BUNGA AYISH : 𝓑𝓐𝓑 11

102 2 0
                                    


Mata Eleena meliar sekitar bilik tersebut. Bersepah. Pandangannya beralih pula pada Amani. Mata sembam. 

"Aku bawak sarapan. Rafiq cakap kau tak makan dari semalam. "

Amani sudah kembali duduk pada birai katil. Kepala digelengkan sebagai balasan. 

"Aku suap nak? Kau kan suka bermanja dengan aku. " Sekali lagi Eleena cuba memujuk.

Dulang dia letakkan atas meja tepi katil. Punggung Eleena labuhkan sebelah Amani.

"Aku tak lalu." Dengan suara serak gadis tu membalas.

Eleena putus asa. "Aku tinggal dekat sini." Tangan dia jatuhkan semula daripada mencapai sudu.

"Eleena. " Amani pusing menghadapnya. "Aku nak mintak ceria."

Mata Eleena membutang.

"Amani!"

Terus tapak tangan Eleena dicapai. "R-Rafiq akan menyesal! A-aku kotor Eleena! Siapa nak kahwin dengan orang macam aku? Aku tak layak jadi isteri orang." Tangisan Amani pecah semula.

Terus dia tarik kawannya kedalam pelukan. Belakang Amani diusapnya lembut.

"Bawak mengucap Amani." Bisiknya perlahan. "Rafiq ikhlas kahwin dengan kau. Dia tak menyesal." Bahu Eleena mulai basah.

"Kenapa aku?"

"Kenapa semua ni jadi dekat aku?"

Belakang baju Eleena dicengkam kuat. Sungguh dadanya berasa sesak. Perit untuk bernafas. Berkali-kali menangis. Air mata yang dia keluarkan tidak akan cukup.

"Rafiq sukakan kau Amani." Jujur Eleena.

"H-hah?"

Pelukan Eleena leraikan. Dia lap air mata Amani dengan tapak tangan. Kedua tapak tangan Eleena letak pada pipi Amani lembut.

"Rafiq sukakan kau Amani. Dia sukakan kau lama sejak kita belajar. Dia pendam sebab kita kawan."

Amani terpinga-pinga.

"Dia tak akan menyesal. Bagi dia peluang Amani. Rafiq ikhlas kahwin dengan kau. Bagi dia bimbing kau." Air mata Amani masih tidak berhenti.

"K-kenapa?"

"Sebab dia redha. Dia nak bina hidup dengan kau. Amani." Kali ini tangan kawannya pula Eleena genggam. Erat. "Rafiq kita kenal sebagai 'kawan' berbeza dengan Rafiq yang sah jadi 'suami' kau. Kau 'isteri' dia." Eleena usap belakang tapak tangan Amani lembut.

"Perlahan-lahan kenal dia. Bukan sebagai 'kawan' sebagai pasangan hidup kau. Amani, kita buat report nak?"

Perlahan-lahan kepala Amani mengangguk.

"Terima kasih."

Rafiq hantar Eleena ke kereta. Dengar sahaja berita yang Amani setuju untuk buat laporan polis. Dia cukup lega. Gembira Amani buka hati.

Dalam masa sama dia gembira Amani buka hati untuk terimanya.

"Kau jaga dia." Rafiq ketawa kecil. "Aku tak dapat teman korang buat report nanti."

Kepala mengangguk. "Tak apa. Aku ada." Eleena ketawa kecil. "Kau je boleh cakap dengan dia." Rafiq usap belakang lehernya.

"Aku cakap dekat dia kau suka dia." Mata Rafiq seakan mahu terkeluar. Dia tercengang. Terus tapak tangan meraup muka sendiri.

"Malunya aku."

"Isteri kau dah pun." Balas Eleena semula.

"Isteri aku kan? Haha. Isteri aku."

BUNGA AYISH | C | SU | EDITING | Where stories live. Discover now