak cakap dekat makcik-makcik kamu ni."
"Kedah."
Ough! Ough! Suara Azhar batuk, dia baru sahaja keluar daripada dapur bersama cawan ditangannya.
"Kamu ni kenapa Azhar? Demam? " Soal Puan Suraya pula.
Azhar membuat muka tidak percaya. "Kedah?! " Suara tinggi seoktaf dia berikan.
Terus pandangan Puan Suraya berubah pada Ayish semula. "Ya Allah budak bertuah ni! " Marahnya.
YOU ARE READING
BUNGA AYISH | C | SU | EDITING |
RomansAkibat sekian lama membujang, Bunga Eleena mula rasa tidak sabar untuk ada pasangan sendiri. Kenalan yang lain ada yang sampai beranak-pinak, dia? Masih lagi dengan rutin harian yang sama. Bak kata orang bukan kumbang yang petik bunga ditaman tapi b...